Oleh BOESTAMAM SARI
Ada seorang kenalan berbisik, kononnya dalam 'road-show' yang beliau lakukan, Hassan Ali berkata, jika mahu pertahankan aqidah Tauhid umat Islam, maka jangan undi Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia hari ini, hanya ada dua sahaja parti besar; BN dan Pakatan Rakyat.
Rakyat berhak memilih salah satu daripada dua parti, sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Lojiknya, jika Pakatan Rakyat akan menyebabkan aqidah Tauhid terhakis, maka sokonglah BN untuk dipertahan aqidah Tauhid. Ini lojik awal.
Bagaimanapun, sesetengah pihak melihat Hassan Ali sudah mengatasi Umno jika dibanding Umno sendiri. Hal ini kerana, dia yang dahulunya PAS, kini seolah-olah 'meyakini' bahawa Umno yang lebih utama dipilih rakyat untuk memelihara aqidah Muslimin di negara ini.
Tetapi, yang perlu disemak Hassan Ali juga adalah kedudukan Umno yang menolak Hudud sebagai perundangan. Bukankah penolakan Hudud adalah sebahagian daripada kekufuran? Jadi, bagaimanakah hendak diharapkan Umno, BN dalam mempertahan aqidah Islam? Lagi pula, gejala kemurtadan turut berlaku sepanjang pemerintahan Umno juga.
Kini Hassan Ali banyak menuduh pihak tertentu sebagai 'parasit'. Dakwaan itu masih boleh dicabar dan didebatkan kemudian. Dalam sejarah Islam ada kisah seorang sahabat; Ka'ab bin Malik yang tidak berperang itu, beliau terhukum dipulaukan oleh masyarakat Madinah.
Tapi, Ka'ab terus beristiqamah dan berterusan berdoa mengharapkan rahmat Tuhan hingga dosa-dosanya diampuni Tuhan. Tapi Hassan Ali bukan Ka'ab dan PAS bukan mewakili Islam pada zaman nabi. Cuma, ada sedikit persamaan dan perbezaan antara Ka'ab dan Hassan.
Ka'ab pernah ditawarkan oleh musyrikin untuk berkhianat kepada kaum Muslimin. Maka di sinilah persamaan antara Hassan dan Ka'ab. Bezanya, Hassan terima jemputan Umno, Perkasa dan gerombolan yang melancarkan 'misi Tauhid' secara 'road-show', walhal Ka'ab tetap tidak terpengaruh dengan suara jahat yang menyerunya berkhianat kepada Islam.
Jadi, untuk sesekali menguji keimanan dan ketauhidan Hassan Ali bukanlah suatu dosa dan jenayah juga. Rakyat ingin tahu adakah benar Hassan Ali berjuang demi aqidah Tauhid dan menegakkan syiar Islam sekali gus memelihara hal-ehwal Muslimin di negara ini?
Arakian, baru-baru ini juga, ada desas-desus mengenai syarikat-syarikat di Malaysia yang menghantar minyak kelapa sawit Felda ke Israel. Ada dokumen yang membuktikan bahawa memang ada dagangan secara langsung dengan Israel yang melibatkan syarikat Malaysia.
Kononnya, ada dua syarikat berpengkalan di Johor yang menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas ke Ashdod; pelabuhan terbesar di Israel yang berjarak kira-kira 40 kilometer dari Tel Aviv. Dan khabarnya, tidak kurang daripada 100 tan metrik minyak sawit telah dibekalkan ke Israel.
Ada juga dakwaan bahawa kononnya ada syarikat dikait dengan Felda. Jadi, jikalau Hassan mahu berjuang demi Islam, maka di dalam 'road show' itu, kita minta beliau membangkitkan pertanyaan, "Wahai Umno, adakah minyak kelapa sawit para peneroka Felda turut dihantar ke pelabuhan Ashdod di Israel?"
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa pernah juga menyentuh isu perdagangan Malaysia dan Israel. Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Mukhriz Mahathir mengakui kewujudan hubungan perdagangan itu. Bagaimanapun, kata Mukhriz, urus niaga itu dalam keadaan 'terkawal' dan ia melibatkan syarikat asing (Multi National Company - MNC) di Malaysia.
Tetapi, Er Teck Hwa sekali lagi menekankan bahawa urus niaga ini bukan biasa. Tambahnya, wujudnya borang JK 69 yang memiliki pengesahan kastam dan Miti sekali gus menunjukkan bahawa syarikat Malaysia telah pun mengambil bahan mentah dari Israel lalu memasangnya di kilang Malaysia. Hal itu menyebabkan Er Teck Hwa diarahkan keluar dari Parlimen.
Jadi, teruskanl berjihad secara 'road-show' itu atas nama membela agama dan aqidah Islam. Tapi, adakah Hassan tergamak menegur Umno, iaitu 'parasit' Umno di Malaysia yang secara diam-diam telah membantu Israel, sedang luarannya mengutuk Israel secara habis-habisan?

No comments:
Post a Comment