Oleh RUHI HAYATI THANI
Untuk mengukur kehebatan seseorang pemimpin, maka hendaklah dinilai dengan ideanya. Ketika Anwar Ibrahim di pentas antarabangsa, The Wall Street Journal dan beberapa badan antarabangsa bertanya beliau sekali gus melapor kenyataannya tentang keselamatan Negara Israel.
Ketua Pembangkang menjawab sehabis baik. Bersetuju atau tidak dengan jawapan itu, maka itulah jawapannya. Media antarabangsa di bawah pasukan pelobi Israel mungkin mahu menggali maklumat sedalamnya mengenai pendirian kerajaan baru Pakatan Rakyat yang bakal mengganti kerajaan BN yang bakal rebah itu dalam pilihan raya atau melalui revolusi di jalan raya nanti.
Itu peranan akhbar antarabangsa yang dikuasai Yahudi dan Zionis. Mereka tahu pasukan pelobi Yahudi antarabangsa B'nai B'rith telah mengecam Anwar sebagai musuh. Bagaimanapun adalah suatu kewajipan ke atas semua pemimpin Yahudi untuk menyemak pendirian pemimpin negara mengenai masa depan negara Israel ini.
Israel sudah meramalkan bahawa, pada 2012, mereka akan jatuh bergelimpangan. Apakah mereka jatuh oleh kelemahan sendiri atau jatuh disebabkan musuh luar, maka hal itu belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun daripada sudut lain, Yahudi Israel juga membaca al-Quran dan hadis. Mereka percaya bahawa akan ada kebangkitan Islam di Timur yang akan terus bangkit menyerang mereka. Adakah di Timur Tengah Dunia Arab? Atau timur jauh seperti Alam Melayu?
Hal ini masih menjadi teka-teki yang belum terungkap. Tapi, untuk membuat andaian bahawa kemungkinan Yahudi Israel akan jatuh ke tangan Arab atau Melayu, maka tindakan itu tidaklah salah.
Maka menjadi keperluan bagi Yahudi Israel untuk selalu menyemak fikiran para pemimpin Melayu dan memantau perkembangan di Dunia Arab. Misalnya Dunia Arab sedang bergolak atas nama revolusi dan kepemimpinan baharu akan bertukar. Revolusi Tunisia dan Mesir sudah berjaya. Lalu, Israel sedang menyemak apakah dasar kepemimpinan baharu ini akan memihak kepada Israel atau sebaliknya?
Begitu juga di Alam Melayu. Yahudi Israel akan melihat perkembangan pemikiran para pemimpin Melayu. Di sinilah letaknya tugas media antarabangsa untuk menilai sikap bakal pemimpin baharu. Contohnya Anwar dan lain-lain tokoh Pakatan Rakyat. Maka, adalah badan-badan penyelidikan luar negara menjemput tokoh-tokoh ini berucap atas sesuatu isu lalu mereka bertanya mengenai pendirian mereka berhubung Negara Israel.
Dalam keadaan sekarang, masyarakat antarabangsa sedang berdepan dengan perang media. Maka, Alam Melayu bukanlah lagi berdepan dengan perang fizikal sebaliknya perang fikiran. Saat berdepan dengan media antarabangsa yang dikawal pelobi Yahudi Israel, Anwar mungkin berhelah. Menurut hadis, "Perang itu tipu daya."
Lalu tipu daya dalam peperangan adalah sah dan ia adalah strategi. Tapi, Anwar terpaksa menanggung akibat di rantau ini. Media Malaysia menuduhnya bertalu-talu bahawa Anwar pro Negara Israel.
Sentimen ini akan lebih kuat dibangkitkan berterusan kerana media perdana sedar bahawa sentimen orang Islam amat kuat membantah Israel. Tiba-tiba, Anwar pula dikatakan pro Israel. Maka, semua ini dilakukan dengan harapan, tanggapan rakyat berubah dan sokongan umat akan beralih arah.
Namun, di celah-celah hiruk-pikuk itu, tidak lama kemudian, timbul pula berita bahawa Twitter Najib Razak semakin ramai pengikutnya. Berita mengenai kemeriahan Twitter Najib menjadi bahan berita di WSJ. Lalu, berita berhubung kemeriahan itu diangkat pula Buletin Utama di TV3.
Maka, peranan media antarabangsaa yang pro Yahudi Israel memang akan menaikkan imej Najib. Lojik ini memang mudah difahami. Najib bukan musuh Yahudi Israel seperti Anwar dan Dr Mahathir. Najib sudah bayar puluhan juta kepada Yahudi Apco. Jadi, tidak perlu lagi WSJ bertanyakan Najib mengenai pendiriannya berhubung Negara Israel.
Tapi, jika kita mahu debatkan pendirian Najib dan Anwar tentang keselamatan Negara Israel itu boleh juga. WSJ boleh buat temu bual dan bertanya Najib berhubung isu yang sama (Negara Israel). Maka, barulah berlakunya pertembungan yang sihat dan kita boleh lanjutkan debat.
Tetapi, jika WSJ laporkan kenyataan Anwar tentang Negara Israel, lalu sebaliknya akhbar yang sama melaporkan kemeriahan Twitter Najib, kita nak debat apa lagi kalau tema yang diangkat WSJ itu sudah berlainan?

No comments:
Post a Comment