Oleh H FANSURI
Pengalaman dalam Sekolah Demokrasi 1.2 anjuran Roketkini (lidah rasmi Dap) yang berlangsung pada 18 - 19 Februari lalu adalah dirujuk. Saya sertainya dan terasa betapa kuatnya kesan terhadap diri. Antara yang begitu kuat mengusik rasa ialah apabila melakukan sidang Debat Parlimen secara olok-olok.
Di dalamnya telah pun merebak beberapa nilai yang tidak sempurna dan boleh mencalarkan nurani insaniyyah. Walaupun ianya olok-olok, tetapi kejadian membeli ahli-ahli parlimen itu telah menjadi seperti sebuah kejadian yang benar-benar berlaku.
Betapa berangnya juga kita ketika melihat ada rakan-rakan ahli parlimen yang telah dibeli dan ada pula yang mengkhianati. Bagaimanapun perasaan itu berjaya juga dilenyapkan dengan membisikkan kata-kata kepada hati sendiri, "Ini semua sekadar lakonan..."
Bagaimanapun ia telah membuka mata kepada saya betapa buruknya sikap ahli parlimen yang berpaling tadah dan menggadai prinsip sendiri. Dan inilah antara realiti yang terpaksa dihadapi dengan tenang bersama sabar yang membukit di hati dan taqwa yang menggunung di jiwa.
Malah sebelum persidangan parlimen bermula pun, sudah ada fasilitator membisikkan ke telinga penulis, "Hati-hati, ada kawan-kawan awak yang masih sedang dibeli pihak lawan." Semua inilah agaknya yang menyebabkan mana-mana pihak akhirnya tidak boleh berdiam memeriksa keadaan.
Lalu, terkenang pula penulis terhadap ahli Parlimen Sik, Dato' Shahnon Ahmad yang mewakili PAS itu. Dengan ketuaannya, dia berada di dalam Parlimen. Dengan ketuaannya dia mengakui betapa dia tidak betah berdepan dengan karenah perwakilan Umno yang menyakat dan menyekat beliau berucap.
"Depa jerit kepada cikgu," kata Dato' Shahnon Ahmad yang membahasakan dirinya sebagai 'cikgu', "Hoi Sik, duduklah Sik, duduklah Sik..."
Beliau yang berjiwa halus, tidak punya kekuatan untuk berdepan dengan sikap kasar ahli-ahli parlimen yang bersikap biadap kepadanya. Jadi, itulah juga pengalaman dan kenangan beliau yang paling berharga, iaitu dengan menjadi ahli parlimen PAS bagi kawasan Sik untuk kali pertama dan kali terakhir.
Itulah antara kenangan yang masih terpahat ketika saya menemu bualnya tidak lama dahulu. Kita menulis di sini, tidaklah untuk mencari formula ke atas sikap biadap ahli-ahli parlimen itu. Tetapi, sekadar berkata suatu perkara.
Iaitu tidaklah salah, bukanlah jenayah dan tidaklah berdosa untuk seseorang ahli persuratan, budayawan dan sasterawan itu berkecimpung dalam politik kepartian. Dengan cara ini, mereka boleh utarakan masalah kebudayaan negara yang dicemari pencerobohan penjajahan Kebudayaan Barat.
Malah mereka boleh berbicara mengenai masa depan keciciran bahasa Melayu, ancaman PPSMI, kemasukan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika dan sebagainya.

Pendek kata, apabila sasterawan dan ahli persuratan melibatkan diri dalam kancah politik kepartian (baik BN atau pun parti Palatan Rakyat), maka kebaikannya itu lebih banyak dibanding sikap mereka yang menjauhi langsung politik kepartian (baik BN atau Pakatan Rakyat).
No comments:
Post a Comment