Monday, January 09, 2012

Sasterawan di kancah berdarah Upsi Tg Malim

Oleh H FANSURI

Pulang dari India, saya fikir ada kisah menarik yang ingin dipersembahkan, tapi belum sempat hendak bercerita, rupanya ada kampus yang ternoda darah siswa. Safwan nama siswa itu. 
 
Paksi Anak Muda! (PAM!) mengambil sedikit ruang bersajak di celah-celah kepungan polis FRU pada malam itu.

Tiba-tiba ketika hampir menamatkan sajak yang saya baca, seorang polis datang menyentuh bahu saya. "Baiklah, saya beri masa untuk kamu bersurai..."

Seorang siswa hadir membelakangi saya, meminta saya terus baca sajak itu hingga akhir. Selesai bacaan itu polis pun mendengungkan amaran pertama, "Anda perlu bersurai dalam tempoh 15 minit!"

Malam itu, Safwan dibelasah hingga parah. Ada yang diusung ke Poliklinik Syifa'. Saya sendiri memasuki premis itu. Dan esok tersiar berita jenaka; siswa mencederakan diri sendiri. Saya tidak tahu... mahu menangis atau ketawa?

Pulang dari India, saya ingin rangka revolusi aman dan hartal ke arah penggulingan Najib. Hartal dan revolusi aman berasal dari India. Harap saya, Ketua Polis Negara membaca coretan ini. Malam itu, saya lihat titisan darah siswa tertumpah di poliklinik itu.

Kita tidak boleh tinggal berdiam diri lagi. Setiap polis yang bertindak pada malam itu kita akan catat namanya. Kalau anda mahu selamat, kita boleh buat perjanjian sebelum revolusi penggulingan Najib di Putrajaya. Pilihlah - syahid bersama kami; bani revolusioner atau mati katak mempertahan Najib!?

Akhirnya, sekalung penghargaan kepada encik Bara Jiwa yang menghantar kami ke Upsi dan membawa kami balik ke Kg Baru dengan sejahtera sehingga jam lebih kurang 4:30 pagi!

No comments: