Oleh BOESTAMAM SARI
"R.A.H.M.A.N itu hanya sekadar teori, tapi pilihan raya ke-13 ini memang sengit," catatan ringkas Najib Razak dipetik di Facebook. Resah gelisah di hati Najib tidak dikongsi bersama isterinya Rosmah Mansor.

Rosmah tiada Facebook dan Twitter. Rakyat pun tidak nampak status FB Rosmah di internet. Dan yang paling pasti, 'wanita pertama' itu tidaklah boleh diajak berbincang bersama Najib Razak mengenai masalah negara.
Kita pinggirkan Rosmah yang tiada akaun Facebook dan Twitter ini. Ketiadaan dua akaun ini bukan masalah besar rakyat. Malah, jika Rosmah ada kedua-dua media sosial sekali pun, mungkin porak-peranda dan huru-hara dunia ini dibuatnya.
Dan, kalau ada sekali pun, nescaya mustahil akan aktif akaunnya itu. Suatu kemujuran juga, apabila Cybertroopers Umno belum diberikan tugas menyelia Twitter dan Facebook Rosmah. Jika Rosmah ada kedua-dua media sosial ini, mungkin Najib tidak berani menulis status remeh sebegini.
Rosmah mungkin akan memantau kenalan Najib di dalam Facebook. Dan, jika terjumpa mana-mana gadis Monggolia dalam FB suaminya, maka berlakulah Perang Dunia 3!
Persoalan, "Apakah benar Najib Razak adalah Perdana Menteri yang terakhir", tidak sepatutnya tersiar di Facebook Najib Razak itu.
Hal yang seperti itu cuma boleh diajak berbincang antara suami isteri pada waktu malam dan ketika minum petang. Tidak pantas untuk Najib memikirkan sama ada beliau Perdana Menteri terakhir, sebaliknya beliau harus memikirkan tanggungjawab ke atas negara dan bangsa.
Tapi, jika Najib berkeras untuk terus kekal berbicara tentang teori R.A.H.M.A.N, maka hal yang sedemikian itu boleh juga rakyat berbahas dalam mengisi sisa-sisa pemerintahan Najib yang masih berbaki. Sekadar mencerdaskan fikiran, maka hal ini tiada masalah untuk didebatkan bersama Najib Razak.
Persoalan awal yang perlu dibangkitkan ialah, apakah benar Najib masih berkuasa atau kuasa Najib sudah terlucut dalam keadaan dia menjadi pemimpin boneka di mana Rosmah Mansor menguasainya?
Untuk itu, di sini dimajukan dua teori lagi, iaitu teori N.A.J.I.B dan R.A.H.I.M. Asas kenapa teori N.A.J.I.B dan R.A.H.I.M dimajukan adalah seperti berikut...
Pertamanya, N.A.J.I.B adalah nama Najib Razak kerana telah wujud andaian bahawa Najib Razak mengalami kejatuhan. Manakala, penggulingan ke atas beliau itulah juga yang akan menamatkan penjajahan Umno, BN sekali gus menyebabkan Malaysia akan melewati gerbang kemajuan dunia baharu pula.
Maka, nama Najib (PM terakhir) pun dipilih, sama seperti rakyat memilih nama Rahman (PM terawal) sebagai teori memilih kepemimpinan di Malaysia.
Kedua, nama R.A.H.I.M itu dipilih selepas nama R.A.H.M.A.N dengan melihat Asma'ul Husna, iaitu nama-nama Allah s.w.t yang terindah. Rahman adalah nama Allah kedua.
Jadi, jika Najib itulah pelengkap yang menyempurnakan kejatuhan Umno - BN, maka nama Allah yang ketiga (Rahim) diperkenalkan untuk merangka deraf pelantikan kepemimpinan baharu di Malaysia selepas penggulingan ke atas beliau itu.
Kalau teori N.A.J.I.B yang dipakai, ini bermakna, Najib mungkin menang lagi dalam pertarungan sengit pilihan raya yang akan datang, yang kemudiannya akan diterajui Anwar selepas kejatuhan Najib tidak lama selepas itu.
Rakyat sedia maklum bahawa dalam pilihan raya yang masih tempang ditambah dengan sikap SPR yang mesra menipu, mustahil Pakatan Rakyat menang bagi membentuk kerajaan persekutuan. Ditambah usaha menjebak Anwar ke penjara yang kini sedang giat disusun dengan memperalat mahkamah maka laluan Pakatan Rakyat menekuni jalan-jalan kemenangan semakin tipis.
Tetapi, jika Anwar terpenjara sebelum pilihan raya Mac 2012, maka kemungkinan rakyat akan keluar memberontak dan membuat revolusi itu akan selalu ada. Lalu, dalam tempoh pemerintahan Najib Razak yang masih berbaki selepas pilihan raya itu, maka Perdana Menteri terakhir itu akan terguling!
Selain itu, kalau teori kedua; R.A.H.I.M yang dibentang di sini, maka hakikat yang sebenarnya terjadi adalah - Najib Razak sebenarnya sudah terlalu lama jatuh kerana beliau hanyalah pemimpin yang dibonekakan oleh Rosmah. Huruf 'R' yang menjadi pangkal kepada nama R.A.H.I.M itu sebenarnya mewakili Rosmah sebagai 'Perdana Menteri' atau gelaran 'Wanita Pertama' kini.

Lalu di dalam pilihan raya kelak, selepas Najib terguling dan Rosmah (R) pula terusir keluar dari Malaysia, maka yang mungkin bangkit selepas ini adalah Anwar (A). Tidak semudah itu membuat ramalan mengenai penggulingan Najib Razak ini. Tapi, nampaknya Najib juga berminat menelaah mengenainya.
Apa yang pasti, catatan Najib Razak di Facebook beliau baru-baru ini, makin menguat sangkaan khalayak bahawa bakal PM terakhir itu memang perlukan sokongan dan dokongan orang yang benar-benar boleh menyusun jentera pilihan raya untuk beliau. Apakah Rosmah yang beliau harapkan pada kali ini?

No comments:
Post a Comment