Oleh RUHI HAYATI THANI
Sebenarnya, Shahrizat Abdul Jalil telah pun kaya bersama keluarganya dan beliau tidak perlu bekerja lagi sebagai menteri. Di celah-celah kerancakan dan riuh rendah rakyat yang mahu Shahrizat dipecat itu, kerajaan menyangka - bahawa 'pemecatan' (peletakan jawatan) itulah langkah penyelesaian ke atas segala-galanya. Padahal, hakikat sebenarnya bukanlah sebegitu.
Shafie Apdal dalam kenyataannya memuji penuh tindakan Shahrizat ini. Katanya, rakyat tidak menilai sikap mulia ini (meletak jawatan) sebagai mengikut kehendak pembangkang. Hal ini, menurutnya, adalah sikap mulia yang wajar dicontohi.
Gara-gara NFC di bawah kelolaan Shahrizat ini, Umno sudah berpecah dua. Satu pihak Umno mahukan Shahrizat masih setia menjalankan amanah beliau. Manakala, satu pihak Umno lagi mahukan Shahrizat segera berundur. Suara kedua ini dikepalai bekas Perdana Menteri; Dr Mahathir Mohamed.
Reaksi pimpinan atasan Umno seperti Najib dan Muhyiddin, pada awalnya adalah - mereka mahukan Shahrizat dikekalkan. Sikap ini boleh dilihat dengan pemberian cuti oleh Najib. Jika Najib tegas, maka sejak berlaku skandal ini, Najib sudah lama beri kata dua kepada Shahrizat; dipecat atau letak jawatan.
Jadi sekarang ini, apakah yang menyebabkan Shahrizat baru 'dipecat' (meletak jawatan) setelah dia diberi cuti rehat? Satu jawapan yang agak kuat untuk menjelaskan fenomena peletakan jawatan oleh Shahrizat ini adalah - kehadiran pilihan raya umum yang makin dekat.
Kalau skandal NFC ini jauh daripada tempoh pilihan raya, terjadi pada 2010 atau terjadi ketika pembubaran Parlimen masih jauh, maka peluang Shahrizat kekal di jawatan itu masih ada.
Hingga kini tiada yang bertanya, berapa yang diterima sebagai 'pampasan' untuk melepaskan jawatan itu? Anwar Ibrahim telah diminta meletak jawatan tetapi beliau enggan. Lalu, keengganan itu menyebabkan beliau terpaksa dipecat oleh Dr Mahathir.
Tetapi Shahrizat bukanlah seperti Anwar. Beliau meletakkan jawatan secara aman selepas beberapa ketika. Mungkinkah dengan sedikit 'pampasan' serta sedikit kira-kira, maka beliau pun bersetuju dengan nasihat di sebalik tabir itu?
Untuk mengendalikan Shahrizat bukanlah sukar. Yang sukarnya adalah usaha mengendalikan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang terjebak dengan skandal yang sangat berleluasa di bumi kenyalang itu. Hanya dengan satu skandal, Shahrizat terduduk, tapi dengan skandal dan pendedahan yang sudah banyak di internet mengenai Taib Mahmud ini, Najib Razak tetap tidak berbuat apa-apa.
Apa pun, itulah yang terdaya beliau lakukan sebab rakyat lebih suka memantau perkembangan Shahrizat dibanding Taib Mahmud. Jadi, menjelang pilihan raya yang semakin dekat, Najib yang asalnya seolah-olah membela skandal Shahrizat, kini terpaksa membuat keputusan melibatkan maruah parti.
Rakyat mesti sedar bahawa, hal pemberian cuti itu pun jelas menunjukkan bahawa Najib mahu membela Shahrizat. Ketiadaan sikap yang tegas terhadap Shahrizat seperti mana mengembalikan semula RM250 juta itu demi faedah rakyat terbanyak, adalah bukti bahawa Najib masih membela Shahrizat.
Dengan kekayaan segera itu, keluarga Shahrizat dilaporkan telah memiliki kondominium di Malaysia dan di Singapura. Shahrizat masih bersenang-lenang lagi dengan kekayaan yang kemewahan yang beliau terima itu walau sudah berhenti jadi menteri.
Timbul persoalan lain pula. Adakah Najib akan melelong dan menjual rumah-rumah itu agar dikembalikan haknya untuk rakyat. Kalau Najib tidak berbuat demikian, kelak pada masa depan, menteri-menteri akan bermain-main dengan kekayaan rakyat lagi.
Menteri di bawah Umno itu akan terus melakukan penyelewengan dengan membeli beberapa buah rumah lagi. Kemudian, menteri itu dipecat Najib. Dan, menteri itu masih bermewahan dengan harta yang mereka beli. Ringkasnya, jangan Najib fikir bahawa peletakan jawatan Shahrizat menunjukkan skandal itu sudah tamat di sini.
RM250 juta yang hangus itu, mestilah dipulangkan semula untuk rakyat. Dan, jika menteri pada masa depan telah terlanjur guna wang itu untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya, maka hendaklah diadakan satu mekanisme bagi mendapat semula wang dibelanjakan itu, untuk diagih terhadap rakyat.

No comments:
Post a Comment