Oleh ALI BUKHARI AMIR
"Kau agak sebab apa mereka sampai boleh sebut kedudukan Anwar dengan begitu rinci hal liwat ni?" seorang rakan bertanya. Ketika itu, kami sedang 'mengeteh' di Jalan Raja Laut.
"Entah, aku tak ada idea," saya jawab ringkas. Di tangan, sepasang mata kami sedang meneliti sehelai lembaran kertas yang memuatkan hujah-hujah di pihak 'cyber-troopers' yang menuduh keterlibatan beliau dalam amalan itu.
Sulit juga memikirkan tuduhan cyber-troopers Umno ini. Mereka begitu teliti sehingga boleh menyebut nama sejenis alat pelincir yang menurut mereka, akan melicinkan pergerakan alat kelamin saat melakukan hubungan badani. Saya cuba mengelak daripada membicarakan hal ini sebab rasa segan juga.
Tetapi, apabila difikirkan keperluannya, maka saya fikir kita boleh membicarakan hal ini secara akademik. Dalam tulisan ini disertakan pandangan rakan bualan saya itu yang juga bersifat andaian awal.
Menurutnya, ada kalangan cyber-troopers ini ini yang pernah terjebak dengan kegiatan homoseksual, mereka mungkin pernah meliwat pondan-pondan di Chow Kitt atau di mana-mana di ibu kota ini.
"Jadi, oleh sebab ahli-ahli cyber-troopers ini pernah melanggan pondan di Chow Kitt dekat Jalan Raja Laut ini, maka pondan-pondan ini beri syor kepada mereka mengenai sejenis alat pelincir bagi memudahkan cyber-troopers Umno ini meliwat punggung pondan itu," kata teman bualan itu yang saya beri gelar namanya sebagai 'Encik T'.
Hai! Pening...pening...Dua tiga orang pondan di tepi Lorong Haji Taib berdekatan Pejabat Setiausaha Agung Pas itu semakin menarik perhatian saya juga. Adakah sekumpulan pondan ini yang mengajar, mengasuh, mengasah, mengasih, 'mentarbiyyah' dan 'menta'dib' cyber-troopers Umno ini saban petang saban malam berhubung tatacara meliwat diri mereka sendiri?
Tapi, oleh sebab ini cuma hipotesis, maka andaian ini jangan dianggap betul. Tapi, jangan ditinggalkan kemungkinan kalau-kalau ia benar. Kemungkinan ia benar ini tetap ada. Dalam proses memburu ilmu, kajian ilmiah, usaha membentuk hipotesis adalah suatu keperluan sebenarnya.
Hal inilah yang membezakan kita dengan cyber-troopers Umno. Setiap apa pun akan diangkat sebagai bukti dengan tilam-tilam sekali boleh jua diangkut usung ke mahkamah semata-mata mahu menjebak Anwar.
"Kalau tidak..." tambah 'Encik T' lagi, "Hang ingat mana depa tau tentang ini semua, tentang minyak pelincir untuk perlakuan sodom-menyodom ni?"
Urgh!
Betulkah cyber-troopers dibayar RM12,000 sebulan?
Suatu ketika dahulu, terlalu lama, berbulan-bulan lalu seorang rakan saya telah dihubungi seorang cyber-troopers Umno. Di depan saya, beliau dihubungi melalui telefon bimbit. Setelah menamatkan bualan, wajahnya kelihatan sedikit tegang, rusuh dan sugul juga. Rasa seperti tertekan.
"Kau pernah dengar tak, ada satu kumpulan cyber-troopers di bawah Tan Sri M?" rakan saya itu bertanya. Melihat saya diam, dia menyambung ceritanya. Kononnya, antara dua pimpinan Umno kini sudah ada cyber-troopers masing-masing. Lalu, beliau diminta memasuki kumpulan cyber-troopers pro kepada Tan Sri M itu.
"Habis tu? Apasal kau tak masuk?" kata saya lagi, sambil mendesaknya supaya masuk. Dia geleng kepala. Takut hidup tak berkat, katanya.
"Lagi pun, kawan aku yang telefon tadi tu. Dia sendiri pun, dah nak keluar dah. Tapi, sebelum dia nak keluar, dia nak cari penggantinya."
"Berapa banyak upah yang mereka tawarkan?"
"RM12,000 sebulan."
Wow! RM12,000 sebulan!? Biar benar! Saya mendesak teman bualan saya itu agar masuk sebagai pasukan cyber-troopers ini. Mungkin di sana, dia akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai cara-cara bagaimana cyber-troopers ini bekerja.
Tetapi rakan saya jenis kuat agama. Banyak hujahnya bersalut dalil naqli; nas al-Quran dan hadis bertujuan membatalkan dalil aqli saya yang dituduhnya sebagai berfikiran Muktazilah pula.
{Kalau nak diikutkan, sudah berjebah, bertimba-timba dan berbaldi-baldi tuduhan dan dakwaan teman-teman bualan saya ini terhadap saya. Dituduhnya kita Murji'ah, Jabariyah dan Syiah.}
Dipendekkan cerita, hasutan saya agar beliau memasuki cyber-troopers Umno yang menawarkan RM12,000 sebulan itu tidak diturutkannya. Ia bukannya soal duit, tetapi soal bagaimana cyber-troopers ini bekerja. Gaya hidupnya bagaimana? Jadual bekerjanya bila? Di mana tempat mereka selalu melepak?
Di mana tempat mereka berkumpul, bermesyuarat mengagih-agihkan maklumat pembohongan dan penipuan untuk disebarkan dalam halaman mereka?
Cukup bulan, akaun bank mana yang telah dimasukkan wang upah gaji yang diraih hasil daripada penipuan rakyat selama ini? Jadi, itulah antara contoh perkara yang mesti rakyat ketahui dan perkara inilah yang mesti didedahkan kepada umum.
Jika kita tidak mengetahui semua ini, maka jadilah kita seperti rakan bualan saya tadi; meneka-neka dan meraba-raba dalam kegelapan. Nasib baik juga kita ada kaedah kajian ilmiah yang bermula dengan hipotesis. Jadi, hipotesis ini tidak ditolak untuk dilaga-lagakan dengan hipotesis lain supaya lahirnya pandangan baharu yang lebih rajih dan tepat adanya.
Contohnya, rakan di Jalan Raja Laut tadi, mengemukakan pendirian awalnya bahawa kumpulan 'cyber-troopers' Umno selama ini adalah adalah peliwat, pelanggan pondan juga. Kalau rakan saya yang pernah ditawarkan menjadi cyber-troopers tadi menyahut panggilan rakannya sejak dahulu, bukan sahaja maklumat andaian hipotesis (cyber-troopers ini adalah peliwat) ini sahaja yang boleh kita tahu, malah lebih daripada itu pun kita akan tahu.
Umno menyetujui kebiadapan Soi Lek?

Cubalah kita renung-adakah cyber-troopers Umno berani menyanggah Soi Lek yang Chua Soi Lek sememangnya biadap menghina muslimah yang enggan bersalam dalam pilihan raya kecil di Tenang itu? Padahal, sikap itu dibuat atas kepatuhan ke atas ajaran agamanya. Umno itu berdiam justeru menyetujui selaran Soi Lek ke atas musuh politik mereka dalam pilihan raya kali ini.
Jika cyber-troopers ini memang terlatih dalam bidang-bidang kelucahan, pernah menonton video lucah, maka dalam era internet ini, mereka akan mampu menulis kecaman yang terbaik ke atas amalan seks Soi Lek itu.
Ketik sahaja punat butang di komputer, mereka akan bertemu persamaan watak Soi Lek dengan dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Hingga kini, kita tidak tahu siapakah nama perempuan simpanan Soi Lek itu?
Tapi di Italy, segala-galanya terdedah. Nama salah seorang wanita yang dikatakan ditiduri Berlusconi itu adalah Maria Ester Garcia Polanco yang berusia dalam lingkungan 25. Namun, Maria menafikan bahawa beliau melakukannya kerana wang.
Selain Maria, Polanco seorang model dan penghibur TV yang berasal dari Republik Dominica berkata, beliau mempunyai hubungan seks dengan jutawan berusia 74 tahun itu kerana perlu membayar rawatan perubatan bagi anak perempuannya berusia lima tahun.
Manakala Rocco Siffredi, seorang bintang filem lucah handalan di Itali memuja-muji kehebatan Berlusconi di ranjang. Ekoran usaha kerasnya selama ini, maka nama Rocco Siffredi menjadi terkenal sebagai selebriti.
"Rakyat Itali sebenarnya bangga dengan seseorang seperti Berlusconi yang berusia 74, sukakan seks dan mempunyai kehidupan seks baik," kata Rocco, yang berusia hampir 50 tahun itu. Beliau turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 50 bintang filem porno terpanas dalam perusahaan filem itu.
Ya! Kenapakah fakta-fakta gelap berhubung persamaan sikap Berlusconi ini tidak dihumbankan ke atas Soi Lek? Kenapa? Pur que?
Cyber-troopers Umno jelmaan pemfitnah dan umpama pelaku homoseksual Roman?
Setelah rakan saya membangunkan hipotesis awalan, bahawa cyber-troopers Umno ini mungkin pernah melanggan pelacur, melanggan pondan, meliwat pondan di Lorong Haji Taib atau di mana-mana sahaja tempat yang berprestij, maka tibalah ke pusingan kedua untuk menghakimi mereka.
Saya bawa kisah bagaimana Socrates, Plato dan warga failasuf Roman difitnah puak-puak pagan homoseks serta bagaimana Dr Burhanuddin Al-Hulaimy (Al-Helmy) difitnah dengan cara yang lebih kurang sama oleh Umno.
Umum diketahui bahawa Socrates, Plato dan aliran-aliran mazhabnya telah membangunkan kritikan terhadap amalan ritual paganisme zaman Rome yang sesat. Berkemungkinan Socrates dan Plato ini juga pernah mendebatkan kewajaran Rome mempertahan sembahan ke atas berhala.
"Maka Socrates, Plato dan ahli bijaksana ini terus dimusuhi raja Rome itu," kata saya, "Dan, mereka cipta fitnah bahawa para pendeta itu juga pengamal homoseks, peliwat dan sebagainya. Demikian juga adat nabi-nabi terdahulu yang pernah dituduh gila dan sebagainya."
Tuduhan-tuduhan itu, menurut hemat saya, sengaja diciptakan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap maruah sang pencerah pada zaman itu. Mereka boleh sahaja dituduh sesat, ahli bid'ah dan dipalitkan dengan pelbagai tuduhan lagi.
Dr Burhanuddin Al-Hulaimy contohnya turut difitnah Umno bahawa kononnya beliau ada hubungan istimewa dengan Ibu Zain. Ini kerana, mereka ke India bersama suatu rombongan ketika India sedang memperjuang kemerdekaannya. Tidaklah diketahui setakat ini, apakah Umno sudah meminta maaf kepada warisan keturunan Ibu Zain termasuk waris keturunan Dr Burhanuddin itu?
Apa pun yang berlaku, sejarah fitnah ini banyak bermuara daripada ledakan pemfitnah Umno. Dan kini, tugas memfitnah yang 'sungguh mulia' itu digalas oleh cyber-troopers Umno yang kini memikul tanggungjawab memfitnah itu sebagai mana fitnah 'cyber-troopers' Roman dahulu yang memfitnah Socrates dan lain-lain pendeta di negara itu sebagai homoseks.
Sebetulnya yang memfitnah dengan begitu tepat dan rinci mengenai amalan liwat itu, jangan-jangan, merekalah yang pernah melanggan pondan jalanan ini? Kalau mereka boleh menyebut nama alat untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, maknanya mungkinkah mereka pernah melakukannya juga?
Jadi, kalaulah Datuk T boleh menceritakan setiap detik peristiwa dan boleh merakamkan setiap sudut berbagai aksi dan posisi dalam rakaman video seks yang dikatakan telah dirakam di luar negara itu, maka hal itu bermakna - mungkinkah Datuk T pernah melakukan hal terkutuk itu juga!?
Penulis adalah Pendiri-Pengasas Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB).

No comments:
Post a Comment