Oleh H FANSURI
Ada perjuangan yang mungkin sesuai diperjuang oleh sekumpulan ilmuwan baru-baru ini iaitulah Gatera (Gerakan Intelektual Rakyat). Perjuangan itu adalah usaha memerdekakan media yang masih dicengkam BN walau kerajaan dan parlimen sudah lama dibubarkan.
Kini Gatera hadir. Seperti bunga, pohon perjuangannya lahir dan bertunas seperti kuntuman bunga yang kelopaknya sedang terbuka. Janji Gatera kini; mereka ingin merakyat dan membumi. Kata mereka, acara Gatera ini akan berterusan juga selepas berakhirnya PRU13.
Dalam sidang media sebelumnya, telah berkembang bunga-bunga harapan, "Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuan dan ulama tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini," kata Dr Shaharir. Dia khuatir budaya ini berterusan apabila ada yang ingin meraih mengekalkan kuasa.
"Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun," tambah beliau lagi.
Para ilmuwan di universiti pada hari ini bukanlah tidak sedar mengenai masalah yang terjadi di Malaysia, tapi mungkin sudah hampir ketandusan watak-watak yang boleh memimpin pemberontakan ilmiah. Dan dengan kehadiran Gatera, diharapkan semoga watak-watak Ali Shariati di Iran dapat dihidupkan semula.
Dr Shaharir yang memimpin pergerakan itu berkata Gatera melihat persekitaran politik negara sudah di tahap parah. Hal itu memaksa mereka hadir di tengah masyarakat. Khabarnya Gatera akan berkempen bagi menyatakan pendirian mereka ke atas amalan budaya politik kotor.
"… kami akan turun ke masyarakat dalam memberikan penerangan mengenai kesan budaya politik kotor ini dan mungkin juga akan duduk sepentas dengan ahli politik bagi menyatakan pandangan kami sekiranya dijemput," kata beliau lagi. Kenyataan Gatera ini wajar disambut baik.
Tapi, ada usaha lain yang mungkin boleh dilaksanakan Gatera jika mereka tidak dibaris sepentas dengan ahli-ahli politik ini. Iaitu berbalik kepada kenyataan awal di atas Gatera boleh tumpukan usaha membaiki mutu pelaksanaan media menjelang pilihan raya umum.
Rakyat berkehendakkan media yang bebas dalam melaporkan perkembangan parti-parti secara adil. Kita maksudkan media yang bebas di sini adalah media awam (RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan) yang wajib melaporkan suara setiap calon yang bertanding, baik BN, Pakatan Rakyat dan calon bebas.
Kita, rakyat jelata, wajib turun ke jalan raya semula bertujuan menegakkan semula tuntutan Bersih yang lalu – mendapat media bebas sepanjang kempen. Kita wajar menamakan pengamal-pengamal media itu untuk melaksanakan keadilan ke atas media sekurang-kurangnya sepanjang tempoh berkempen kali ini.
Dalam hal ini, suka kita ingatkan kembali kepada pihak Gatera dan rakyat seluruhnya mengenai usul-usul yang dikemukakan oleh A Kadir Jasin berhubung kaedah bagi memastikan kebebasan media itu tercapai sekurang-kurangnya dalam tempoh kempen pilihan raya umum kali ini.
A. Kadir Jasin, salah seorang panelis dalam forum itu jelas menyebut -- betapa media awam seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan perlu diambil alih oleh rakyat semula bagi memastikan keseimbangan dalam laporan pemberitaan itu wujud semula.
Masih tidak terlewat dalam masa yang masih suntuk ini untuk kita berbincang siapakah wakil-wakil yang boleh dinamakan untuk mengendalikan media-media awam ini.
Adalah lebih baik Gatera menumpukan usaha membebaskan cengkaman Umno BN ke atas media awam dibanding menunggu jemputan ceramah daripada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat itu.

No comments:
Post a Comment