Oleh H FANSURI
"Anwar masih lagi tegas mempertahan prinsip Pluralisme. Tahniah Najib kerana menyanggah faham sesat itu," kata seorang ahli akademik Umno dalam satu catatannya di Facebook.

Saya termenung panjang memikirkan bagaimana seorang bekas pimpinan pelajar yang dahulunya sangat kuat mendokong Anwar, kini tiba-tiba mengubah arah kompas perjuangannya dengan mengampu Najib sekali gus membangunkan kritikan kerasnya terhadap Anwar.
Apakah yang mendorong beliau memaku keras kritikannya ke atas Anwar? Sekali gus memejam mata terhadap kematian Altantuya model Mongolia yang ditemui mati diletupkan bom C4 gara-gara tuntutan komisen kapal selam Scorpene itu? Entahlah...
Itu baru isu Pluralisme. Sebenarnya banyak lagi jalan-jalan pembohongan dan pembodohan dan denai-denai fitnah yang perlu ditebas untuk menjatuhkan imej dan reputasi Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya. Hal siapakah yang benar dan siapa batil, soal betul salah itu sudah tidak penting lagi.
Peranan akhbar dan kebanyakan aliran media perdana kini hanya mengoyak salah laku Pakatan Rakyat. Anwar adalah secebis batu penghalang untuk BN mempertahan kuasa mereka. Tiada manusia yang tidak pernah berbuat jahat, baik BN dan PR.
Perhitungan mencari siapakah yang benar atau salah tidak berlaku, BN sebenarnya sedang berkempen di peringkat awal apabila mengheret Anwar serta merekacipta isu-isu buruk di setiap negeri di bawah naungan jajahan PR. Lalu akhbar dan media itulah yang sedang diperkosa semahu-mahunya oleh BN.
Iman kepada dua perkara - Allah dan Hari Akhirat
Apabila kita merenungkan banyak kejadian ini semua, daripada liwat kepada saudagar video lucah di Carcosa, kita perlu bertanya kepada diri sendiri, di manakah letaknya kepercayaan kita terhadap Allah s.w.t dan Hari Akhirat?
Rukun Iman itu ada enam perkara, itulah yang sudah kita pelajari sejak dahulu lagi. Namun begitu, dalam kebanyakan hadis nabi dan nas Al-Qur'an yang dibaca, banyak kali Tuhan dan Rasul menyebutkan hanya dua perkara ini sahaja, iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t dan kepercayaan kepada akhirat.
Antara hadis yang boleh disebut di sini, "Barangsiapa yang percaya kepada Allah s.w.t dan hari Akhirat, maka hendaklah bercakap hal yang baik atau pun berdiam sahaja." Sementara itu, ada juga hadis yang menyebut, "Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari Akhirat, maka muliakanlah jirannya."
Dan, banyak lagi hadis yang menyebutkan dua perkara ini. Jadi dalam Rukun Iman yang berjumlah enam perkara itu, ada dua rukun yang terpenting, iaitu percaya kepada Allah s.w.t dan percayakan akhirat. Maka, bagaimanakah kita mahu menghubungkan ini semua dengan kes liwat dan kes tayangan video lucah di Carcosa itu?
Sebelum itu, wajar diingatkan bahawa sebelum ini, sudah ada usaha dalam kalangan warga Melayu Singapura yang memperihalkan kebejatan moral oleh kalangan pembesar di pulau itu, khasnya yang terkait dengan skandal seks juga. Kisah gelap ini terangkum dalam Syair Tenku Prabu di Negeri Singapura yang dimuatkan dalam buku Syair tantangan Singapura abad kesembilan belas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.
Maka, perihal kebejatan moral pembesar Melayu itu sudah pun lama diperihalkan dalam hikayat-hikayat dan riwayat-riwayat penyair terdahulu daripada kita. Jika ada kelengkapan teknologi Facebook dan perkakasan canggih seperti rakaman kamera video, mungkin perihal adegan ranjang Tenku Prabu yang dikatakan bermukah dengan Tambi Abdul Kadir itu turut dirakam juga.
Namun bezanya dengan syair itu dengan rakaman video lucah di Carcosa itu, sehingga kini kita tidak dapat mengetahui siapakah gerangan yang menulis kisah gelap Istana Kg Gelam di Singapura itu. Tetapi, tayangan video seks di depan wartawan itu telah diketahui ada perakamnya yang didalangi Dato' T.
Oleh kerana, Dato' T itu beragama Islam dan Melayu pula, tentu tidak sukar untuk kita bertanyakan beliau darihal keimanannya terhadap Allah s.w.t dan Hari Akhirat. Jika beliau percayakan Allah s.w.t akan menghukum manusia sesuai dengan kelakuannya di dunia, maka kenapakah tidak diserahkan sahaja hal itu di akhirat? Beliau hanya perlu percayakan Allah s.w.t dan akhirat sahaja.
Bezanya dengan Tambi Chik, gadis bawah umur yang diragut daranya itu adalah gadis yang tidak tahu kepada siapakah dia perlu kemukakan aduan. Dia boleh dikatakan sudah dirogol. Tetapi, manusia yang melakukan kejahatan zina akan dihukum Tuhan di hari akhirat kelak. Orang berzina telah mengupah wanita lacuran dan atas redha dengan kadar upah itu, maka wanita itu telah menjual diri dan maruahnya. Kes itu akan dihakimi di akhirat kelak.
Kita menulis begini setelah ahli akademik Umno di atas sudah mendesak supaya Anwar menyerahkan DNA dan beliau mula menganggap Anwar terjebak dengan liwat dan mungkin beliau meyakini bahawa Anwar juga terlibat dengan aksi video seks itu.
{Tetapi ahli akademik Umno yang sama tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyerang Soi Lek dengan begitu ganas sekali walau Soi Lek sudah diangkat menjadi pimpinan MCA setelah disabitkan dengan perilaku mengadakan hubungan intim dengan perempuan simpanan.}
Kalau betul ahli Umno, Dato' T, Najib Razak dan kita semua umat Melayu beriman terhadap Allah s.w.t dan hari akhirat, tidak bolehkah kita serahkan hal kebejatan moral ini untuk dihakimi Allah s.w.t di mahkamah akhirat kelak? Jawapannya tentu sahaja tidak boleh. Kenapa?
Ini kerana, menghakimi Anwar (sama ada hal itu fitnah atau kejadian benar) adalah kewajipan Umno untuk menyebabkan rakyat tidak percayakan Anwar. Dengan cara itu rakyat akan terus menyokong, mendokong dan mengundi BN kini dan selamanya! Mahkamah, DNA dan video seks itu bukan alat mencari kebenaran, malah ia adalah kempen awal untuk Umno BN menang dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

No comments:
Post a Comment