Oleh H FANSURI
Setakat ini, tidak diketahui apa nasib Rumah Pena. Peruntukan dana RM1 juta, belum merupakan kata putus sama ada Pena (Persatuan Penulis Nasional) akan terus kekal bertahan atau pun tidak di Rumah Pena itu.
Ada desas-desus menyatakan bahawa peruntukan dana sebanyak RM1 juta itu bertujuan memulihkan rumah itu. Sesetengah pihak melihat, kemungkinan kontraktor Umno yang memulihkan rumah itu, lalu kontraktor Umno akan tuntut jumlah pembaikan itu dengan nilai RM1 juta.

Projek RM1 juta ini menurut andaian sesetengah kaum penulis, adalah projek Umno mencari dana menjelang pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Najib Razak, menurut hemat saya, adalah kapitalis yang mustahil memihak kepada kehendak kaum penulis. Sejak beberapa lama, kaum penulis tidak memiliki aset seperti tanah dan rumah untuk menjalankan kegiatannya.
Selagi mana mereka menjalankan kegiatan di bawah tanah milik Jabatan Perdana Menteri, maka mereka akan terus hidup bergantung, hidup takut-takut, tidak bebas merdeka dan mandiri dalam menyatakan pendapat sendiri.
Untuk menjimatkan masa, kita terus pergi kepada bahagian usul - iaitu jikalau benar ingin merdeka, adakah dana RM1 juta itu boleh dimanfaatkan untuk membeli tanah di Kg Baru misalnya? Dan, kontraktor Umno itu boleh membangunkan rumah, pustaka khas sebagai pejabat, lengkap dengan prasarana?
Kontraktor Umno mungkin juga membuat tuntutan bukan-bukan hingga lengkap sempurna dana RM1 juta itu dirembat mereka. Hal ini sedia termaklum. Sedangkan projek lembu 'feedlot' NFC sebanyak RM250 juta boleh dirembat seorang bersama kroni keluarganya, apatah lagi RM1 juta? Percayalah, RM1 juta itu pun bukannya cukup untuk mereka itu.
Jadi umat pun maklum hakikat kejahatan Umno Najib Razak ini. Jangan menoleh kepada Umno Wasatiyyah yang memakai jubah Maqasid Syar'iyyah yang kononnya alim, soleh lagi warak itu.

Kaum penulis kini perlu menyedari bahawa mereka sedang berdepan dengan junjungan besar kapitalis Umno; Najib Razak yang menjuarai isu pembelian kapal selam Scorpene hingga membabitkan pembunuhan Altantuya, seorang model Mongolia.
Jadi, berhati-hatilah jika hendak membuat apa-apa keputusan sekali pun. Sebagai ahli, saya cuma syor jalan keluar. Jika peruntukan RM1 juta (duit umat) itu diberi untuk persatuan penulis, mungkin badan penulis akan berasa terhutang kepada rakyat. Hutang ini mungkin dilunas dalam penulisan perjuangan membela rakyat, apatah lagi mereka akan lebih akrab dengan Kg Baru.
RM1 juta untuk perbaiki Rumah Pena itu belum tentu menatijahkan pemilikan hartanah sepenuhnya kepada Pena. Ini kerana kedudukannya di bawah PM. Jadi lebih baik dana itu dimanfaatkan untuk membangun hartanah baharu di kampung Melayu satu-satunya di ibu kota. Hartanah ini telah pasti jadi aset.

No comments:
Post a Comment