Thursday, February 23, 2012

Kebudayaan Valentine dan Anna Leonowens



Oleh H FANSURI

1. Gerakan bantah Valentine mesti bersifat antarabangsa

Lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats, M Nasir, S Amin Shahab) sempena Valentine itu ada sambungannya. Di dalam lagu 'Setahun Sudah Berlalu', tercurah bait kata, "...Setahun sudah berlalu, FEBRUARI muncul kembali, ...tanpa kusedar, kupetik mawar merah, kutulis sekuntum puisi..."

Saya tak fikir, rakyat revolusioner mesti tunjukkan sikap memusuhi penyanyi dan penggubah lagu dan penulis lirik. Dalam era penggulingan Najib Razak, kita perlu lebih ramai penulis lirik dan penggubah lagu yang menyalakan api pemberontakan sekaligus meniup semboyan penggulingan Najib Razak. Era jahiliah yang lalu biarlah terus berlalu.

Kita perlu mulakan hidup baru. Suatu kajian mengenai kesan Kebudayaan Barat dengan judul kecil, 'Hari Valentine' patut diusahakan dalam jurnal ilmiah untuk disebarluas kepada masyarakat awam. Jurnal ini penting sebagai asas penggulingan Najib Razak secara menyeluruh. Kebudayaan Barat disanggah secara ilmiah lewat mata pena ke arah usaha membangun kesedaran umat secara menyeluruh!


2. Menjajah Thailand dengan guru Inggeris; Anna Leonowens

Syahadan, Berita Harian 16 Februari menyiar wajahnya di muka depan. Lauren Parsons, 24, adalah guru yang mengajar bahasa Inggeris. Dalam filem The King and I ataupun 'remake' filem itu, Anna and the King (lakonan Jodie Foster dan Chow Yun-Fat), ditunjukkan bahawa memang sudah ada gerakan halus untuk 'menjajah' Thailand dengan cara menghantar seorang guru bahasa Inggeris.

Nama guru bahasa Inggeris yang mengajar pihak istana itu adalah Anna Leonowens. Ada catatan menunjukkan bahawa beliau berasal dari Pulau Pinang, dan beliau adalah isteri rakan sejawatan Francis Light. Setelah suaminya meninggal dunia di Pulau Pinang, Anna dihantar ke Siam bagi mengajar bahasa Inggeris termasuk mengasuh setiap ahli istana dan gundik-gundik Raja Mongkut berhubung tatacara kebudayaan Barat.

Apabila Raja Mongkut menerima ketibaan wakil British dari Singapura, Anna mengajar mereka istiadat pakaian Barat. Anna tidak hanya mengajar bahasa Inggeris, malah ketika itu diajarnya setiap isi istana mengenai tarian dan cara adat makan ala Barat.

Apakah Anna diupah British atau dibayar Raja Mongkut, hal itu masih samar-samar. Tetapi, saat penjajahan Jepun di Malaya, tenaga bangsa asing diberi percuma pada awalnya bagi memudahkan penjajahan pada akhirnya. Contohnya perisik Jepun hadir lebih awal di Malaya. Kerja mereka adalah membaiki basikal secara percuma kepada orang Melayu.

Perisik Jepun untuk Maharaja Jepun itu akhirnya membawa basikal kepada tentera Jepun sehingga dengan basikal itulah mereka menjajah Malaya! Maka yang bernama khidmat percuma itu tidak semestinya bagus.

Contohnya selepas mendapat khidmat percuma, maka tenaga Melayu dikerah sebagai buruh paksa bagi menyiapkan landasan kereta api maut di Burma. Ya, Jepun mendapat tenaga percuma selepas mereka menjajah Malaya pula.

Najib Razak dan Muhyiddin Yassin perlu banyak belajar mentafsir makna dan menggali penghayatan daripada sejarah lalu. Jangan hanya terpikat dengan khidmat percuma guru bahasa Inggeris Amerika Syarikat atau terpukau oleh pesona memikat gadis Barat yang tumbuh meranum dengan indah itu!

No comments: