Oleh BOESTAMAM SARI
Sebuah akhbar Singapura menyiarkan kisah keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Abd Jalil yang memiliki empat firma berdaftar di negara pulau republik berkenaan.
Jadi, bukan mudah kalau ingin menegakkan nilai kesederhanaan Wasatiyah dalam diri dan keluarga Umno hari ini. Antara saranan mufti serta perintah Rosmah, Perdana Menteri Najib Razak tersepit banyak hal juga.

Misalnya jika mufti berani menegur jumlah belanja mewah majlis pertunangan anak Najib, kiamat juga Malaysia hari ini. Syukurlah dan mujurlah tiada mufti Malaysia yang sanggup menegur belanja majlis pertunangan yang mencecah RM400,000 itu.
Masing-masing mufti memilih jalan neraka. Itu lebih afdal dibanding azab Najib jikalau mufti berani menegurnya. 'Syukurlah' mufti sudah takut. Dengan itu, Malaysia aman sebab umat tidak akan mempolemikkan hal mufti yang tidak berani menegur itu.
Insan paling handal dalam mengawal Najib adalah Rosmah, bukan mufti. Najib boleh tangani cabaran apa saja kecuali Rosmah. Hatta dalam hal keterjebakannya di dalam perayaan Thaipussam itu pun boleh beliau kendalikan. Mufti boleh ditundukkan. Tapi, untuk menundukkan Rosmah dengan kata-kata Najib, itu bukan kerja.
Misalnya apabila mufti kesal dengan lawatan Najib ke perayaan Thaipusam, maka tiba-tiba mufti yang sama juga menjawab kedudukan Najib yang hadir ke perayaan itu. Peliknya sebelum ini, mufti pernah menyatakan terkilannya beberapa kali ke atas tegurannya selama ini yang tidak diendahkan langsung oleh Najib. Daripada sudut lain, umat tahu bahawa kehadiran Najib dalam majlis keraian kuffar itu sudah terjadi banyak kali juga.
Rakyat tertanya-tanya, kenapa mufti seolah-olah melupakan rasa terkilan yang lalu. Sikap mufti menjawab bagi pihak Najib membayangkan seolah-olah, mufti melupakan 'dosa' lama Najib. Dalam kenyataan dulu, katanya teguran beliau ini bukan kali pertama. Maknanya tidak sekali dua mufti larang Najib daripada menghadiri majlis terlarang itu.
Pesan mufti, memadailah Najib mengirim wakilnya; menteri India ke majlis agama bukan Islam. Semua ini mustahak dituruti untuk mengelakkannya jatuh ke dalam hal syubhat; antara halal dan haram. Dengan mengirim wakilnya dalam kalangan India, secara teorinya akan terselamatlah Najib daripada berbuat hal-hal berunsur syubhat.
Apa pun, hal kehadiran Najib ke majlis itu dianggap selesai setelah mufti sendiri tampil menawarkan jawapan. Yang belum selesai ialah, rasa keliru yang masih terkurung di benak fikiran umat ke atas sikap mufti yang seolah-olah melupai keterlibatan Najib dalam majlis keagamaan Hindu sebelum ini.
Bagaimanapun, akhirnya rakyat bersetuju dalam satu hal; betapa Najib dapat tangani mufti itu agar kekal memihak kepadanya. Yang sulit Najib kawal ialah, kehendak nafsu dan tabiat Rosmah dalam menguruskan kehidupan dan mengawal keperibadian keluarganya.
Mutakhir ini Najib mungkin sedang sarat menderita. Dalam hati yang paling dalam dan jiwa batinnya mungkin menyimpan kesengsaraan yang bermacam ragam. Mungkin Najib kini sedang dilanda perasaan gundah-gulana dalam banyak hal juga mengenangkan masalah Rosmah ini.
Najib ingin dilihat bersederhana di mata umat. Tapi, gaya hidup Rosmah yang dikelilingi kemewahan itu telah mencacatkan rupa paras politiknya hari ini. Najib wajib berlakon sebagai watak sederhana. Tapi, nafsu tamakkan kemewahan yang rancak bergelora di danau hati Rosmah ternyata sulit dibendung. Bagaimanakah dia dapat menutup kisah RM400,000 belanja untuk majlis pertunangan anak gadisnya itu?
Bagaimana mahu menutup sejumlah bil bernilai RM80,000 sebagai menyambut acara sambutan harijadinya? Dalam dunia kini yang sedang berkembang dengan maju dan demikian pesatnya, sangat sulit menemukan ikhtiar untuk menutup semua dosa dan salah laku ini.
Cuma satu perkara saja yang membuatkan Najib dapat menarik nafas lega, iaitu tindakan mufti yang suka mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri ke atas pendedahan itu. Dan, yang paling menyenangkan Najib adalah - sikap rakyat yang memiliki sikap 'malu alah' dengan mufti hari ini. Maknanya umat tak akan berani membangunkan kritikan ke atas mufti yang mendiamkan diri daripada mengutuk pembaziran Najib dan Rosmah itu.
Beza Rosmah dan Shahrizat adalah - Rosmah isteri PM dan Shahrizat adalah menteri di bawah Najib. Yang dapat Najib selamatkan adalah Rosmah. Yang sulit bagi Najib ialah menutup laporan mengenai hal kekayaan keluarga Shahrizat di Singapura. Terdedah Meatworks (Singapore), Global Biofuture, Icube Investments, dan Farmhouse Supermarkets sebagai rempah ratus kekayaan mereka. Dan, mufti masih juga mendiamkan diri.

No comments:
Post a Comment