Oleh BOESTAMAM SARI
Rakyat melihat pemergian Najib Razak ke Afrika Selatan adalah suatu usaha mengelakkan penggulingan rakyat ke atasnya di Putrajaya. Bayangkan kalau mahkamah putuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak, tapi umat masih berdegil dan terus melanggar Putrajaya juga, maka Najib tentu terima padah.
Jadi kebetulan di Afrika Selatan ada majlis keraian, maka Najib boleh berhelah, bahawa beliau ke sana atas jemputan rasmi dan bukan ada kaitan dengan keputusan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim.
Rakyat melihat pemergian Najib Razak ke Afrika Selatan adalah suatu usaha mengelakkan penggulingan rakyat ke atasnya di Putrajaya. Bayangkan kalau mahkamah putuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak, tapi umat masih berdegil dan terus melanggar Putrajaya juga, maka Najib tentu terima padah.
Jadi kebetulan di Afrika Selatan ada majlis keraian, maka Najib boleh berhelah, bahawa beliau ke sana atas jemputan rasmi dan bukan ada kaitan dengan keputusan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim.
Ketika Najib di Johannesburg, berita yang tersiar adalah beliau ke sana atas jemputan ANC (Parti Kongres Kebangsaan Afrika) sempena ulangtahun parti itu yang ke-100. Dalam lawatan kerja di sana selama dua hari, tidak pula kedengaran Najib membincangkan masalah 'Awang Hitam' atau lelaki Negro di Malaysia hari ini.
Walhal masalah lelaki Negro sangat banyak. Bermula dengan sindiket 'Black Money', menjadikan wanita kita sebagai 'keldai dadah' dan akhirnya, akhbar banyak melaporkan kisah gadis Melayu yang dihamilkan lelaki Afrika!
Tapi, hal ini tidak dipedulikan sangat oleh Najib. Tidak banyak ucapan Najib menyelar 'Awang Hitam' yang merosakkan maruah gadis Melayu hari ini. Ini masalah pertama Najib kerana bakal menantunya adalah 'putera' Kazakhstan. Jadi, tidak banyak sikap lelaki Afrika yang tiba dalam pengetahuan Najib.
Jika Najib tidak pedulikan maruah wanita Melayu yang banyak dirosakkan lelaki Afrika, setidak-tidaknya Najib patut terfikir menziarahi kubur Syeikh Yusuf Makassar di Cape Town dan lain-lain warga Melayu Afrika termasuk pondok-pondok pengajian Islam yang dibuka oleh bangsa Melayu di sana.
Dengan ini, Najib akan menyedari bahawa pondok pengajian Islam Melayu itu adalah antara penyumbang kepada kebangkitan semangat juang melawan dasar Apartheid. Jasa Melayu Afrika banyak sekali terutamanya Syekh Yusuf Makassar. Orang Islam Cape Town masih hormatkan kuburnya sebab mereka anggap di situlah kubur Syeikh Yusuf yang sebenar. Hingga kini, kubur Syeikh Yusuf dianggap keramat di Cape Town termasuk di Makassar.
Jika Najib dan Rosmah rajin menyemak sejarah, nescaya mereka mengetahui bahawa nama syeikh itu pernah tiba dalam pengetahuan Raja Moghul, iaitu Aurangzeb (1659 - 1707). Dan bagaimana pondok Syeikh Yusuf Makassar berkembang di Afrika Selatan, maka hal itu juga wajib Najib ketahui.
Belanda asalnya rasa curiga jika Syeikh Yusuf berperanan menyalakan api seruan penentangan terhadap Belanda di Indonesia melalui para jemaah haji. Mereka akhirnya menghalau Syeikh Yusuf bersama keluarganya dan murid-muridnya ke Cape Town, Afrika Selatan pada 1694.
Lalu, mereka membina sebuah desa bernama Zandfliet. Di sanalah Syeikh Yusuf mengajar tasawuf kepada orang Arab, India dan Melayu yang dibuang ke situ. Beliau menjadi imam dan menyusun masyarakat Islam di sana. Beliau meninggal di Zanfliet pada dalam usia 73 tahun. Tidak lama kemudian di atas dorongan para pembesar, ulama dan Sultan Makasar maka Belanda membawa jenazahnya pulang lalu beliau dikebumikan semula di Makasar pada 1703.
Jasa Syeikh Yusuf amat besar sebenarnya dalam usaha menyebarkan dakwah Islam di sana hingga hadirlah kaum Melayu yang ikut sama berjuang untuk menghapuskan dasar Apartheid itu. Tapi itulah yang umat kesalkan. Najib tidak dilaporkan bertemu dengan tuan-tuan guru pondok Melayu Muslim Afrika Selatan. Padahal, jasa dan sumbangan ANC melawan dasar Apartheid itu mesti dikaitkan juga dengan sumbangan Melayu Afrika Selatan itu.
Pendakwah Melayu Muslim Afrika Selatan pernah membantah dasar Aparthied di sini. Melayu Muslim Afrika itu ditahan, ditangkap, masuk penjara. Najib tidak bertemu dengan tuan guru pondok ini. Najib hanya ikuti panduan Rosmah di Johannesburg, tempat lombong berlian. Umat mesti berwaspada, kalau Rosmah membeli cincin berlian lagi di sana.
Pedihnya jiwa ketika mengingatkan betapa Melayu Muslim Afrika pernah berjuang memansuhkan dasar Apartheid, tapi lelaki Afrika di sini menghamilkan gadis Melayu lalu Najib membiarkan sahaja.
Lebih malang, Najib kini hilang pudar jiwa Islam dan Melayunya hingga nama Yusuf Makassar tidak hinggap bertenggek di dahan fikirnya. Sedangkan Makassar itu pun sebahagian daripada tanah Bugis yang menjalar darahnya ke dalam darah Najib Razak juga!
No comments:
Post a Comment