Oleh H FANSURI
"Eskay, Umno seolah-olah menilai sikap kita seperti mereka. Seolah-olah, kita akan bunuh mereka yang tidak sealiran dengan kita," kata seorang teman. Lalu, dia menambah, "Sanggup dia pakai baju kalis peluru ketika bersumpah laknat di masjid."
"Eskay, Umno seolah-olah menilai sikap kita seperti mereka. Seolah-olah, kita akan bunuh mereka yang tidak sealiran dengan kita," kata seorang teman. Lalu, dia menambah, "Sanggup dia pakai baju kalis peluru ketika bersumpah laknat di masjid."
Saya terdiam merenung corak fikiran manusia Umno. Lazimnya yang berperlakuan sebegini (memakai baju kalis peluru), maka
mereka ini mungkin terfikir bahawa semua orang akan bertindak seperti mereka. Padahal, senakal-nakal penyokong Pakatan Rakyat, mereka mungkin baling kasut, telur busuk, atau paling dahsyat - simbah asid! Tindakan membunuh Eskay itu mungkin tiada dalam gambaran niat mereka, agak-agaknyalah.
Sebetulnya, ada banyak cara berfikir BN ini yang sungguh berbeza dengan PR. Daripada suatu segi, tidak dinafikan ada kenakalannya yang tersendiri, tapi PR ini ada hadnya juga dengan kenakalan mereka itu. Jahat mulut mengata orang itu memang 'mangli' dan sudah menjadi perkara biasa.
Cara berfikir BN dalam isu video seks itu memang menarik dikaji. Kenyataan BN banyak berkisar terhadap jam Omega dan ketulenan video. Dalam fikiran penuduh, mungkin BN fikir bahawa pemikiran Pakatan Rakyat cenderung untuk menyatakan bahawa video itu tidak tulen.
Lalu dengan itu, mereka mungkin terfikir bahawa PR akan tolak video seks itu sebagai bahan bukti dengan menyatakan bahawa ia tidak tulen. Inilah skrip yang mungkin kerap berada dalam fikiran jahat Umno itu.
Maka, suatu kenyataan perlu dicetak di dada akhbar - video itu asli dan ia disahkan para pakar luar negara. Jadi, apabila sahnya ketulenan video seks itu, dan ia bukan rekaan suntingan, maka di dalam episod drama fitnah seterusnya akan hadirlah watak-watak lain pula (yang pastinya bukannya polis) yang bakal mengesahkan bahawa Anwarlah lelaki yang tertuduh di dalam video seks tersebut.
Polis dalam dilema untuk mendedahkan bahawa Anwarlah lelaki itu. Ini kerana, Anwar terus membuat laporan polis bagi menafikan dirinya sebagai lelaki dalam video seks tersebut. Apa akan berlaku jika tiba-tiba polis masih juga menyatakan bahawa Anwarlah lelaki itu? Polis tentu memikirkan juga maruah harga diri dan namanya yang terjejas itu. Tidak perlu terjejas nama mereka berulangkali.
Maka, orang-orang tertentu seperti Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan (yang pernah mengaku menonton video seks itu bersama isteri) pun bangkit mengusulkan kepada Anwar agar beliau memanggil pakar luar negara bagi mengesahkan bahawa video seks itu tidak tulen.
"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya sekali gus mendesak polis mendedah identiti pelaku video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah lalu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.
Namun, polis nampaknya setakat ini enggan mendedah identiti pelaku video seks itu meskipun pakar Korea Selatan dan Amerika mengesahkan video itu tulen dan tidak mengguna teknik pertindihan. Namun, polis cuba mengambil jalan selamat pula dengan berkata bahawa mereka sudah selesai menyiasat kes mengedar dan mempamer video lucah itu. Kini, kata polis, terpulanglah kepada Jabatan Peguam Negara untuk bertindak pula.
Sebenarnya polis, Umno dan mana-mana pihak boleh menjawab banyak hal dalam isu video seks tajaan trio Dato' T dan jawapan mereka ini akan dinilai, disukat oleh setiap ahli masyarakat di negara ini dengan bijaksana lewat Facebook dan Twitter.
Mereka boleh menjawab mengenai jam Omega tanpa tersangkut-sangkut, persoalan isi kandungan video seks itu bukannya rekaan, dan bukan suntingan dengan menyandarkannya kepada rujukan pakar-pakar di luar negara.
MUSA HASSAN YANG TERBUANG, PDRM AMBIL IKTIBAR
Tetapi, polis pun sedar dan beringat bahawa sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan pernah menyatakan bahawa salinan video CCTV sudah dihantar ke Amerika untuk menilik wajah penculik adik Sharlinie. Tapi usaha memburu penjenayah itu masih buntu sehinggalah pada ketika Musa Hassan dibuang pecat oleh Hishammuddin Hussein, sepupu Najib Razak itu. Ertinya, ada kelemahan juga dengan kajian pakar-pakar di luar negara itu.
Sesekali ada baiknya juga jika dimuhasabahkan rentetan pengalaman Musa Hassan dibuang Hishammuddin ini. Semoga PDRM dan kita mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. Kisah gelap ini tidak mungkin dilupakan oleh pimpinan PDRM hari ini.
Musa Hassan dibuang setelah dia 'berjasa' besar kepada Umno setelah 'mengugut' 40 agamawan Salafi-Wahabi atas nama keganasan di kampus yang konon terkait dengan Jemaah Islamiyyah (JI). Untuk tutup kes, maka masuk Umno adalah langkah selamat bagi 40 agamawan muda itu.
Dalam pada Musa Hassan berjasa besar terhadap Umno itu pun, beliau tersingkir, jadi masakan pimpinan tertinggi PDRM dapat melawan Hishammuddin Hussein, sepupu Najib Razak itu? Itu baru kisah dalaman polis yang dikawal Hishammuddin. Belum lagi kisah betapa terikatnya tentera dengan Najib.
Lihat sahaja komisen kapal selam Scorpene yang membabitkan pembunuhan model Altantuya dari Mongolia itu. Sulit juga mendengar penentangan askar sekali pun. Apatah lagi dengan segala skim, elaun dan imbuhan wang yang dilaburkan Najib kepada mereka, manakan ada ketumbukan askar tentera dan pasukan gerila yang berani melawannya?
No comments:
Post a Comment