Oleh RUHI HAYATI THANI
Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, di babak terakhir ada dimuatkan kisah kepala penyamun menyamar sebagai saudagar minyak. Langkah itu terpaksa diambil selepas kegagalan demi kegagalan beberapa 'jeneral' penyamun yang gagal menanda rumah orang kaya baru Ali Baba dengan tanda pangkah.
Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, di babak terakhir ada dimuatkan kisah kepala penyamun menyamar sebagai saudagar minyak. Langkah itu terpaksa diambil selepas kegagalan demi kegagalan beberapa 'jeneral' penyamun yang gagal menanda rumah orang kaya baru Ali Baba dengan tanda pangkah.
Beberapa kali percubaan sebelum ini, menyebabkan mereka tersasar sehingga merobohkan tandas awam, menyebabkan tubuh mereka habis berlumuran tahi, tinja dan najis manusia. Ketua penyamun tentu sahaja berang dengan insiden memalukan ini.
Oleh sebab kesilapan sebegini, maka sudah banyak dia kerugian kerana terpaksa membeli minyak wangi untuk membuang bau busuk yang melekat kuat di tubuh 40 orang penyamun tersebut.
Akhirnya, setelah semua percubaan menyamun orang kaya Ali Baba itu gagal, maka ketua penyamun pun cuba menyamar sebagai saudagar minyak pula. Dalam percubaan kali terakhir ini, maka cara berpakaian ketua penyamun itu berubah seratus peratus dengan bermanis muka dan berjubah serban pula!
Beliau menyamar sebagai saudagar minyak dan meminta keizinan Ali Baba untuk meletakkan 40 tong minyak di rumah mangsanya itu. Sesiapa pun tidak tahu bahawa sebenarnya, dalam setiap tong itu berisi 40 orang penyamun! Malang tak berbau. Percubaan terakhir itu juga menempah maut buat semua penyamun itu termasuk ketua penyamun itu sendiri.
NAJIB RAZAK SAMUN HAK RAKYAT DENGAN MINYAK PETROL?
Yang kita tonton selama ini cuma filem hiburan yang diangkat daripada Hikayat Seribu Satu Malam. Ia kemudiannya digubah semula secara kreatif oleh P Ramlee. Tetapi, persamaannya tetap ada juga dengan perkembangan realiti politik Malaysia pada hari ini.
Cuba kita kaji kedudukan harga petrol hari ini. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak ke-27 di dunia, menetapkan RM2.90 seliter. Di Qatar (negara pengeluar minyak ke-22 di dunia), hanya menetapkan harga petrol sebanyak RM0.75 seliter. Sementara itu, Oman pula (negara pengeluar petrol ke-28 di dunia) cuma mengenakan harga RM1.00 seliter.
Mesir, (negara pengeluar petrol yang ke-29 di dunia), harga minyak seliter adalah RM1.06, manakala Iran (negara pengeluar minyak ke-8 di dunia), harga petrolnya ditetapkan pada RM0.35 seliter.
Najib Razak mirip kepala penyamun dalam Hikayat Seribu Satu Malam yang meriwayatkan kisah 40 penyamun dengan Ali Baba itu. Segala watak agama dipakaikan kepada Najib. Jika ada sebarang isu, maka tokoh-tokoh agamawan Umno Salafi-Wahabi dan lain-lain akan memainkan isu agama. Isu Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, adalah salah satu contoh yang disusun untuk menunjukkan Najib, kepala penyamun itu sebagai watak pembela Islam.
Sedangkan Najib jugalah yang membuat kenyataan bahawa beliau berharap dunia akan aman selepas kematian Osama Ben Laden. Ini antara sandiwara Najib, 'kepala penyamun' yang ingin merompak harta rakyat, menyamun khazanah awam dengan memakai watak-watak agama itu.
Tetapi, yang paling utama di sini ialah - rakyat perlu ingat bahawa jika kepala penyamun merompak dengan membawa angkatan 40 'tong minyak' sedang di dalamnya sarat dengan 40 penyamun, maka demikianlah juga halnya dengan Najib Razak itu!
'KEPALA PEROMPAK' HAK ROYALTI MINYAK DI KELANTAN DIKENALPASTI
Jeneral-jeneral 'perompak' ini ada di mana-mana termasuk di Kelantan yang kepalanya diterajui Umno. Salah seorangnya, baru-baru ini dikenali sebagai Nasir Uban. Menurut alkisahnya, seorang penggiat Gegar (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak) dikenali sebagai Syam Ghaz di Facebook, telah dipukul pada Jumaat (13 Mei) di Kg Sireh, Kelantan ketika beliau sedang menggantung kain rentang di Masjid Telipot di situ.
Akibatnya, beliau dan ibunya turut mengalami beberapa kecederaan ekoran ugutan dan tindakan samseng-samseng Umno tersebut. Sehingga catatan ini ditulis, beliau sedang mempertimbang kewajaran untuk menyaman ahli Umno (dikenali sebagai 'Nasir Uban') yang bertindak secara 'samseng' itu.
Dia yang pernah menjadi Setiausaha Gegar cuma ingin rakyat Kelantan bersatu menuntut hak royalti minyak berasaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975. Tapi, Umno sudah pun menyekat kesedaran rakyat Kelantan ini dengan pelbagai cara yang biadap.
Kata Syam melalui Facebooknya, 'Nasir Uban' pagi itu menaiki kereta Viva Perodua dengan nombor pendaftaran DBM 5495 ketika mencederakan beliau. Bagaimanapun, beliau sempat mengambil gambar 'Nasir Uban' yang bertindak mengasarinya itu.
Semoga pembaca dapat tampil memantau 'Nasir Uban' dengan memerhatikan kelibat Viva Perodua itu. Dan, kepada 'kepala penyamun' Najib Razak yang menyamun hak rakyat dengan menaikkan harga minyak petrol berulangkali sepertimana filem Ali Baba Bujang Lapok itu, ketahuilah bahawa ini baru satu permulaan untuk merencanakan penggulingan anda di Putrajaya nanti.
No comments:
Post a Comment