Oleh H FANSURI
Seorang penyokong tegar Umno berkata, mendiang Teoh Beng Hock mendapat ribuan ringgit daripada kerajaan Selangor, tetapi apakah pula yang arwah Baharudin dapat baru-baru ini?
“Berapa banyak pampasan yang peserta itu dapat jika mereka terkorban? Kalau kecederaan dan kematian itu berkaitan 'tear gas', salahkan mereka sendiri. Kenapa berdemo walau tahu demonstrasi itu haram? Bila sudah mati, dipersalahkan orang lain pula,” kata beliau.
Pembodohan yang diluncurkan Umno lewat Utusan, TV3 dan RTM, ini benar-benar berhasil. Lalu, seperti burung kakak tua, beliau menafikan kematian dan kecederaan peserta Bersih 2.0 diakibatkan oleh polis itu, sebaliknya berterusan menyalahkan kepimpinan Bersih 2.0 atas segala-galanya.
“Ramai orang kata, serangan polis itu punca kematian dan kecederaan mereka, betul ka? Sebab Bersih degil itulah ada peserta yang mati, keluarganya ditimpa musibah. Bersih yang harus bertanggungjawab atas kematian dan kecederaan para perserta,” kata orang Umno itu lagi.
Sementara itu seorang lagi rakan Umno berkata, “Semua peserta Bersih tu kena ada perlindungan insuran supaya mereka yang cedera dan mati itu tidak sia-sia.”
Nampaknya, memang beginilah cara berfikir Umno tegar. Masih berlingkar dalam kerangka duit, wang. Tetapi, ini tidak bermaksud wang itu tidak penting. Cuma, kita hairan kenapakah duit yang selalu mereka fikirkan dalam perjuangan ini?
Tidakkah mereka terfikir bahawa peserta Bersih tidak diupah sepertimana dakwaan Umno itu. Jangan-jangan, Umno (seperti Patriot) sudah upah orang (termasuk warga Bangladesh) dengan duit berjumlah RM200 setiap seorang, maka sebab itu mereka fikir peserta Bersih pun sama seperti mereka?
Orang-orang Umno yang berfikiran sempit, berjiwa kerdil kerap memikirkan hal picisan seperti di atas termasuk hal-hal seperti hadirnya pergaulan bebas antara lelaki wanita dalam himpunan itu.
Sedangkan, kebanyakan masyarakat kini telah pun menyertai Bersih 2.0 dan mereka akan menyertai lagi apa-apa juga gerakan yang berkaitan dengan perjuangan menuntut perjalanan pilihan raya yang adil dan telus.
Sebenarnya, dalam Bersih 2.0 ini, sudah terhimpun pelbagai aliran yang berbeza pendapat, tetapi hasrat dan perjuangan mereka disatukan dengan kelapan-lapan tuntutan tersebut.
Contohnya, Marina Mahathir, Ambiga dan lainnya yang terkenal dalam kumpulan liberal itu sudah pun tergabung dalam Bersih 2.0 bersama Islamis itu.
Kita menyedari betapa kelompok Islamis dan liberalis pun tidak bersetuju dalam beberapa perkara. Tapi, Bersih 2.0 telah menyatukan mereka dalam membangkitkan kesedaran umat berhubung kepentingan ketelusan dalam pelaksanaan pilihan raya.
Kepelbagaian yang telah menyatu ini melahirkan kemarahan membuak-buak di dalam Umno. Fikiran Najib Razak menjadi sedikit kacau sebab perpecahan antara Pakatan Rakyat dan pertelagahan kelompok Liberalis dan Islamis inilah yang beliau harapkan selama ini agar beliau terus kekal berkuasa. Strategi Firaun memecahkan perpaduan Bani Israel dan kaedah Yahudi Madinah memecahbelahkan Aus dan Khazraj lumpuh buat seketika.
Itu yang Najib Razak kesalkan sebenarnya. Setelah usaha Umno mahu pecahbelahkan PAS dan DAP tidak membawa hasil yang memberangsangkan, maka Najib ingin putuskan hubungan Islamis dan Liberalis dalam Bersih 2.0. Namun, usaha ini sentiasa membawa kegagalan juga akhirnya.
Memang ada pergolakan dalam Bersih. Tapi, ini lumrah biasa dibanding pergolakan Umno yang lebih tajam dan parah juga. Pergolakan kecil Bersih dapat diatasi dan perhimpunan itu pun berlaku juga.
“(Dengan yang demikian), maka Fir'aun menakut-nakutkan (memperbodohkan) kaumnya lalu, mereka mereka mematuhinya, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka.” (Al-Zukhruf: 54)
Betapalah Usaha Najib menjadi hancur kerana sulit sekali untuk beliau pecahbelahkan Bersih 2.0 dengan iklan-iklan yang mengecam kumpulan ini. Serangan dengan media ini tidak membuahkan hasil lumayan.
Bayangkan, dalam keadaan sekarang; ego Islamis - Liberalis dapat dikikis demi mencapai matlamat pembersihan pilihan raya. Dan, Pemuda Umno pula gagal menyatukan Pemuda MIC dan Pemuda MCA hingga terpaksa mengupah Bangla dalam himpunan lalu.
Maka, di manakah Najib Razak hendak menunjukkan mukanya kepada rakyat dan bagaimana dia tidak marah?
Inilah pokok persoalan utama yang harus dijawab oleh orang-orang Umno tadi dan bukan isu remeh yang membabitkan percampuran lelaki wanita dalam perhimpunan termasuk pampasan dan insurans yang mesti dituntut oleh keluarga si mati.

No comments:
Post a Comment