Wednesday, July 27, 2011

Pengundi hantu wujud sejak pilihan raya pertama?

Oleh H FANSURI

Saya masih ingat ketika saya bersama Ahmad Lutfi Othman menemu bual seorang pensyarah di UKM. Dia menyentuh persoalan kewujudan pengundi hantu pada awal-awal pilihan raya pertama.

"Saya masih ingat akhbar itu memuatkan tajuk lebih kurang, orang mati hidup semula," katanya. Laporan berita itu berkisar kisah pengundi hantu juga.

Kejadian pengundi hantu itu mungkin berlaku ketika pilihan raya pertama sejak 1955 pada 27 Julai, iaitu ketika ia pertama kali diadakan.

Maka sudah tentulah kepakaran mengendalikan pilihan raya itu dibawa daripada British. Jika British yang mengendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya ketika itu, maka mungkin British antara pihak yang terawal mengajar penduduk peribumi kita, khasnya SPR untuk terus menipu rakyat dengan menyusun pengundi hantu ini.

Ketika tahun 1955 ini, Parti Perikatan terdiri daripada: Umno, MCA dan MIC yang telah memenangi memenangi 81 peratus daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

PAS ketika itu memang satu kerusi sahaja di kawasan pilihan raya Krian, Perak. Saat itu, panggilannya bukan Ketua Pembangkang kerana suara pembangkang cuma seorang. Oleh itu, sekumpulan ahli parlimen menggelar beliau dengan nama samaran, 'Encik Pembangkang'.

Ketika inilah PAS ditubuhkan untuk memasuki pilihan raya ini. Sebelumnya, PAS adalah sebuah persatuan yang bernama 'Persatuan Islam Se-Malaysia'. Ada pihak berpendapat bahawa pengaruh PAS memang sudah kuat pada ketika ini. Mungkinkah parti pembangkang kalah pada kali pertama ini lantaran kehadiran pengundi hantu? Atau, mungkin juga lantaran tiadanya kesepakatan antara pakatan para pembangkang?

Masih terlalu awal untuk kita bincangkan sebab musabab kekalahan di peringkat awalnya.

Pilihan Raya Umum 1955 ini juga memperlihat MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun sebelumnya, iaitu pada tahun 1954, manakala MCA sudah pun bersekutu dengan Umno dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Jadi, pada hakikat sebenarnya, pilihan raya terawal berlaku pada 1952, iaitu melibatkan majlis perbandaran Kuala Lumpur. Sementara pilihan raya umum yang diadakan pada 1955 itu melibatkan negara secara keseluruhannya.

Daripada suatu segi, penggabungan Umno-MCA dalam pilihan raya majlis perbandaran Kuala Lumpur ini amat menarik juga diteliti. Antaranya, idea-idea mengenai pilihan raya perbandaran (kerajaan tempatan, PBT - pihak berkuasa tempatan) bukanlah sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan. Hal ini pernah diutarakan oleh Pakatan Rakyat, iaitu pilihan raya majlis perbandaran (PBT) patutlah dilaksanakan juga guna menyemarakkan demokrasi.

Malah, Pakatan Rakyat menjadi sangat maju pemikiran ketika mencadangkan agar diadakan pilihan raya dalam kampung dan kemudian di masjid-masjid di Pulau Pinang pada hari ini. Oleh kerana kerajaan negeri Pulau Pinang adalah DAP, maka semakin mudahlah niat kerajaan negeri itu disalahertikan.

Bagaimanapun, sulit pula jika mahu dituduh bahawa pilihan raya di bawah anjuran parti-parti di bawah Pakatan Rakyat itu akan ada pengundi hantu. Ini kerana, selama 50 tahun lebih pemerintahan ini, tidak pernah sekali pun Pakatan Rakyat diberikan peluang untuk memerintah kerajaan persekutuan.

Agak sulit hendak dikatakan pilihan raya masjid itu kotor kerana wujudnya pengundi hantu. Yang ditentang oleh Umno Pulau Pinang adalah kerana kuasa dan cengkaman mereka akan hancur dengan pilihan raya masjid itu. Umno di negeri itu mungkin bersetuju jika ada pengundi hantu dimasukkan di dalam kawasan masjid ketika pembuangan undi dilakukan.

Demikian juga asas bantahan kepada pilihan raya kampung yang sulit dimasukkan pengundi hantu itu. Jika ada ruang untuk pengundi hantu dimasukkan di kawasan kampung-kampung, maka bolehlah Umno dan JKKK pertimbangkan kewajarannya. Ini tidak! Sulit hendak dimasukkan pengundi hantu.

Awal-awal lagi Umno boleh menjangkakan kejatuhan mereka ini tanpa bantuan para pengundi hantu ini di dalam pilihan raya.

Tidak diketahui pula adakah pilihan raya perbandaran itu terkait dengan pengundi hantu atau tidak. Hanya kita sedar mengenai kemungkinan pengundi hantu itu wujud pada 1955, iaitu pada awal-awal pilihan raya umum itu diadakan.

Dalam pada itu pun, masih ada kalangan pihak Umno (dan/atau mereka yang bukan Umno tapi berfikir dalam kerangka Umno) yang mencela sikap Bersih 2.0 sebagai langkah tidak masuk akal. Hujah mereka, masih ada ruang untuk Pakatan Rakyat menang. Buktinya, dalam pilihan raya 2008 baru-baru ini.

Bagaimanapun, pihak ini mestilah disedarkan bahawa bukanlah soal menang kalah yang menjadi perhatian kita. Malah, yang kita utamakan ialah bersih dan penyucian pilihan raya itu sendiri. Menang dalam keadaan pilihan raya yang kotor, tetaplah tidak menggembirakan ramai pihak.

Jangan difikirkan pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan kemenangan ini, sebaliknya mereka menerima kemenangan ini dalam keadaan dilema dan juga terpaksa. Pengundi hantu menyebabkan amalan demokrasi tercalar dan menyebabkan kita berasakan tiada maknanya kita mengundi selama ini apabila kerajaan yang ada bermain-main dengan sesuatu yang serius, iaitu pemerintahan negara.

3 comments:

saa454 said...

Tuan, memangle pengundi hantu itu ada, masalahnya hantu itu siapa. Sebab kerja tempat buat I/C itu bukan mesti orang UMNO atau BN. Saya juga pernah jumpa pengudi hantu masa masa jadi KTM, Kerana membawa I/C orang yang sudah disahkan mati sebelumnya. Tapi muka pengundi itu tiada Cop parti apa pun dan I/C pun tidak tahu siapa yang keluarkan. Lepas saya beri tahu orang ini sudah meninggal dia cakap "ye ke" lepas itu dia pegi begitu aje. Tapi dari segi agresif PAS lagi agresif dari UMNO sebab orang UMNO tak pernah kata orang PAS itu kafir atau tak masuk Syurga, tapi orang PAS termasuk abang ipar saya sendiri kata orang UMNO itu tak boleh masuk surga termasuk Dr Mahathir tak boleh masuk syurga, mana dia tahu. Setahu saya syariat itu tak pernah berubah sejak dai kecil sama saja tak sebut pun masuk PAS masuk syurga. Jadi dari kesimpulan diatas kalau pengundi hantu itu di hapuskan kemungkinan besar pembangkang lagi rugi atau sama-sama rugi kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang membuat kad pengenalan palsu itu. Kalau kerajaan nak keluarkan kad pengenalan palsu bukannya senang sebab yang bekerja itu bukan semua orang UMNO dan mungkin tuan salah seoarng pegawai kerajaan yang menderhaka.
Ingatlah tuan jangan selalu melihat orang lain salah. Sembahyanglah dengan jujur, ingatlah Allah banyak-banyak ketika kamu berdiri, baring dan duduk, sesungguhnya mengingati Allah itu hati menjadi tenang. Bacalah Allah dengan mulut hati dan matahati. Sampai tiada ruang untuk lain masuk kecuali Allah. Ingatlah jika kamu sembahyang sekalipun tetapi waktu sembahyang kamu ingatkan lain daripada Allah dan tiada kasih kepada mati kerana cinta kepadaNya dengan sebenar cinta bukan cakap di mulut tetapi rasa di hati dengan rasa yang mendalam, lebih dari cintakan kekasih terhadap perempuan yang paling cantik dalam dunia, tiada sempurna islamnya, bukan kerana masuk UMNO.

Anonymous said...

maknanya, tuan bersetuju soal wujud pengundi hantu. Soal, Nik Aziz itu 'agresif' kononnya, itu hanyalah persepsi dan tanggapan peribadi.

Utamakan isu yang lebih penting dulu seperti pengundi hantu ini. Macam mana kita nak atasinya?

Kalau nak cerita bab undi masuk ke syurga dan neraka ini, kita buka bab lain pula, okay?

nota untuk Syiah said...

berikut di bawah ini adalah pautan tentang wujudnya masalah baru dalam pengundian di Sarawak melibatkan anak perempuan Taib Mahmud...

http://www.sarawakreport.org/2011/12/my-wife-is-canadian-sean-murray-exposes-jamilahs-dual-nationality/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SarawakReport+%28Sarawak+Report%29