Oleh ALI BUKHARI AMIR
Apakah tugas pelajar hari ini hanya terhad kepada urusan belajar semata-mata dan melibatkan diri dengan kegiatan kemahasiswaan anjuran universiti? Suatu ketika dahulu, program Bakti Siswa hanya dikendalikan oleh mahasiswa itu sendiri.
Tetapi, apabila kesedaran mula bangkit dan kemajuan berfikir mula terbit, maka program Bakti Siswa itu mula diletakkan di bawah anjuran universiti. Jika pihak universiti tahu bahawa kegiatan Bakti Siswa itu menyimpang daripada tujuan dan maksud universiti, berkemungkinan besar program itu tidak akan diluluskan.
Tiada kalangan pentadbir universiti yang mahu program Bakti Siswa itu diangkat sebagai suatu alat untuk menikam ke tubuh mereka sendiri. Acara turun ke lapangan, turun ke desa ini hanyalah suatu acara akan diteruskan sebagai acara yang tidak bersifat 'missionaries'.
Mahasiswa hanya turun beramah-mesra dengan penduduk setempat dan kemudian meninggalkan keluarga angkat lalu terus melupakan mereka. Adakah kajian dilaksanakan oleh mahasiswa ke atas isi rumah itu? Misalnya, berapa ramaikah ahli keluarga angkat mereka yang tidak mendapat pekerjaan?
Ketika kumpulan pelajar mula menukar corak arus perjuangannya kepada program yang bersifat 'missionaries', maka ketika itulah pentadbir kampus kita mula berasakan diri mereka terancam dan terdedah dengan program anjuran mereka sendiri.
Ambil suatu contoh. Apabila kumpulan mahasiswa pertama hanya berkampung selama seminggu tanpa tujuan mengumpul maklumat dan data, malahan hanya sekadar pengisian masa bersuka-sukaan dengan keluarga angkat, maka hal itu tidak membahayakan universiti.
Tetapi, apabila kumpulan mahasiswa itu mula mengumpulkan data-data keluarga untuk diketengahkan kepada pihak kerajaan untuk dibangkitkan sebagai persoalan, maka ketika inilah pentadbir universiti mungkin berasa terancam dan terdedah kepada bahaya.
Mahasiswa ini mungkin akan mendesak kerajaan menuntut jawapan. Ketika ini, kerajaan akan meminta jawapan kepada pentadbir universiti tentang hal, maksud dan motif sebenar kumpulan mahasiswa membuat program Bakti Siswa itu.
Pendek kata, jika Bakti Siswa itu sekadar turun kampung dan menjalinkan hubungan sesama penduduk desa, maka hal itu tidak membahayakan kerajaan dan sekali gus pentadbir universiti tidak akan kerap terganggu dengan longgokan pertanyaan daripada pihak kementerian.
Tetapi, jika sebaliknya berlaku - ertinya wujud usaha membangkitkan pertanyaan berhubung masalah kekurangan yang berlaku di desa itu, maka gerakan Bakti Siswa yang murni itu dengan tiba-tiba dipandang serong oleh pentadbir universiti dan kerajaan.
Di sinilah kita perlu menilai kembali dengan sungguh-sungguh hati; apakah tugas mahasiswa itu cuma terhad kepada belajar di universiti dan tidak ambil peduli soal kedudukan masyarakat di sekeliling mereka?
Sebab itu juga, kita sering mendengar pandangan sesetengah pentadbir universiti yang 'menasihatkan' supaya belajar sahaja di universiti dan janganlah ambil pusing soal politik kenegaraan. Apabila sudah lulus nanti, maka teruslah berjuang di lapangan politik.
Kata pentadbir universiti lagi, serahkan urusan mentadbir universiti kepada pentadbir universiti dan tugas mahasiswa itu cuma belajar. Adakah pendapat ini masih sah laku?
BELAJARLAH SAMBIL MENCABAR
Sepatah mutiara kata Prof Diraja Ungku Aziz ini wajar direnungi semua pihak, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..."
Kata-kata ini boleh ditafsir dalam banyak bentuk fahaman. Namun, salah satu fahaman yang ingin kita julang dan terapkan dalam tulisan ini adalah, hal mencabar kekuasaan itu juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Ketika mahasiswa itu bertanya, maka mereka sedang belajar juga.
Sekumpulan mahasiswa daripada Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM UM) baru-baru ini telah mengemukakan bantahan ke atas kempen Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Naib Canselor di universiti berkenaan. Kempen tersebut ada kaitan dengan keghairahan NC mengejar kedudukan 'ranking' universiti bertaraf dunia.
Maka, proses mahasiswa mencabar dasar dan kempen tersebut adalah sebahagian daripada proses pembelajaran juga sesuai dengan seruan Prof Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor UM itu sendiri. Ditinjau daripada sudut ini, maka sepatutnya NC tidak perlu risau, malah sebaliknya berasa bangga.
Namun, di celah-celah kemelut itu juga, timbul tohmahan liar bahawa bantahan tersebut bersifat 'kurang ajar'. Bagaimana mahu berdepan dengan salah sangka sebegini? Maka, jawapan yang boleh kita kongsikan bersama di sini perlu dirujuk kepada sebuah puisi Sasterawan Negara Usman Awang berjudul 'Kurang Ajar'.
"Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar."
Maka, jika cabaran itu tidak mahu diangkat nilainya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran sebagai yang difahami oleh Ungku Aziz, maka hal ini bolehlah juga dianggap sebagai langkah biadap dan kurang ajar juga.
Tapi, Usman Awang dengan penuh gaya menggunakan tafsirannya dan kebijaksanaannya sudah mengheret fikiran kita kepada suatu tafsiran lain ke atas makna 'kurang ajar' yang sepatutnya disahkan itu.
Iaitu, sesekali kita perlu bersikap 'kurang ajar' demi mempertahan maruah bangsa kita sendiri. Ketika bahasa ibunda dihinakan, maka anak bangsa wajar bangkit dan menolak kebiadapan mereka yang bersikap biadap menodai maruah bahasa ibunda.
Begitulah kata Usman Awang, "Suatu bangsa itu tidak mungkin menjadi besar, kalau tidak punya sifat kurang ajar..." Dalam soal bahasa, tiada lagi tolak ansur dalam kamus perjuangan kita, mahasiswa-mahasiswa yang berjiwa revolusioner.

No comments:
Post a Comment