Oleh H FANSURI
Ramai orang memandang rendah kisah cinta lalu mencemuh kehadirannya di pasaran. Saya fikir, jika kisah cinta itu hanya semata-mata cinta dan kurang menuang tema keilmuan dan perjuangan di dalamnya, maka ia menjadi hambar. Mungkinkah kerana itu maka kisah cinta pun menjadi tawar?
Akhirnya, cinta ingin dinafikan terus kehadirannya daripada novel dan kisah revolusi. Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada cinta. Ramai revolusioner bercinta, sama ada cinta sah atau terlarang. Dalam al-Quran, kita dapat melihat betapa setiap surah dimulai dengan "Bismillah ir Rahmaan ir Raheem".
Kalimat ini, adalah ibu kepada lambang kasih sayang paling agung; cinta Tuhan kepada hamba-hamba-Nya. Tetapi, di manakah contoh-contoh kisah cinta antara manusia di dalam al-Quran? Antara yang saya temui ialah cinta revolusioner Musa a.s yang tertuang dalam surah Al-Qasas, ayat 25 hingga 26.
"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami..."
"Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah ambillah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
Di sini, dapat kita lihat bagaimana Allah memperihal sikap salah seorang gadis anak Syu'aib yang 'tersipu-sipu'. Sikap 'malu-malu' ini hadir dengan cinta! Akhirnya gadis yang menyintai revolusioner Musa a.s itu mencadangkan ayahnya agar mengambil Musa sebagai penggembala kambing mereka.
Ini satu cara Tuhan memberitahu kita bahawa wanita boleh menjalankan 'muslihat' agar lelaki yang mereka cintai itu boleh sentiasa berada dekat di sisi mereka dengan baik.
Lihat juga bagaimana Allah merakam dialog anak gadis Syu'aib ketika memperihal kehebatan revolusioner Musa. Disebutkan oleh anak gadis Syuaib bahawa Musa a.s itu lelaki yang kuat dan amanah, menandakan gadis itu telah mengenali kelelakian Musa a.s. Inilah dua jenis sifat asli kaum lelaki yang sangat menawan hati ramai kaum wanita, iaitu kuat dan amanah.
Begitulah kisah cinta yang dipadukan dengan perjuangan revolusi mencari negara baru Bani Israel hingga terguling lemas diktator Firaun di Laut Merah. Jika hanya cinta semata-mata, maka kisah itu akan jadi hambar belaka. Lihatlah bagaimana kisah roman percintaan pengarang ternama, Boris Pasternak dalam Dr Zhivago dan lainnya. Tidak hanya cinta, melainkan mesti disulami nilai perjuangan juga.
Kisah cinta al-Quran yang disulami perjuangan revolusi ini jangan disamakan dengan kisah cinta terlarang penguasa yang gila janda, isteri orang. Atau, kisah cinta janda yang meminta cerai daripada suami pertamanya, lalu mengguna guna-guna untuk merebut cinta penguasa sehingga sang penguasa itu sanggup menceraikan isteri pertamanya.
Cinta dalam al-Quran dan hadis nabi, tidaklah setaraf dengan percintaan sang penguasa dengan seorang model hingga mengakibatkan lebur cinta 'suci' mereka di tangan bom C4 durjana!
Gulinglah diktator Najib Razak dengan rasa cinta. Sayang anak ditangankan, sayang isteri ditinggalkan, sayangkan Najib digulingkan.

No comments:
Post a Comment