Oleh H FANSURI
Menurut hukum yang pernah kita baca, ada hadis yang menegah kita daripada berbual mengenai babak adegan persenggamaan dan rahsia di dalam bilik kepada rakan-rakan kita. Baik suami dan isteri, kedua-dua mereka tidak dibenarkan bercerita mengenai hubungan rahsia bilik mereka terhadap teman-teman.
Menurut hukum yang pernah kita baca, ada hadis yang menegah kita daripada berbual mengenai babak adegan persenggamaan dan rahsia di dalam bilik kepada rakan-rakan kita. Baik suami dan isteri, kedua-dua mereka tidak dibenarkan bercerita mengenai hubungan rahsia bilik mereka terhadap teman-teman.
Jika tidak, hal ini dibimbangi akan menaikkan rasa ghairah dan syahwat rakan-rakan kita ke atas suami atau isteri kita. Lalu, dibimbangi rakan-rakan kita teringin 'mencuba-cuba' pula dengan pasangan kita.
Namun begitu, seorang pimpinan Umno secara terang-terangan dan terbuka mendedahkan bahawa dia sudah pun menonton tayangan video lucah Dato' T itu. Beliau adalah Ahmad Maslan, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ketua penerangan Umno.
Tetapi, dalam kenyataan itu, dikatakan bahawa beliau menonton klip video itu bersama isterinya!
"Saya telah menonton video itu dan percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang berada di dalam video itu. Ya, saya sudah menontonnya bersama isteri saya," kenyataannya dipetik dalam sebuah laman portal berita di internet.
Kenyataan ini membawa kepada beberapa kesan. Jika benar beliau melakukan demikian, maka apakah kesan terhadap isteri beliau ketika mereka bersama-sama menonton aksi begitu? Persoalan sama ada Anwar adalah lelaki di dalam pita video seks itu sudah menjadi isu lain yang boleh dibahas kemudian.
Ketika ini, betapa banyaknya media Umno yang mengapi-apikan cerita mengenai watak Anwar sebagai pelakon seks dalam video itu. Fikiran rakyat sedang dibentuk untuk bersetuju bahawa, memang Anwar itulah lelaki yang dikatakan berada di dalam video berkenaan.
Juga, persoalan tentang bagaimana mereka mendapatkan salinan video itu sudah menjadi tidak penting. Untuk beberapa kerat pemimpin Umno, tentulah tidak mustahil bagi mereka untuk mendapatkan video itu jika
Biro Tata Negara dan Kemas telah menyiarkan tayangan video seks itu sebagai tontonan awam.
Dan sia-sia sahaja jika selama ini kita mengklasifikasikan filem-filem tertentu sebagai 18SX, 18SG dan sebagainya sebagai suatu langkah persediaan agar rakyat boleh memilih yang terbaik untuk mereka.
Persoalan yang timbul hari ini ialah bagaimanakah para pemimpin Umno mengendalikan isu video seks ini dalam keluarga masing-masing. Tak penting lagi persoalan, dari mana Ahmad Maslan, Najib Razak, Tambi Chik mendapat video itu, dalam keadaan BTN sudah pun terang-terangan menyiarkan video itu.
Persoalan bagaimana BTN menyiarkan video ini tentu tidak relevan dijawab Ahmad Maslan dan rakan-rakannya. Tetapi, hal yang boleh kita tanyakan adalah kenapa beliau tonton filem lucah tajaan trio Dato' T itu bersama-sama isterinya? Menonton filem lucah tidak bagus, tetapi lebih tidak bagus jika ditonton bersama isteri. Alang-alang berbuat dosa, lebih baik menontonnya bersendirian, itu lebih 'afdal'.
Tidakkah beliau sedar bahawa dengan menonton filem lucah bersama isteri beliau itu akan mengakitbat wujudnya rasa ghairah terhadap pasangannya terhadap pelakon lelaki dalam filem lucah Dato' T itu?
Sebab itulah, ada hadis yang melarang kita menghebah perkara dalam kelambu kita kepada orang lain.
Hal ini dibimbangi akan menaikkan syahwat rakan kita terhadap pasangan hidup kita, seperti yang kita bangkitkan di atas tadi. Ini perkara yang serius walaupun ramai yang melihatnya perkara biasa.
Menonton filem lucah bersendirian ketika bujang pun merbahaya, inikan pula menonton bersama isteri.
Ambil satu contoh, jika setiap pimpinan Umno menonton filem lucah Dato' T itu bersama isteri mereka, maka kesan buruknya juga akan turut menjalar terhadap isteri-isteri mereka.
Kita dapat fikirkan bagaimana setiap isteri menteri ini akan berbincang-bincang mengenai susuk tubuh lelaki yang dikatakan sebagai 'Anwar' dalam video seks itu. Mesyuarat-mesyuarat isteri menteri melalui Bakti yang dikepalai Rosmah tentu sahaja riuh rendah dengan membicarakan aksi-aksi 'Anwar' itu.
Jika wanita-wanita yang berkedudukan ini membincangkan mengenai lelaki-lelaki di dalam mesyuarat mereka, ini akan menjadi suatu wabak yang merbahaya terhadap negara.
Bukannya kita tak tahu bahawa isteri-isteri pembesar ini ada menyimpan lelaki simpanan gigolo untuk memuaskan rasa berahi masing-masing kerana suami mereka selalu sibuk dan mempunyai perempuan luar.
Penyakit isteri pembesar yang mempunyai lelaki simpanan ini bukannya baharu.
Zulaikha, isteri pembesar yang pernah tertarik dengan ketampanan Nabi Yusuf a.s, pernah jua berhasrat mahu menyimpan nabi itu sebagai 'lelaki simpanan' beliau.
Lalu, ada kalangan wanita-wanita pembesar yang mula bergosip, dan menyiarkan cerita yang berkaitan Zulaikha sudah ada hubungan yang tidak baik dengan nabi tersebut. Kaum-kaum wanita itu boleh jadi, kumpulan wanita isteri pembesar di Mesir juga yang sering bertemu dalam parti dan majlis sosial.
Jadi, sikap menteri menonton filem seks, video lucah dengan isteri mereka ini akan menimbulkan kesan yang sangat buruk, apatah lagi kalau Ahmad Maslan dan Najib Razak mengesahkan bahawa Anwar itu lelaki yang sedang beraksi di dalam video itu.
Isteri-isteri menteri tentu sahaja bersyahwat, ghairah dan dijebak rasa libido yang tidak menentu setelah menonton aksi filem lucah. Jika sang menteri meniduri isteri-isteri mereka nanti, mungkin aksi 'Anwar' dalam video itu turut mengalir, meloncat dan melompat ke dalam mimpi dan angan-angan si isteri.
Tidak cemburukah menteri kalau kelibat aksi 'Anwar' yang dituduh dalam video itu melompat ke dalam fikiran isteri mereka saat mereka berdua sedang senggama? Tidak cemburukah Najib terhadap Rosmah jika hal mengganggu malam-malam mereka? Itu pun, jika perilaku Ahmad Maslan bersama isteri beliau itu pernah ditiru oleh Najib dan Rosmah.
No comments:
Post a Comment