Oleh BOESTAMAM SARI
Keuntungan berganda yang diraih melalui 'feedlot' rupa-rupanya merebak kepada pembelian hartanah kondominium di Singapura. Empayar kekayaan Shahrizat rupa-rupanya sudah menakluk kawasan kejiranan selatan Johor pula.
Melihat raut wajah Shahrizat, teringat kenangan di Jaipur, India. Penulis membeli sebuah memoir mengenai Gayatri Devi. Beliau maharani terakhir Jaipur yang jelita. Gayatri ini mewah. Ditinjau daripada suatu sudut, maka hal ini sesuai dengan kedudukannya sebagai puteri diraja sekali gus maharani Jaipur.
Oleh sebab Shahrizat Abdul Jalil sudah berdepan dengan deretan masalah dan beliau ditikam sejumlah kontroversi yang cukup menekan diri, maka molek dibuat bandingan antara Gayatri dan Shahrizat. Lagi pula, mereka mungkin ada mirip persamaan keturunan.
Syahadan, di India, dalam perjalanan ke Jaipur saya bertemu buku A Princess Remembers: The Memoirs of the Maharani of Jaipur. Ia memang ditulis oleh Gayatri bersama Santha Rama Rau selepas baginda tamat menempuh saat persaraannya daripada politik di India. Penerbitnya adalah South Asia Books.
Gayatri meninggal dunia dua tahun lalu (2009). Hidupnya dilimpahi kemewahan, dicurahi kasih sayang suaminya, Jai, iaitu raja Jaipur. Tetapi, pada akhir sisa hidupnya, Gayatri menderita oleh kekayaannya.
Setiap tahun, antara Mei sehingga Oktober, sang maharani Gayatri akan berada di Codogan Garden, London menikmati kedinginan di kota itu ketika India dilanda cuaca panas. Ditemani tukang masak dan setiausahanya, permaisuri Gayatri menghabiskan percutian bersama sahabat dengan parti serta sukan polo. Itulah amalan beliau yang tidak pernah putus-putus bercerai daripada hidupnya sejak dahulu.
Tapi, sejak 2006, ada berita yang menunjukkan bahawa percutian mewah baginda telah berubah dengan sebab pergolakan dalam keluarganya. Maharani Gayatri mempunyai seorang putera bernama Jagat Singh yang kemudian meninggal dunia.
Sejurus kematian anaknya, maka timbul persoalan wasiat tentang agihan harta. Di pihak cucu Gayatri, sudah ada tuntutan ke atas harta. Lalu, bagaimana Gayatri bersikap di celah-celah kemelut ini?
"Anak saya telah membuat wasiat, dan saya akan pertahankan wasiat itu," kata beliau kepada The Indian Express melalui telefon dari London. Perebutan harta antara nenek dan cucu ini menjadi heboh dalam politik India. Kedua-dua anak Jagat Singh (daripada isteri beliau; Ringsit), iaitu Devraj serta Lalitya, memberitahu rakyat bahawa, Jai Mahal Palace di Jaipur itu adalah hak milik mereka. Kata mereka, hartanah itu adalah milik bapa mereka.
Sementara itu, Ringsit yang telah bercerai dengan Jagat Singh pada pertengahan 1980-an, pernah memberitahu akhbar sekitar 2006 bahawa, pernikahan mereka adalah 'palsu.' Ditinjau daripada segi ini, nampaknya - anak Ringsit dan Jagat Singh (Devraj dan Lalitya) tentu saja tidak berhak menuntut harta.
Ketika laporan itu ditulis pada 2006, dilaporkan bahawa ada satu watak lagi yang muncul, iaitu Prithviraj. Sosok ini dikatakan mempunyai saham tertinggi dalam hartanah Jai Mahal Palace yang kemudian sudah menjadi hotel warisan pada 1986. Maka, wujud perebutan tiga segi pula.
Gaya kehidupan Gayatri ini cukup mewah dan harta diraja ini kemudian menjadi rebutan dalam kalangan keluarga pula. Pada akhir hidupnya beliau terus diasak dengan perkelahian dengan anak-anaknya. Hal seperti inikah yang Shahrizat inginkan? Adakah Shahrizat tahu bahawa hal kemewahan ini menjadi perebutan 'ghanimah' dalam kalangan anak-anaknya ketika meniti hari-hari tuanya kelak?
Pembelian kondominium mewah di Malaysia dan Singapura hanya mengundang derita sengsara ketika hadir perebutan antara warisnya kelak. Kiaskanlah peristiwa ini ke atas Rosmah yang gemar bermewahan itu.
Semua hal yang melingkari kehidupan diraja Jaipur ini dan beberapa sengketa yang timbul dalam politikus Malaysia membuatkan umat merumuskan satu rumusan padu - iaitu tiada jalan pintas bagi menamatkan semua gejala ini melainkan revolusi menggulingkan Najib Razak!

No comments:
Post a Comment