Oleh RUHI HAYATI THANI
Ramadan menjelang. Di sana, ada kisah menarik tentang lelaki Yahudi yang masuk syurga kerana menghormati bulan ini. Pada suatu hari, dia memarahi anaknya yang makan buah di tengah khalayak ramai. Hanya kerana amalan itu, maka dia dimasukkan ke syurga. Itu kisah klasik.
Pada zaman ini, tidak beberapa lama dulu, khabarnya ada pemimpin Cina Pulau Pinang yang mahu tutup konsert menjelang bulan puasa. Hal itu dimarahi pimpinan Melayu. Apakah pimpinan Melayu itu Umno dan pemimpin Cina itu Gerakan, tidaklah dapat dipastikan.
Bagaimanapun, setelah lama berbalah (Cina itu ingin tutup konsert, manakala Melayu ingin konsert itu kekal), maka berkatalah pimpinan Cina itu, "Saya ingat ini bulan Ramadan; hari kemuliaan orang Islam dan bukankah mereka berpuasa?"
Tidak dapat dipastikan, apakah jawapan pimpinan Melayu setelah dibalas dengan kata-kata itu.
Di Melaka, kononnya ada pimpinan Melayu yang ingin lanjutkan tempoh masa berhibur di rumah hiburan malam. Ada pula pimpinan Cina yang bertanya, "Kenapa tak ditanyakan kepada rakyat dulu?"
Baik Yahudi, kepercayaan agama yang dipegang Cina, agama orang India, sama ada Kristian, Buddha dan Hindu, amalan berpuasa adalah milik semua.
Di mana-mana juga, ada orang Islam baik dan yang nakal. Di sana ada bukan Melayu yang baik dan ada juga bukan Meayu yang nakal sehingga berhibur melewati batas sempadan.
Di Kedah atas nama kebaikan, maka arahan dikeluarkan agar rumah hiburan ditutup sepanjang Ramadan bagi mencegah umat Islam mengunjunginya. Ini dilakukan bagi memelihara moral walaupun tindakan menutup buat sementara ini tidaklah boleh memulihkan semuanya.
Penyakit masyarakat hari ini ibarat penyakit yang bersarang dalam tubuh dan sulit disembuhkan. Maka, doktor akan memberi vaksin, ubat penahan sakit dan bukan menyembuhkannya terus. Walaupun penyakit tidak kebah, kesakitan yang menjalar itu boleh diredakan.
Kalangan pimpinan Cina yang tidak jujur ini berkata, bahawa sikap pimpinan kerajaan Kedah mencabul hak bukan Islam untuk berhibur. Bagaimanapun, tentang kedudukan rumah perjudian, mereka kelihatan 'bermoral'. Kata pimpinan Cina, judi bukan amalan kaumnya.
Kata sesetengah mereka, judi bawa kesan buruk ke atas masyarakat. Kata kaum Cina dulu 'lebih baik ada anak cacat daripada ada anak kaki judi'.
Dalam hal judi, Cina menolak, tetapi dalam rumah hiburan yang ada wanita-wanita liar, mereka beri penentangan pula ke atas kerajaan Kedah atas nama hak dan kebebasan.
Berdepan dengan penentangan ini, maka pimpinan Kedah pun berkata, mungkin pengusaha kelab malam ini dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki pusat hiburan itu.
Kenyataan itu termuat di akhbar selepas MB Kedah menerima memorandum Jawatankuasa Penyelaras Pengusaha Hiburan mengenai larangan tersebut di Mentaloon di Alor Setar baru-baru ini.
Berhubung kesudian pimpinan Kedah berbincang itu, maka Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Cheng Lai Hock berkata pihaknya amat menghargai kesudian kerajaan Kedah mengadakan perbincangan untuk meninjau nasib lebih 6,000 pekerja rumah hiburan malam itu yang dikatakan mungkin terjejas ekoran penutupannya sepanjang Ramadan.
Kata Cheng, setelah perbincangan dengan kerajaan Kedah, beliau bersetuju melarang orang Islam masuk. Itu syarat yang dipegang jika mahu pengusaha kelab hiburan malam meneruskan operasi di sepanjang bulan Ramadan ini.
"...pengusaha (kelab hiburan malam) juga setuju untuk menerima apa-apa arahan kerajaan negeri jika premis mereka dibenarkan terus beroperasi termasuk melarang orang Islam masuk," kata Cheng.
Berbeza dengan MCA Kedah, MCA di peringkat Pusat pula menyifatkan isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan baru-baru ini adalah sandiwara antara PAS dan DAP bagi memenangi hati pengundi Cina pula.
Kata Chua Soi Lek, isu itu sengaja diwujudkan bagi membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS.
"DAP akan menyatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang berhubung isu itu kerana akhirnya mereka (DAP) akan dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuangkan dan diputuskan oleh PAS," fitnahnya kepada pemberita.
Begitulah halnya. Macam-macam cerita yang dihumbankan MCA ke atas PAS dan DAP. Padahal, dahulunya MCA juga yang pening kepala apabila pil kuda Ectassy banyak diseludup masuk ke rumah hiburan itu dan mereka sendiri risaukan pengaruh buruk yang menular lewat premis hiburan.
Jadi, jika kerajaan Kedah ingin tutup, ataupun tidak tutup rumah hiburan itu dengan syarat-syarat tertentu, musuh-musuhnya; Umno dan MCA kata begitu begini pula. Nampaknya, hal ini tidak akan pernah tamat sampai bila-bila apabila orang-orang kita mahu menyusun andaian yang bukan-bukan.
Kepada Umno Kedah (yang dikatakan adik-beradik) PAS Kedah, nasihatkanlah MCA itu, "Buddha pun berpuasa di bawah pohon Boddhi sebelum mencapai pencerahannya. Jadi, hormatilah amalan berpuasa di bulan Ramadan itu. Sebulan sahaja, bukannya lama sangat pun."

No comments:
Post a Comment