Tuesday, March 29, 2011

Pawagam porno di Carcosa, di mana adegan porno Soi Lek?

Oleh H FANSURI

Filem Matinya Seorang Patriot (1984), sebuah filem revolusi yang mengisahkan pembunuhan berdarah seorang demi seorang ahli Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn Bhd. Syarikat besar ini kepunyaan Bumiputera dan Haji Shahban adalah salah seorang daripadanya.

Haji Shahban tahu bahawa setiap ahli lembaga pengarah syarikat ini ada masalah tertentu. Beliau akan menyerahkan maklumat kecurangan ahli lembaga pengarah ini kepada Perdana Menteri.

Suatu plot konspirasi disusun untuk membunuh Haji Shahban. Tetapi pembunuhan itu dilakukan secara halus, iaitu dengan mendedahkan gambar porno isteri; Mak Aji ketika muda. Mak Aji adalah pembantu rumah seorang pegawai Inggeris di Malaya suatu ketika dahulu. Ketika masih gadis, dan ketika bekerja sebagai amah di rumah pegawai Inggeris inilah gambar porno Mak Aji diambil.

Apabila gambar itu sampai ke pengetahuan Haji Shahban, maka beliau terus berasa tertekan. Akibatnya Haji Shahban meninggal dunia kerana melihat gambar isterinya dalam keadaan yang memalukan itu.

Bilakah wujudnya gejala perusahaan kelucahan di Alam Melayu?

Sebenarnya, gejala kelucahan dalam bentuk perusahaan di Alam Melayu ini, tidaklah diketahui bilakah tarikh tepat sejarah kemunculannya. Tiada ditemui jurnal penyelidikan ilmiah di universiti tentangnya. Pensyarah tiada kajian mengenainya dan NC mungkin sibuk melobi menteri untuk membuat kajian ini.

Jika ada dana dan geran penyelidikan mungkin ramailah juga yang akan menyertai projek kajian ilmiah tersebut. Kajian ini akan tampak lebih murni lagi hadhari atas nama ilmiah.

Kelucahan di Alam Melayu ini mungkin bermula dengan seorang pemuda yang berjalan-jalan di tepian sungai ketika sedang mengintai sekumpulan dara yang sedang bermandi-manda sambil menyental baju, pakaian ahli-ahli keluarga mereka.

Babak dan adegan ini hadir dalam filem-filem Melayu klasik. Pendedahan tubuh badan wanita berlaku ketika Finas belum wujud dan adegan ini mempersembah realiti yang wujud ketika itu. Bagaimanapun, tindakan mengendap itu adalah hal peribadi dan bukan bermotifkan perusahaan keuntungan.

Kemudian, terjadi penjajahan perompak dan lanun di kampung, desa. Lanun di lautan atau sekumpulan perompak di daratan menghendap wanita-wanita desa bermandi-manda dan membasuh baju di sungai. Lazimnya, nama perompak dan lanun ini diabadikan dalam filem Melayu klasik sebagai Komeng.

Nama Najib tidak popular pada era itu kerana era itu belum masuk era moden. Jika nama Najib popular mungkin para pembikin filem klasik akan abadikan nama Najib sebagai gantian penjahat Komeng.

Bagaimanapun, pengendapan porno oleh pemuda desa, lanun dan para perompak pada zaman purba itu bukan bermotif keuntungan. Mereka bukan pemodal, saudagar dan kapitalis yang menjaja dan meniaga filem DVD untuk menjatuhkan kepimpinan penghulu yang ada skandal seks dengan mana-mana gadis kampung atau gadis luar negara dari benua Mongolia.

Pendek kata, sejahat-jahat ketua lanun, ketua perompak bernama Komeng dan pemuda yang bernafsu liar pada zaman purba itu, mereka tidak membawa isu-isu moral dan menjaja cerita yang bersifat porno untuk menjatuhkan penghulu. Mereka tidak membawa fitnah, mengada cerita ketika membuat revolusi.

Pemikiran rakyat diperkosa di Carcosa?

Jika raja dan pembesar Melayu purba pernah terlibat dalam skandal seks, maka dalam sejarah Inggeris purba misalnya, pengantin wanita akan diserah kepada raja sebelum diserah kembali kepada pengantin lelaki. Ini adalah jenayah yang dilakukan raja Inggeris secara terhormat.

Adakah bawaan akhlak purba ini meresap ke dalam fikiran pegawai British seperti yang terakam dalam Matinya Seorang Patriot? Adakah benar, wujud anak gadis Melayu yang pernah berbogel untuk diambil gambarnya oleh mana-mana residen British suatu ketika dahulu?

Entahlah. Tiada kajian dan penyelidikan mengenainya. Setakat ini, belum lagi ditemui mana-mana diari catatan Residen British Frank Swettenham, Stamford Raffles dan lain-lainnya mengenai gejala lucah di rumah-rumah Residen, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya sebelum ini.

Tetapi, alkisahnya baru-baru ini - di Carcosa sebuah tempat tinggal pegawai British, telah ada tayangan kisah lucah seorang pemimpin parti. Ini semua perlu diperhati, perlu ditelaah dan teliti juga.

Ketika mahkamah yang dikawal eksekutif masih juga membicarakan fitnah liwat, sekumpulan manusia politik mendesak agar DNA diserah kepada mahkamah.

Ketika mahkamah masih membicarakan DNA, makhluk politikus ini juga telah pun dahului mahkamah dengan menjadikan Carcosa sebagai pawagam filem lucah. Kegilaan politikus untuk mendahului rumah keadilan mahkamah ini mengelirukan ramai fikiran rakyat yang lemah dan mudah ditipu Umno-Apco.

Suatu soalan yang tidak mungkin dijawab para politikus yang gemar menonton filem lucah di pawagam Carcosa ini ialah – bolehkah ditayangkan filem porno Soi Lek yang lebih jelas itu? Ya, aksi Soi Lek itu pun agak panas dan memberahikan juga. Kenapa Umno tidak tayangkan di 'pawagam' Carcosa?

Nasihat kita, Umno-Apco jangan pernah berasa lelah daripada memperkosa fikiran rakyat di Carcosa!

No comments: