Oleh ALI BUKHARI AMIR
Akhirnya Saiful Bukhari Azlan dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung Mei ini. Jodoh beliau adalah seorang pengacara TV3; Nik Suryani Megat Deraman.
Walaupun ribut dugaan melanda dengan agak keras, tetapi siapalah yang dapat memutuskan rasa cinta? Dilaporkan, menurut sumber TV3, Saiful yang cuba menegur dahulu pasangannya itu di sebuah restoran.
Setelah kes Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim selesai, maka kedua-dua mereka menjalin hubungan biasa. Mereka bertindak bijak kerana berkahwin selepas PRU. Ertinya, mereka juga mungkin sudah merancang. Kalau bernikah sebelum PRU, agak sibuk dan padat juga jadual Saiful ini dengan pelbagai sidang media.
Pelbagai persoalan menerpa di fikiran orang-ramai kala ini. Misalnya seorang teman menyebut sepotong nas al-Quran, “Wanita jahat untuk lelaki jahat dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat, wanita baik untuk lelaki yang baik dan lelaki baik untuk wanita yang baik.” (an-Nuur: 26)
“Mana kamu tahu seseorang itu baik atau jahat?” tanya seorang teman lagi.
“Dah TV3 pun jahat, suka fitnah sana-sini…” balas lawan bahasnya itu.
Akhirnya, dihumban kesalahan itu terhadap TV3 dan bukan individu yang bekerja di rangkaian penyiaran itu. Di mana pun hari ini, rakyat menemui kesulitan hendak berfikir secara tenang. Ini salah Najib juga.
Sementara itu, bagi anak-anak Terengganu, mereka menumpang rasa malu apabila menerima khabar ini lantaran pasangan Saiful itu berasal dari negeri berkenaan. Sekali lagi, jodoh itu sudah ketentuan Tuhan.
Agak menarik juga kalau dikupas ulas ayat al-Quran berhubung lelaki yang jahat untuk perempuan jahat. Masalahnya, kita tidak pernah mengetahui kejahatan orang yang baru kita kenal. Jadi, lebih kita diamkan sahaja. Kalau kejahatan Najib Razak, maka hal demikian bolehlah kita ulas dan pulas ikut sesedap rasa.
Namun, apa pun yang berlaku, gelaran biseksual yang menjalar di atas lidah celupar boleh patah kembali kerana hal-hal pernikahan ini. Ini adalah tanggapan yang tidak tamat dibahas. Tergantung atas kerajinan lidah kita untuk membahaskannya dalam sidang sembang petang sambil minum kopi jika kita tiada kerja hendak dibuat, melainkan mengumpat cela dan mengutuk mengata ke atas politikus negara.
Agak pelik juga kalau hendak renungkan bagaimana kedua-dua mereka bertemu? Tapi, ini semua kerja Tuhan yang menyuburkan rasa cinta sesama mereka. Kita tidaklah perlu risau dengan persoalan pesona wangian cinta dan kejutan ‘chemistry’ yang terdandan hias antara mereka itu.
Hal ini biarlah hancur melebur ditelan zaman. Mereka berhak meneruskan kehidupan dengan caranya. Yang penting, demi pernikahan, akan tertutup rapatlah api fitnah yang melingkari TV3 dan Saiful sendiri.
Sebagai calon suami, Saiful mungkin akan tinggalkan ‘perjuangan’nya bagi melayari sebuah kehidupan bahagia. Mereka juga sepatutnya menjadi contoh ikutan ke atas zuriat mereka nantinya.
Inilah harapan orang-orang yang ada di sekeliling mereka. Iaitu, semoga dengan pernikahan ini, amalan keji akan berakhir dan mereka disibukkan dengan hal-hal yang lain.
Pasangan Saiful itu mengakui wujudnya hari pernikahan. Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut. Maka, mereka merancang pernikahan ini selepas PRU-13. Ketika belum menjelangnya tarikh membuang undi itu, Saiful sedikit ‘sibuk’.
Beliau disibukkan dengan dakyah menyebarkan isu sumpahnya di depan Ka’bah dan lain-lain pekerjaan. Kini, masanya semakin banyak terarah kepada pembangunan sebuah rumahtangga as-sakinah (tenang).
Rumahtangga yang aman, tenteram dan redup mendamaikan itu boleh tercapai jika selepas pernikahan ini, Saiful hentikan kenyataan-kenyataan yang beliau selalu sebutkan ketika beliau masih bujang lajang.
Jika selepas nikah pun, dia masih diajak berbual-bual tentang hal belakangnya, pasti keluarga mertuanya malu besar. Dulu, pergeseran cuma melibatkan Saiful dan keluarganya saja. Tapi kali ini mungkin mertua pun ikut terpalit sama.
Sejarah Umno memfitnah pimpinan politik Melayu ini sudah berakar lama sejak zaman Dr Burhanuddin al-Hulaimy lagi. Ketika ini, beliau difitnah berkasih dengan Ibu Zain.
Potensi Dr Burhanuddin sebagai PM memang agak jelas ketara pada waktu itu. Jadi, fitnah seks memang digunakan Umno untuk menginjak maruah pimpinan tokoh tersebut. Demikianlah jua ketika Anwar pada saat ini dilihat dapat meraih sokongan rakyat menjadi PM, maka fitnah yang sama turut digunakan.
Kini, cara sama diulangi dengan kehadiran Saiful. Akhirnya Saiful akan tamatkan zaman bujangnya. Dia mungkin mendapat anak lelaki dan perempuan.
Ketika ini, ada orang sudah tersedar mengenai fitnah Umno yang dikenakan ke atas Dr Burhanuddin dan Ibu Zain itu. Kedua-dua mereka sudah pun jauh meninggalkan kita dengan sejumlah jasa besar terhadap agama, bangsa dan negara.
Persoalannya, jika Saiful sudah berusia 50-an dan beliau masih hidup lagi, adakah beliau bersedia untuk berdepan dengan pertanyaan anak-anaknya, “Betulkah abah dulu buat begitu dan begini dengan…”
Tidak dapat dibayangkan juga, bagaimana pasangan Saiful akan dapat menjawab pertanyaan anak-anak mereka itu. Itu baru masalah dunia. Kalau di akhirat, bagaimana mahu jawab soalan ini di hadapan Bani Israel, umat Nabi Nuh a.s dan umat Sadum dan bangsa Gemorrah itu?

No comments:
Post a Comment