Saturday, October 22, 2011

Kesusasteraan yang sepatutnya terjulang, adalah yang menolak kezaliman Najib Razak


Oleh H FANSURI

Dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, halaman 111, Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas memperihalkan kedudukan kesusasteraan sebagai berikut:-

"... Kesusasteraan merupakan cita-cita mulia yang bermaksud untuk memupuk ketertiban budi; dia juga merupakan nilai abadi, sebahagian penting kebudayaan sesuatu bangsa, ukuran benar bagi menilai cita-rasa, budi, dan daya bangsa; dia merupakan 'falsafah' orang awam..." --- (Perenggan 41)

Menurut hemat saya, matan susunan kata yang termuat di sebalik penjelasan di atas boleh dikembang-hurai, dipecah-racik kepada beberapa bahagian. Pertama, kedudukan kesusasteraan itu sendiri sebagai lambang cita-cita mulia manusia.

Kedua, kedudukan kesusasteraan itu pada asalnya bertujuan memupuk akhlak baik, menjulang pekerti mulia dan membajai sikap perilaku moral yang santun. Ketiganya, ia sebagai nilai abadi - ia adalah unsur keindahan yang sejak awal lagi terpasak dalam jiwa insan dan oleh sebab itu kesusasteraan tidak pernah luput dan mati dalam kebudayaan dan peradaban.

Keempat, kedudukan kesusasteraan itu menjadi unsur ramuan penting bagi membina kebudayaan bangsa. Kelima, kesusasteraan adalah kayu ukur, alat perkakas dan piawai yang menyukat kedudukan kejiwaan orang.

Keenam, kesusasteraan itulah budi (moral, adab, etika, akhlak), daya (gerak, pergerakan, nadi, getaran nurani) bangsa. Selanjutnya, kesusasteraan itu diumpamakan 'falsafah' bagi orang awam yang banyak menyentuh pembawaan nilai-nilai baik, unggul dan sempurna.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh ditulis buat permulaan sebagai bahan perbincangan untuk didebatkan kemudian. Yang tertuang di sebalik coretan ini masih boleh disemak kerana tidak semuanya benar.

Kita tak boleh bahas kesemuanya. Memadailah memetik ayat terakhir, hal keenam; kesusasteraan adalah 'falsafah' orang awam. Maka, tergolong dalam takrifan ini adalah kesusasteraan yang menghimpunkan pantun, gurindam nasihat sebagai bahan menilai baik buruk sesuatu amalan. Maka, orang yang berpantun, bergurindam pada zaman leluhur terhitung dalam kalangan failasuf Melayu kerana mereka berjuang sejak lama untuk menanam nilai baik itu.

Selanjutnya, berhubung 'failasuf' purba penggubah syair, maka Perenggan ke-43 menyebut perihal perekacipta puisi itu, sebagai berikut:-

"Kedudukan si pereka puisi, ya'ni penyair, dalam masharakat seakan-akan failasuf, kerana puisi memang sejak zaman prafalsafah lagi sudah sedia dianggap sebagai suatu kenyataan utama ilmu teologi atau ilmu 'ketuhanan'; dan si perekanya menda'wa mendapat ilham daripada 'Tuhan' dan kononnya merupakan penyingkap tirai yang menyelubungi rahsia luhur alam ghaib."

Begitulah yang boleh dicantum-kaitkan kedudukan 'failasuf' (pengubah syair, sajak, pereka puisi) di Perenggan 43 dengan perihal kesusasteraan sebagai 'falsafah' orang awam di Perenggan 41.

Arakian, kita ingin sambung saki baki kutukan kita ke atas syair jahiliyyah Najib yang kerap diulangtayang di tv saban hari itu. Kita pelik, failasufkah Najib itu? Jika dia failasuf (kerana merekacipta puisi), kenapa dia tidak berperilaku baik? Jika Najib Rosmah itu baik, kenapa gentar bersoal jawab di mahkamah dalam fitnah 'liwat' Anwar?

Kalakian, sanya, yang merekacipta bait sajak akan jujur mengirim pesan nasihat, kerana mereka tiada munafik lagi hipokrit jua adanya.

No comments: