Oleh RUHI HAYATI THANI
Ketika Melayu lemah fikirannya lantaran asyik bercakaran di dalam perkara remeh maka kelemahan fikiran itu demikian kuatnya menjalar di fikiran bukan Islam pula. Umat Islam kini tidak lagi dihormati kerana faktor ilmu mereka yang bercelaru.
Ambil saja contoh 'hadiah tahi' yang disajikan Umno mamak di Pulau Pinang itu. Inilah gambaran contoh kelemahan fikiran Umno yang tidak tepat lagi dikatakan Melayu melainkan mamak jua adanya.
Ketika Melayu lemah fikirannya lantaran asyik bercakaran di dalam perkara remeh maka kelemahan fikiran itu demikian kuatnya menjalar di fikiran bukan Islam pula. Umat Islam kini tidak lagi dihormati kerana faktor ilmu mereka yang bercelaru.
Ambil saja contoh 'hadiah tahi' yang disajikan Umno mamak di Pulau Pinang itu. Inilah gambaran contoh kelemahan fikiran Umno yang tidak tepat lagi dikatakan Melayu melainkan mamak jua adanya.
Jadi, kelemahan fikiran ini sukar menguatkan dakwah dalam kalangan jiwa pemimpin Melayu, khususnya dalam parti. Ketika dakwah berkurangan dalam parti, maka kelemahan fikiran ini pun menjalar kepada pemimpin parti bukan Islam juga. Inilah yang berlaku ke atas MCA ketika mereka menolak Hudud.
Maka, menjadilah politik dalam parti hari ini, hanya berkisar siapa yang naik dan akan mendapat apa apabila seseorang itu mendapat kuasa. Turunnya si Rafidah kerana rasuah misalnya telah menaikkan Shahrizat yang terpalit dengan isu lembu 'feedlot'. Sebenarnya, hal berbuat dosa itu bukan hal besar.
Ini kerana, manusia semuanya akan cenderung melakukan dosa dan khilaf. Jadi, yang membezakannya adalah - siapa yang berbuat dosa lalu bertaubat?
Nampaknya perangai berbuat dosa dan enggan mengaku kesilapan ini dikongsi oleh kedua-dua Rafidah dan Shahrizat. Jika Rafidah berdosa dan bertaubat misalnya, maka berbezalah beliau dengan Shahrizat yang berdosa, tapi enggan bertaubat itu.
Inilah dakwah terawal yang terbit dalam bentuk kepartian ini. Gelombang kemarahan rakyat yang dicetuskan geloranya oleh pendedahan Pakatan Rakyat bertujuan mengembalikan semula fitrah naluri pemimpin BN ke arah jalan yang diredhai Tuhan.
Pendek kata pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa Islam ini telah sedaya upayanya menyuntik faham dan kesedaran Islami sedikit demi sedekit. Hal ini semua, termasuk kerencaman perbalahan berkaitan isu Negara Islam, Hudud yang wujud Pakatan Rakyat ini membuktikan bahawa sudah bergerak suara dakwah di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Jika ditinjau daripada sudut lain, hal perbalahan ini sebenarnya adalah suatu hal yang positif juga.
Sementara Umno gagal mendakwahkan MCA, parti itu dilihat masih terkial-kial 'berdakwah' antara sesama ahli mereka sendiri, khasnya dalam usahanya menyedarkan Shahrizat tentang bahaya harta NFC yang tidak berkat. Tapi, hakikatnya Pakatan Rakyat juga yang memulakan dakwah ke atas Shahrizat itu.
Apa-apa pun, setidak-tidaknya dalam wajah parti Melayu (PAS dan Umno), Melayu hari ini kelihatan tidak berpecah dalam jihad memerangi kemungkaran Shahrizat. Ketua Audit Negara ada saham dalam menyampaikan 'risalah dakwah' tentang pendedahan skandal projek lembu 'feedlot' keluarga Shahrizat.
Nampaknya Umno patutlah selesaikan urusan 'dakwah' terhadap sesama ahlinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan dakwah kepartian kepada MCA yang menentang hudud. Untuk masa kini, tidak perlulah Umno jelaskan kedudukan Hudud kepada MCA.
Memadailah 'dakwah kepartian' yang terlebih afdal pada ketika ini adalah, Umno jangan menjadi sebab terhadap celuparnya MCA Soi Lek mencabar Dap Guan Eng dalam isu Hudud. 'Dakwah kepartian' yang Umno perlu ikhtiar hari ini ialah muhasabah mengisi keinsafan di kantung jiwanya dengan mengerti bahawa Dap hari ini telah terpecah dua aliran; Dap Karpal Singh anti Hudud dan Dap Lim Guan Eng yang mahu contohi pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Khalifah Umar Abdul Aziz sudah pastilah menegakkan hukum Hudud dan Umno perlu jelas bahawa MCA secara jumhur ijmak dan total telah pun menolak Hudud. Dan penolakan Hudud oleh MCA ini tiadalah melahirkan mazhab aliran yang menumbuhkan khilaf pertikaian langsung dalam penolakan hal itu.
Tapi, MCA Soi Lek menyengat Dap Lim Guan Eng dengan mengajaknya berdebat dalam isu Hudud. Sebagai 'abang long' BN, jika Umno gagal dakwahkan MCA, maka hendaklah Umno mengguna sifat keabangannya untuk diamkan Soi Lek dengan kata sengatan berbisa.
Misalnya Umno Najib Razak boleh 'berdakwah', "Soi Lek, apa you takut dengan Hudud? Tak payah kecoh-kecoh dengan Dap. Hudud tak kacau you pun kalau you main perempuan macam dulu. I ada affair dengan artis di Port Dickson pun terlepas maa..."
Tapi...tiada kata-kata 'dakwah' seperti itu ke atas Soi Lek. Nampaknya, dengan sikap diam diri Umno ke atas keceluparan Soi Lek ini, wajar kita nisbahkan ia sebagai usaha Umno 'menaja' debat MCA dengan Dap secara tersirat dengan tujuan politik jahat juga.
No comments:
Post a Comment