Oleh H FANSURI
Setiap tahun akhbar-akhbar kita akan dengan megahnya memahat kata-kata bahawa pendidikan negara telah mencetak pelajar yang mewah A berganda. Tetapi, pelajar yang mendapat A, meraih markah tertinggi di dalam matapelajaran ini bukanlah alat untuk meluruskan kembali fikiran masyarakat.
Lalu, sistem pendidikan hari ini tentu sahaja masih bermasalah besar, kerana bangsa ini belum pernah mencetak anak-anak muda yang menggalas tugas untuk membantu rakyat menjadi cepat dewasa dan matang dalam politik kenegaraan.
Dalam cerita Ashabul Ukhdud, diperihalkan cerita seorang ahli sihir pernah memohon kepada raja untuk melatih seorang anak muda. Anak muda ini amat penting agar dapat mewarisi ilmu sihirnya dalam urusan membantu raja itu. Tetapi anak muda itu juga berguru dengan seorang pendeta. Akhirnya ajaran pendeta itulah yang dipilihnya. Dia akhirnya mati dibunuh raja, dan seluruh umat yang beriman dengan agama yang dianuti pemuda itu turut dibunuh.
Adakah watak anak muda seperti ini boleh dilahirkan semula di bawah sistem pendidikan anutan Perdana Menteri Najib Razak termasuklah Timbalannya Muhyiddin Yassin pada hari ini? Adakah deretan anak-anak muda yang mendapat 'A' ini boleh mencerahkan ufuk fikiran rakyatnya sendiri?
Adakah melalui sistem pendidikan hari ini, maka akan lahir anak-anak muda yang akan menegakkan pesan ketauhidan di dalam jiwa rakyat? Sama sekali tidak! Anak-anak muda ini hanya dikenyangkan dengan baucer RM200 untuk sekali sahaja, dan tidak memikirkan lebih daripada itu.
Ia akan menjadi seperti rakyat yang telah dibutakan mata hatinya setelah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan nilai RM500 untuk sekali dalam seumur hidup mereka. Tiada seorang pun pemuda di bawah pendidikan Najib, Muhyiddin yang menolak Tajuddin Ramli dan Shahrizat Abdul Jalil.
Tiada anak muda yang tampil menghebohkan betapa Tajudin akan merdeka, kerana RM589 juta diberi secara percuma kepadanya dan dia terlepas bebas daripada kutukan. Pendidikan tajaan Najib, Muhyiddin tidak menatijahkan teriakan semboyan kritikan ke atas Ketua Wanita Umno, Shahrizat ini.
Pelajaran yang lemah ini sudah meletakkan Shahrizat dalam keadaan selamat lantaran RM250 juta yang dimiliki keluarganya tidak akan dipulang semula kepada rakyat. Ini kerana, anak-anak muda ini akan kekal diam di bawah asuhan pelajaran sekolah tajaan Umno Najib dan Muhyiddin ini.
Orang-orang akan melupakan peristiwa ini sebegitu sahaja. Dan Tajudin tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan bagaimana dia mahu membayar hutang sebanyak RM589 juta daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd. Ini kerana, keputusan tidak membayar hutang itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian di luar mahkamah yang sudah pun dicapai dan disepakati dengan beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum ini.
Ya, sekali lagi - Tajudin akan selamat kerana pendidikan aliran kebangsaan ini hanya mencetak akal geliga bertaraf 'A' dan pelajaran di sekolah bukanlah bertujuan menegur salah laku penyimpangan pemimpin yang terbabas keluar daripada haluan dasar kenegaraan.
Demi sesungguhnya pendidikan negara tidak akan mampu mencelikkan mata rakyat dan mahasiswanya lagi. Perkara ini disentuh oleh penyair Indonesia, W S Rendra dalam sajaknya; 'Angkatan Gagap'.
Kita adalah angkatan gagap
yang diperanakkan oleh angkatan takbur
Kita kurang pendidikan rasmi
di dalam hal keadilan,
kerana tidak diajarkan berpolitik,
dan tidak diajar dasar ilmu hukum.
Kita melihat kabur peribadi orang,
kerana tidak diajarkan kebatinan atau ilmu jiwa.
Kita tidak mengerti huraian fikiran lurus,
kerana tidak diajar falsafah atau lojika.
Apakah kita tidak dimaksud
untuk mengerti itu semua?
Apakah kita hanya dipersiapkan
untuk menjadi alat saja?
Inilah gambaran rata-rata
pemuda tamatan SLA,
pemuda menjelang dewasa.
Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran fikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menghuraikan.
Oleh itu harapan yang ada hari ini adalah, diperlukan anak-anak muda ini dikirim ke pondok-pondok juga selepas mereka menganut ajaran yang menyihir fikiran dan mata jiwa mereka di sekolah aliran kebangsaan tajaan Umno, Najib dan Muhyiddin itu.
Seperti mana halnya anak muda yang berguru dengan aliran sihir (aliran kebangsaan) tajaan istana raja yang jahat, maka anak muda ini juga turut sama berguru dengan pendeta (aliran pondok) yang mengajarnya membela ajaran Tauhid.
Berilah peluang agar anak muda ini berguru dengan dua aliran ini (aliran kebangsaan dan aliran pondok) jika kita ingin menunggu kelahiran semula anak muda Ashabul Ukhdud, dan jika kita tidak ingin mencetak lagi 'Angkatan Gagap' seperti yang ditakrifkan oleh W S Rendra itu.

No comments:
Post a Comment