Oleh RUHI HAYATI THANI
Rasulullah s.a.w bersabda: "Berikan upah kepada pengambil upah sebelum kering peluhnya". (Ibnu Majah). Hari ini, dalam membahas hubungan majikan dan buruh, Islam melihat pekerja bukan hamba manusia untuk menghasilkan pengeluaran. Ini kerana, penghambaan yang sebenarnya cuma kepada Allah S.W.T.
Oleh itu, mestilah diusahakan agar diwujudkan keadilan antara majikan, buruh di mana gaji yang diberi setimpal dengan kerja yang dipikul buruh. Malah, baginda berpesan, upah mesti disegerakan sebelum kering keringat buruh.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Berikan upah kepada pengambil upah sebelum kering peluhnya". (Ibnu Majah). Hari ini, dalam membahas hubungan majikan dan buruh, Islam melihat pekerja bukan hamba manusia untuk menghasilkan pengeluaran. Ini kerana, penghambaan yang sebenarnya cuma kepada Allah S.W.T.
Oleh itu, mestilah diusahakan agar diwujudkan keadilan antara majikan, buruh di mana gaji yang diberi setimpal dengan kerja yang dipikul buruh. Malah, baginda berpesan, upah mesti disegerakan sebelum kering keringat buruh.
Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda, "Alangkah besar dosanya orang yang menahan makan (upah dan lainnya) orang yang jadi tanggungjawabnya."
Jadi, Islam punya kedudukan yang jelas ketika mengangkat wacana antara buruh dan majikan. Namun, baru-baru ini, PM Najib Razak sudah 'menangguh' pengumuman berhubung penyelarasan gaji minima. Katanya, pengumuman penyelarasan gaji minima akan dihebahkan pada Hari Pekerja.
"Nantilah, saya umum.. tengok Hari Pekerja," katanya saat menjawab soalan wartawan tentang gaji minimum. Najib bersikap acuh tidak acuh dengan hal periuk kaum buruh.
Apabila Najib mahu umumkan pelaksanaan gaji minima tanggal 1 Mei, hal ini bukan khabar berita. Kini sudah menjengah akhir bulan Mac. Lebih kurang sebulan lagi, Najib masih membiarkan kaum buruh bernafas dalam tekanan disebabkan oleh lamanya penantian itu.
Najib tidak perlu membuat gimik politik; mahu dedah itu dan ini pada hari tertentu, seolah-olah dia suka buat kejutan kegembiraan. Jangan dilayan kaum buruh di negara ini dengan sambutan ulangtahun kelahiran kaum keluarga dan sanak saudara beliau dengan ucapan "surprise!"
Rakyat itu majikan manakala pemimpin itu khadam umat. Jadi, jika Najib sudah ada keputusan, maka buatlah hebahan umum dan jangan ditunda lagi.
Barangkali, oleh sebab Najib kurang memikirkan masalah rakyat tertindas, maka dia sulit mengemukakan gaji minima yang membantu kaum buruh. Najib mungkin gagal menawarkan rumusan tentang takrif gaji minima. Majikan misalnya mentakrifkan gaji bulanan dan gaji pokok, elaun sara hidup (Cola) dan bayaran kerja lebih masa.
Bagaimanapun, tafsiran kaum buruh mengenai gaji minimum pula - hanya gaji asas yang tidak termasuk elaun-elaun lain yang mereka terima. Misalnya, di pihak majikan, jikalau gaji minimum itu RM1,000 lalu dengan gaji yang didapati kaum buruh sepatutnya RM1,000 ditolak caruman KWSP dan Perkeso.
Manakala, di sudut lain pula, kaum pekerja menjangkakan sebaliknya. Iaitu, daripada gaji minimum sebesar RM1,000 itu, mereka akan dapat gaji bersih sekurang-kurangnya RM1,300. Ini kerana, jumlah RM300 itu mewakili elaun termasuklah bayaran lebih masa jika ada.
Kesimpulannya, hanya waktu sebulan belakangan ini sehingga 1 Mei depan akan jadi penentu; apakah Najib akan memihak tafsiran gaji minima majikan atau beliau menoleh tafsiran gaji minima kaum buruh?
Tapi jika umat sibuk menyemak gaji minimum, rasanya kurang adil pula untuk kaum bawahan. Maksud kurang adil ini disandarkan kepada kedudukan gaji besar keterlaluan yang dinikmati kelas atasan. Oleh sebab wujudnya gaji besar, maka wujud pula gejala mewah yang melampaui batas pula.
Maka, yang paling penting lagi afdal bagi Najib adalah, beliau menyemak gaji maksimum kelas atasan ini. Maksudnya, setinggi-tinggi dan sebatas mana gaji yang selayaknya diperolehi kelas atasan dalam kerajaan? Kalau sampai RM100,000 sebulan misalnya, maka nilaian gaji seperti itu tidak patut.
Nanti mereka boleh beli cincin berlian, dua tiga ketul pula di New York. Pendek kata, yang kaya makin kaya, yang miskin papa kedana pula. Keadaan tidak berubah. Jurang kekayaan dan kemiskinan akan terus-menerus melebar seperti biasa.
Ya, sebab itulah, kalau Najib sudah ada rancangan menetapkan gaji minimum, maka tentulah ada pula takrif gaji maksimum.
Ia penting supaya gaji Najib terutamanya dapat dihadkan. Jikalau gaji maksimum Najib adalah RM5,000 sebulan misalnya, maka keghairahan Rosmah berbelanja mewah di New York dan Australia itu juga dapat dibataskan secara teorinya.
No comments:
Post a Comment