Oleh H FANSURI
Di dunia ini, dikatakan ada kira-kira tujuh orang yang berwajah serupa dengan kita. Ini cakap orang-orang tua masa dahulu. Kita juga pernah mendengar pepatah, "Pelanduk dua serupa."
Begitu yang saya sebutkan kepada teman Umno ketika beliau bertanyakan isu video seks itu. Bagaimana kalau orang yang mirip Anwar itu diupah? Lagi pun, bukanlah senang rakaman video seks itu dibuat sehingga mereka sanggup menunggu kelibat orang yang mirip ketua pembangkang berbuat onar.
Kalau menonton filem-filem penyiasatan di Barat, bukanlah tiada proses penyamaran yang dibuat. Di wajah penyamar itu, pelakon itu boleh disolek atau sejenis topeng getah mungkin digunakan agar lelaki itu kelihatan mirip Anwar. Dan, pelbagai kemungkinan lagi boleh berlaku.
"Tapi, bagaimana kalau betul-betul Anwar terlibat?" kata seorang rakan Umno apabila menolak semua andaian saya itu. Jadi kita mesti meletak jawapan kedua. Dan, barangkali jawapan itu mestilah bersifat politik pula.
{Hingga kini, tiada sesiapa pun boleh mendakwa bahawa Anwar benar-benar terlibat. Menurut hukum Islam pula, dalam surah Al-Hujurat, jika ada berita yang disampaikan oleh golongan fasiq, maka kita tidak perlu melulu mempercayainya. Dato' T, kepala pemfitnah itu tentu sahaja kepala fasiq!}
Ini kerana, motif penayangan video seks di Carcosa itu bukan bermotifkan kebaikan dan niat mencari kebenaran. Ia ditayang kepada wartawan dengan harapan hal itu boleh diangkat sebagai isu akhbar dan media apabila pilihan raya Sarawak sedang berlangsung. Jadi, bagaimanakah jawapan kita?
Kes menteri lain jauh lebih bermasalah

Jika benar Anwar terlibat liwat dan terjebak skandal seks, agak-agaknya bagaimanakah akhlak pimpinan Umno lain? Kalau seseorang yang dilihat terbaik dalam Umno pun dapat terjebak (atau dijebak) dengan kes liwat, skandal seks, maka adakah pimpinan Umno lain itu berjiwa malaikat?
Lojiknya di sini, jika yang paling baik telah terjebak (dijebak) dengan sikap sedemikian, maka adakah Isa Samad dan Rahim Tamby Chik bersih? Tidakkah ahli Umno pernah terfikir bahawa kemungkinan penuduh berlumuran dosa lebih banyak dibanding Anwar itu? Bukan kita tidak tahu siapa Tamby Chik.
Laporan polis pula Anwar lakukan dengan cepat, bagi menafikan beliau lelaki dalam video itu sebagai menunjukkan beliau tidak bersalah. Dan, tiba-tiba, wujud andaian bahawa polis pun terlibat sama. Maka, di celah-celah itu, tiba-tiba Najib berkata, bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video itu.
Dalam Twitter beliau berhubung kes itu, Najib berkata beliau mahu sahkan perkataan sepupunya Hishammuddin Hussein di Bukit Aman.
"Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa," kata Najib.
Spekulasi memang penting untuk pilihan raya
Sebetulnya spekulasi memang penting untuk memutarkan fikiran umat menjelang pilihan raya Sarawak dan mana-mana pilihan raya sekali pun. Spekulasi berasaskan taktik kotor inilah yang diharapkan dapat mengaut sokongan ramai pihak di atas pagar.
Spekulasi setidak-tidaknya dapat digunakan bagi menyemak semula segala kemungkinan yang ada mengenai penyebaran video itu. Ketika masa berjalan dan hari-hari menempuh pengundian semakin hampir, bahan video itu sangat penting bagi Umno untuk menjejaskan maruah lawan.
Kita wajar bertanya, sejak bila Umno jadi prihatin ke atas soal moral seseorang, khasnya ketika mengangkat kepemimpinan seseorang? Jadi, penayangan ini bertujuan mengelirukan pengundi atas pagar. Antara buktinya ialah sikap Dato' T yang menayangkan video itu kepada wartawan. Untuk tujuan apa?
Sudah tentulah bertujuan agar hal itu boleh diangkat sebagai bahan untuk menjatuhkan maruah Anwar. Isu liwat yang sedang berlangsung di mahkamah ini tidak sesuai lagi dijadikan umpan.
Ini kerana perbicaraan mahkamah sedang berjalan dan keputusan belum dibuat, walhal pilihan raya untuk memenangkan BN di Sarawak ini adalah suatu hal yang perlu disegerakan.
Maka, pembikinan dan pengedaran video itu adalah tindakan yang perlu dihebahkan secepat mungkin, sesuai dengan 'mood' pilihan raya Sarawak ini.
Dengan menghebahkan video itu kepada polis untuk disiasat, itu bukan tindakan tepat untuk menjatuhkan maruah Anwar, sebab polis tidak membuat sidang media untuk dedahkan perlakuan seks.
Polis selalu ingatkan wartawan serta editor agar tidak menulis laporan spekulasi berhubung kematian Teoh Beng Hock itu. Alasan polis, setiap spekulasi akan sukarkan siasatan. Jadi, di sini lebih afdal bagi Dato' T menayangkannya buat wartawan daripada menyerahkannya kepada polis.

No comments:
Post a Comment