Oleh RUHI HAYATI THANI
Ada suatu cerita panjang mengenai bagaimana Umno dan British menipu Melayu dengan menggunakan isu agama ketika zaman darurat komunis. Inilah ceritanya.

Pertamanya, kita mesti sedar bahawa yang paling ditakuti penjajah British ialah ketika Melayu bangkit menentangnya atas nama agama, raja-raja dan penentangan bersenjata. Penentangan ini wujud ketika zaman penaklukan British sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada 1942 - 1945.
Ambil sahaja contoh penentangan Megat Terawis, pembunuhan pegawai J.W.W Birch di Pasir Salak, penentangan Tok Janggut (Kelantan), Abdul Rahman Limbong (Terengganu) dan Dato' Bahaman (Pahang) atau di mana-mana lagi. Semuanya atas nama agama Islam, raja-raja Melayu dan bercorak senjata.
Golongan Melayu kiri ini menentang penjajahan British sebelum gempuran Jepun di Malaya selama 3 tahun. Ini fasa penentangan Melayu yang pertama ke atas British, iaitu lewat pemberontakan bersenjata berseruankan agama, raja-raja dan memilih pertumpahan darah sebagai langkah penyelesaian.
Setelah Jepun beredar, maka British datang kali kedua dengan wajah BMA (British Military Army). Ketika ini, dengan meninjau pengalaman lalu, British sedar bahawa perjuangan bersenjata dalam kalangan Melayu sangat merbahaya.
Tetapi, ketika penjajahan Jepun sebelum ini pun, British terlanjur dan terpaksa membentuk Force 136 dalam kalangan Melayu, sekali gus melatih Melayu dan Cina (Bintang Tiga) mengguna senjata api. Lalu, Jepun menyerah. Dan Cina komunis (Bintang Tiga atau MPAJA; Malayan People Anti Japanese Army) pun turut menolak British yang sebelum ini pernah membantu mereka mengganyang Jepun.
Komunis Cina, dengan bantuan kepakaran yang diterima daripada British dahulu telah merekrut pengikut baharu, khasnya daripada Melayu. Igauan ngeri British terhadap pemberontakan Melayu secara berdarah ini masih ada dalam lipatan kenangan lama mereka. British tahu jika Melayu bersama komunis, maka kuasa mereka tidak kekal lama di Malaya.
Ini kerana, perjuangan komunis Melayu di hutan adalah lanjutan perjuangan Melayu (sebelum Jepun) yang melawan British dengan jalan pemberontakan seperti Tok Janggut, Mat Kilau itu.
Jadi, bagaimana British mahu jarakkan hubungan Melayu dengan komunis yang dikhuatiri akan membuat pemberontakan? Maka, salah satu perkara yang dibangkitkan British adalah komunis itu menolak faham agama, khasnya Islam. Jadi, bagaimanakah British melaksanakan kaedah ini?
Perlu diingat bahawa, Jepun meninggalkan Malaya pada 1945 dan pada masa sama, PKMM ditubuhkan. Lalu, Umno ditubuhkan setahun kemudian (1946) dengan restu British bagi menenggelamkan kemasyhuran PKMM. Pada tahun itu juga, elit bangsawan Melayu Umno mula menurut kehendak British yang inginkan komunis dijarakkan daripada orang Melayu.
Lalu, kempen yang dibuat adalah seruan agar Melayu tidak sertai komunis yang menolak agama Islam tadi. Sentimen keagamaan mula dimainkan British buat pertama kalinya secara besar-besaran dengan propaganda British yang sungguh licik dan tersusun pada saat itu.
Rancangan Briggs bermula dengan penyusunan semula desa Melayu bertujuan menggagalkan faham komunis daripada meresap kepada Melayu. British sedar jika Melayu sertai komunis, maka British pasti kalah sebab Melayu pernah angkat senjata seperti pengalaman British sebelum penjajahan Jepun.
Kesimpulannya isu agama Islam pernah dimainkan British (dengan bantuan Umno) seawal kemuncak komunis mencari pengaruhnya di Malaya. British ini menakut-nakutkan Melayu (dengan bantuan Umno), kononnya jikalau Melayu mendokong komunis, maka agama Islam tercabar kerana faham komunis itu menolak agama.
Arakian, pada hari ini, setelah merdeka lima dekad, Umno mengguna strategi British yang sama, iaitu menyerang Pakatan Rakyat atas nama agama. Ada juga yang menyalur fitnah bahawa fahaman liberal Anwar akan menyesatkan Melayu, walhal laras bahasa faham itu terpaksa diselaraskan dengan tahap fikiran masyarakat antarabangsa sekali gus untuk mencari jalan tengah. Ini antara cara Umno untuk memikat Melayu agar menjauhi Pakatan Rakyat itu.
Arakian, baru-baru ini, Umno memperalat Hassan Ali atas projek 'road-show' beliau itu dengan menyarung jubah agama. Di dalam 'road-show' itu, pakar motivasi itu berteriak menangis dengan suara sebak depan ramai orang, berdoa untuk memelihara aqidah umat Islam. Maka, seperti British, Umno (anak asuhan penjajah) itu telah memperalat Hassan pula. Jadi, bagaimanakah hal itu terjadi?
Iaitu setelah disebut bahawa PAS memecatnya setelah beliau membela aqidah umat Islam, maka dengan tiba-tiba beliau menyeru agar jangan mengundi Pakatan Rakyat atas pesan-pesan Ketauhidan tadi. Rupanya, Umno sudah membuat kempen pilihan raya lebih awal atas nama agama dengan mengguna Hasan Ali itu! Inilah yang terjadi hari ini sebenarnya!

3 comments:
Pertama2 saya ingin menyatakan bahawa saya bukan pro British.
Tetapi dalam rencana diatas anda seolah2 melihat bahawa British sengaja menakut2 org Melayu dengan mengatakan bahawa komunis menolak fahaman ugama seperti unkapan anda di bawah ini.
((Maka, salah satu perkara yang dibangkitkan British adalah komunis itu menolak faham agama, khasnya Islam. Jadi, bagaimanakah British melaksanakan kaedah ini?))
Sekarang kita lihat sendiri apa kata pengasas komunis ia itu Karl Marx berkenaan ugama:-
Religion is the impotence of the human mind to deal with occurrences it cannot understand.
Karl Marx
Religion is the opium of the masses.
Karl Marx
Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people.
Karl Marx
Dari tiga ungkapan kita boleh membuat kesimpulan bahawa Karl Marx , pengasas idea komunis adalah seorang yang anti agama dan sudah semistinya juga idea yang dibawanya iaitu komunis juga anti agama.

========================================================================
Ooi kau takut nak siar komen aku??
kalau takut jangan jadi blogger
kau kata umno menipu padahal kau yang menipu org melayu
kau mengata komunis itu baik pada hal komunis itu anti ugama
Allah (SNW) yang menurunkan ugama samawi , jadi kau bersubhat dg org yg tak percaya kpd Allah
Semoga Allah maafkan perbuatan kau.
masih jua ramai Melayu yang termakan hasutan dakyah Umno, British hingga ke hari ini. Sila semak bagaimana Onn Jaafar sebut mengenai 2 bahaya; Bahaya; Bahaya Hijau dan Bahaya Merah.
Apabila kami menyatakan bahawa British dan Umno bersekongkol untuk memburukkan komunis sebagai anti agama, maka kami tidak nafikan pun bahawa komunis itu memang anti agama sebagaimana yang dirakam oleh Karl Marx itu.
Hakikat dan fakta bahawa Karl Marx dan komunisme memang anti agama telah diketahui umum satu dunia. Satu dunia tahu bahawa komunisme itu menolak agama. Maka, tidak perlu lagi dicatatkan kenyataan Karl Marx itu lagi sebagai tujuan mengukuhkan bukti bahawa komunisme dan Marx itu memang memusuhi agama.
Jadi, kedudukan British dan Umno menuduh komunisme itu menolak agama itu memang tidak boleh disanggkal lagi. Memang tidak disangkal lagi. British dan Umno memang memusuhi komunisme dan mahu membunuh komunisme daripada semua sudut - ketenteraan militan dan mempengaruhi pemikiran Melayu semuanya.
Maka, cara untuk penjajah British hendak mengelak Melayu menyokong komunis yang berjuang di dalam hutan itu adalah dengan cara menggunakan sentimen agama seperti Umno peralatkan Hassan Ali untuk bercakap soal aqidah, tetapi pada akhirnya, rumusan ceramah tersebut terarah kepada kempen untuk tidak mengundi Pakatan Rakyat, jika mahu selamatkan aqidah umat Melayu.
Itu sahaja. Tidak semestinya bila tuduhan British terhadap komunis itu betul, maka dengan sebab itu, kita kena ikut British dan Umno, seolah-olah British dan Umno pula yang nak pelihara dan selamatkan agama Islam dan aqidah umat Melayu ketika itu.
Tanpa British dan Umno beritahu fakta mengenai komunis menolak agama ini pun, masih ada agamawan Melayu yang masih hutan menyertai komunis walaupun mereka tahu faham komunis itu menolak agama. Mereka kenal Karl Marx itu siapa, mereka tahu Karl Marx dan komunisme tolak agama. Tetapi, kenapa mereka ikut juga? Hal inilah British dan Umno tidak pernah ceritakan.
Dan sekarang... siapa yang penakut di sini? Orang yang memberi komen tanpa nama Anonymous ataupun orang yang dah siarkan komen Anonymous?
Kalau mahu komen bertanggungjawab, setidak-tidaknya kena ada nama samaran...
Soalan...
Anonymous berkata, "Kau kata Umno menipu padahal kau yang menipu org Melayu..."
Nak tanya balik, "Tipu tang mana?"
Anonymous berkata lagi, "Kau mengata komunis itu baik pada hal komunis itu anti ugama Allah (SNW) yang menurunkan ugama samawi, jadi kau bersubhat dgn org yang tak percaya kpd Allah."
Nak tanya balik, "Bila kita kata komunis itu baik?Kita kata British dan Umno bersekongkol untuk kempen agar Melayu menjauhi komunis atas alasan komunis menolak agama. Itu saja, tak pernah kita tulis dengan jelas bahawa komunis itu baik.
Kata-kata British dan Umno ini (komunis menolak agama) adalah betul, tetapi dikempenkan hal ini atas tujuan apa? Iaitu agar Melayu tidak memihak komunis agar British tak menerima tentangan yang hebat daripada komunis dan Melayu.
Berdasarkan tulisan di atas, tidak sedikit pun kita menafikan hakikat bahawa komunis itu memang anti agama. Mana ada ayat yang tercatat di situ, seperti KOMUNIS NI TAK ANTI AGAMA SEBENARNYA."
Anonymous, semak balik fikiran anda sebelum buat dakwaan seterusnya. Wassalam...
Post a Comment