Oleh H FANSURI
Ketika karya-karya novel Putera Gunung Tahan, Tulang Tulang Berserakan dan lain-lainnya disebar ke tengah masyarakat, para penggiat persuratan tidak berkarya untuk terima anugerah agaknya. Ia semata-mata dikarang bertujuan menolak amalan penindasan, penjajahan dan kezaliman penjajah.
Lalu, pengarang novel ini bagai pasukan askar fizikal yang bergelut dengan askar-askar pemikiran yang dakyahnya dibentuk penjajah di akhbar, radio dan televisyen. Barangkali, itulah antara bentuk senjata media pada zaman lalu.
Kemudian para pengarang yang bersikap pro haluan kiri ini telah pun bekerja di akhbar tertentu. Mereka mengambil sikap yang jelas dalam menggempur dakyah penjajah British dengan bantuan jentera mereka, iaitu Umno. Bagi melanjutkan bahasan ini, marilah dinamai pengarang novel revolusi atau karya yang mendakap iltizam revolusioner itu sebagai askar budaya.
Masa berlalu, hadiah ghanimah dalam perang pun berganda-ganda tiba! Generasi kedua mula mengasah bakat pena untuk mendapat ghanimah di dalam perang fikiran itu. Sebenarnya, bukan salah ghanimah dan anugerah. Tapi hati, jiwa dan perasaan kita sendiri yang ingin terlibat memiliki ghanimah itu.
Masalah pengarang kini bukan 'money', tapi 'the love of money', iaitu kecintaan ke atas ghanimah. Sebenarnya, kecintaan itu tidak bersalah sehinggalah mereka diuji dengan suatu sikap yang berbunyi, "Bolehkah jika anda tidak mengkritik penguasa yang akan memberi ghanimah kepada kamu?"
Yang paling parah adalah, sikap yang berbunyi, "Dengan ghanimah ini, bolehkah anda mengkritik musuh kami dan diamkan sahaja kesilapan kami?"
Arakian, di sana terbit juga kata-kata bahawa Umno masih setia kepada penjajah hingga sanggup menjaga nama baik Inggeris walaupun lama merdeka.
Umpamanya, menurut cerita Arena Wati, beliau dinasihatkan, oleh pemimpin politik (kononnya ia adalah kehendak Tun Abdul Razak) supaya watak orang Inggeris dalam Sandera dibuang semuanya dari peranan awal sehinggalah ke akhirnya. Maka, jelaslah kini betapa kecintaan Umno terhadap British tetap subur membenih di dalam jiwa mereka.
Arena Wati mengikut kata-kata itu pada awalnya. Tapi, kemudian tidak terdengar cerita apa-apa. Tiada kedengaran majlis anugerah ghanimah. Mungkin, bukan Arenawati seorang yang ditikam oleh kecurangan Umno. Kesetiaan Umno membela penjajah Inggeris terbukti dengan sikap menolak kritikan askar budaya ke atas Inggeris di dalam karya-karya revolusioner ini.
Hari ini, penulis tidak perlu lagi berhati-hati. Tapi, kalau masih ingin terima ghanimah juga, maka salah satu jalan selamat untuk memahat nama sebagai penulis adalah dengan tidak mencela Umno. Hal ini kerana, Umno 'pemilik' akhbar. Dan kalau nama anda terpalit dengan gerakan kiri hari ini (contohnya Pakatan Rakyat) maka sulit nama anda dipahat di dalam senarai nama penerima anugerah sastera anjuran sesebuah akhbar.
Sikap mana yang anda harus pegang ketika di dalam jiwa masih tersimpan keinginan untuk meraih anugerah itu? Ya, pilih jalan selamat. Jangan sesekali tunjukkan arah penulisan anda yang memihak langsung kepada Pakatan Rakyat.
Sesekali, adakanlah majlis keraian bersama badan-badan persatuan yang akrab dan sinonim dengan Umno. Perlahan-lahan mungkin karya anda diterima masuk ke dalam senarai penerima anugerah mereka.
Semua sikap ini boleh menyebabkan kita diterima sebagai rakan dalam golongan Umno tetapi menyebabkan kita jadi seteru kepada Pakatan Rakyat pula. Duit boleh membeli sesuatu yang boleh dipegang, tapi ia tidak boleh membeli dua hal yang tidak boleh disentuh tangan; maruah dan kehormatan.
Dan askar budaya yang sedang dan akan berjuang tanpa memikirkan ghanimah dan anugerah, mereka inilah yang menang dalam pertarungan di akhirat.
Yang menang adalah askar budaya yang bersikap seperti askar Muslim di Perang Badar. Walaupun musuh banyak tinggalkan longgokan harta emas guna melalaikan mereka, namun mereka tetap tidak pedulikan itu semua. Nama mereka tenggelam untuk hari ini untuk ditimbulkan pada hari seterusnya.

No comments:
Post a Comment