Sunday, March 18, 2012

Abai Syria, kecoh Israel demi PR

Oleh RUHI HAYATI THANI

Sekurang-kurangnya, ada dua isu antarabangsa melibatkan kaum Muslimin yang sepatutnya dinyalakan api perbincangan mengenainya dengan nyalaan yang terang. Iaitulah isu kekejaman di Syria dan keduanya isu penindasan rakyat Palestin oleh ketenteraan Israel.

Tapi, antara Syria dan Palestin, nampaknya media-media dan akhbar yang dikawal rapi seutuhnya oleh BN telah memilih isu Palestin (setepatnya Negara Israel) untuk dibahaskan oleh rakyat. Kenapakah hal ini terjadi sedemikian rupa?

Jawapan yang sedia terhidang di depan mata kita yang masih tidak buta adalah, semua ini berkaitan agenda politik Umno dan BN bagi menjatuhkan imej dan reputasi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekali gus menghasut umat supaya berterusan membenci Pakatan Rakyat yang dituduh tohmah sebagai penyokong keselamatan Negara Israel itu.

Dengan pertimbangan nawaitu politik ini maka jelas kelihatanlah kepada kita bahawa, Umno dan BN seolah-olah telah pun mengabaikan peristiwa gelap yang pernah menimpa Syria selama hampir setahun. Kini isu keselamatan Israel pula diheboh-hebohkan dengan niat jahat meranapkan watak baik Anwar sekali gus merosakkan reputasi Pakatan Rakyat di mata masyarakat.

Berhari-hari dan berulang-ulanglah isu ini akan dikembangkan dan diangkat sebagai wacana ilmiah yang akhirnya menatijahkan kutukan terhadap Anwar dan seterusnya Pakatan Rakyat pula. Tetapi, mujurlah juga ada gerakan Islam yang jujur dengan isu-isu yang membabitkan umat ini.

Terbaru, ada sekumpulan gerakan Islam mahu mengadakan bantahan dan perhimpunan aman di hadapan kedutaan Syria, Jalan U-Thant Ampang selepas solat Jumaat pada 16 Mac ini. Mereka mendesak agar rejim Bashar al-Assar menghentikan kekejamannya dan berundur daripada pemerintahan.

Perkumpulan yang menamakan diri mereka di atas nama Gabungan Selamatkan Syria (GSS) ini turut menyeru kerajaan Malaysia di bawah kepemimpinan Umno dan BN untuk menyatakan ketegasan sikapnya kepada kerajaan Syria melalui dutanya di Kuala Lumpur.

Perhimpunan aman yang dilaksanakan selepas solat Jumaat ini diadakan bersempena memperingati peristiwa revolusi rakyat Syria setelah setahun lebih kebangkitannya. Perhimpunan itu juga diadakan, bertujuan untuk mendesak kerajaan Malaysia di bawah Umno dan BN agar dapat menyatakan pendirian tegasnya ke atas masyarakat antarabangsa berhubung isu Syria ini.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab. Rahim dalam kenyataannya berkata, penyerahan memorandum bantahan dan perbincangan antara Abim dan Pemuda PAS di kedutaan Syria di Malaysia sebelum ini nampaknya perlu diteruskan lagi dengan memancarkan gelora yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kemananan.

"Kami NGO yang bergabung dalam Gabungan Selamatkan Syria menyeru agar semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan bencikan kezaliman serta penindasan agar hadir memberikan sokongan sebagai tanda solidariti kita terhadap nasib rakyat Syria yang sedang menderita," kata beliau.

Demikianlah antara usaha yang pernah dirintis oleh gerakan dakwah Islam di negara ini terhadap Syria yang berdarah hampir setahun yang lalu. Tapi kini Umno dan BN lebih berminat memasyhurkan isuisu murahan seperti keselamatan Negara Israel dengan berniat menghentam Anwar dan Pakatan Rakyat.

Usia kenyataan Anwar berhubung keselamatan Negara Israel itu jauh lebih muda dibanding peristiwa berdarah di Syria yang hampir setahun. Kenapa isu Syria tidak menarik minat Umno walau sudah setahun darah mengalir di negara Arab itu?

Jawapannya adalah - selain Umno, BN mendapat faedah merosakkan wibawa Anwar dengan menjaja isu keselamatan Israel ini, maka isu ini juga mampu membuatkan Umno berhasil memadamkan kepentingan isu Syria ini dari ingatan rakyat seluruh dunia.

Inilah strategi serampang dua mata Israel. Israel merelakan proksi mereka menghentam mereka sendiri bagi meranapkan PR sekali gus melupakan Syria. Begitu rencana Israel, Zionis yang dilebarkan proksinya; Umno-BN yang pernah dikait dengan Apco Israel sebelum ini.

Umno abaikan Syria kerana jiwanya tidak Islami. Isu keselamatan Israel akan terus dicanang bagi mencabut ingatan jihad agar kita tidak membela Syria sekali gus merosakkan PR pula!

No comments: