Oleh H FANSURI
Daripada apa yang saya faham, kebanyakan ustaz dan agamawan sebelum ini pernah mencela kumpulan penyair. Celaan ini pun bukan tiada asasnya. Ini kerana, memang ada surah mengenai kedudukan penyair yang diperihalkan Tuhan dalam wajah jubah warna gelapnya.
Bagaimanapun, bukan tiada warna cerah dalam kalangan penyair ini. Selepas ketibaan Islam, telah pun lahir penyair Islam yang berjuang membela Islam dan membela Rasulullah s.a.w yang dicerca musuh. Baginda pernah memuji seorang penyair Islam yang mempertahan Islam dengan syair gubahannya.
Hal ini membuktikan bahawa baginda mengiktiraf juga kehadiran kumpulan penyair revolusioner yang membela kesucian ajaran Islam dan juga seniman yang tampil membela diri baginda dengan gubahan karya seni, iaitulah gubahan sajak dan syair itu.
Tetapi hari ini masih ada juga sekumpulan agamawan yang masih kekal melihat penyair itu dalam warna gelap juga. Tolehan pertama agamawan ke atas para penyair ini ada asas juga apabila ada kalangan penyair yang berkarya semata-mata bertujuan meraih anugerah pemerintah. Kejujuran jadi hilang.
Maka tolehan pertama ini ada asasnya juga. Namun begitu, ada juga tolehan kedua oleh agamawan ini yang tidak sepatutnya terjadi. Misalnya ia terjadi dalam bentuk tindakan membakar, menutup, dan 'ban' karya-karya pengarang dengan jalan kekuasaan dan pemerintahan negara.
Alasan ini boleh wujud, boleh direka-reka, dan mungkin juga terjadi disebabkan selera fikiran pemerintah yang tidak sejalan dengan selera pengarang itu sendiri. Dan, baru-baru ini timbul kisah karya Sebongkah Batu di Kuala Berang yang baru diharamkan itu.
Sejujur-jujurnya, saya belum membacanya lagi. Dengan pengharaman ini, tentu akan ramai pihak yang memburunya di mana-mana. Nasib karya itu boleh jadi sama juga dengan Interlok atau lain-lain karya yang pernah diharamkan sebelum ini. Apakah nasib karya ini kemudiannya, sama-sama kita nantikan.
Berdasarkan catatan ringkas jalan ceritanya, ia berkisah mengenai Akademi Seni Islam, di mana sekumpulan pelajar tahun akhir perlu siapkan tugasan terakhir mereka. Mereka memilih tajuk dokumentari drama berhubung sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Maka, di dalam novel itulah mungkin ada beberapa hal yang menyinggung pihak hal-ehwal agama di negara ini. Entahlah isunya tentang apa. Tapi, yang pastinya di sini - sikap membakar fikiran rakyat perlulah dijauhi oleh pemimpin agama kita.
Jawablah hujah dengan hujah, tulisan wajib diperangi secara tulisan, dan kata-kata mesti dihukumbalas dengan kata-kata. Ini baharu qisas sejati, hukum yang suci murni namanya! Ya, alangkah sulitnya mencari agamawan sasterawi mutakhir ini. Sasterawan akan membaca buku agama, tapi tidaklah semua agamawan akan membaca buku-buku dan karya sastera pula.

No comments:
Post a Comment