Oleh H FANSURI
Namanya Siddhartha, anak seorang Brahman. Hermann Hesse mungkin mempersembah perjalanan kerohanian beliau dengan sedikit berbeza. Namun, inilah dia sosok terawal yang membangunkan ajaran Buddha. Hermann cuba mempersembah pengalaman kerohanian yang kental ini secara gaya sasterawi agar ia tidak membosankan dan dengan harapan (mungkin), untuk dihadam oleh orang awam yang terbiasa dengan bacaan santai.
Sebelum Islam tiba ke Alam Melayu, agama Hindu dan Buddha menyebati dalam jiwa masyarakat Melayu di rantau ini. Amalan kerohanian yang masih membekas di jiwa dan lidah Melayu adalah kalimat sembahyang dan puasa.
Solat dalam bahasa Arab diterjemah kepada sembahyang dan 'saum', 'siyam' diterjemah kepada puasa. Ini bermaksud, orang Melayu sudah berpuasa ketika masih beragama Hindu dan Buddha.
"Hai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa," demikian rakaman firman Tuhan di dalam Al-Quran lewat Surah Al-Baqarah, ayat 183.
Ini bermaksud, Buddha, tokoh penegak agama Hindu yang tidak dikenali, Yahudi (Musa a.s) dan Nasrani (Isa a.s) pernah berpuasa. Amalan berpuasa juga masih tercantum di dalam kitab-kitab agama purba itu.
Setelah masanya tiba, Buddha menerima pencerahan hasil pertapaannya itu untuk umat manusia. Timbul persoalan baru, dari mana Buddha mengetahui amalan berpuasa ini adalah laluan menemukan pencerahan?
Apakah Buddha memegang Hindu terlebih dahulu yang menganjurkan penganutnya berpuasa? Jika hal ini boleh dibuktikan, maka ia mirip dengan laluan Rasulullah s.a.w yang bertapa, berkhalwat di Gua Hira' mengikut amalan Nabi Ibrahim a.s Khalilullah (bertahanus), mengasing diri ke tempat sunyi. Jalan kerohanian nabi dan wali ketika menerima pencerahan wahyu lebih kurang sama dan amalan berpuasa.
Pengkelana I Ching dari Tanah Besar China dilaporkan mula berguru kepada pendeta Buddha Melayu Sriwijaya. Ajaran Buddha kemudian dikembangkan di China yang sebelum itu sudah akrab dengan falsafah Lao Tze, Kung Fu Tze dan lain-lainnya. Lalu, terbentuk sebuah aliran Buddha yang terjalin dengan falsafah itu. Semua itu tidak menolak hakikat bahawa Melayu adalah bangsa guru kepada Cina dalam ajaran Buddha sebelum Islam tiba di rantau ini.
Syahadan, apabila MCA mendesak kelab hiburan terus kekal dibuka walaupun di bulan puasa di Ramadhan ini, maka ingatlah Siddhartha yang pernah berpuasa lalu menerima pencerahan hasil daripada amalan berpuasa itu.
Hormati bangsa Melayu yang pernah menjadi pendeta kepada pengkelana I Ching dari Tanah Besar China yang kemudian menyebarkan Buddha di sana. Ini berlaku ribuan tahun yang lampau sebelum Melayu mendapat kematangan pencerahan jiwa seterusnya dengan Islam.
Demikian ketika sastera bercerita mengenai agama, tapi kapitalis MCA yang buta mata hatinya (sebab tidak ditarbiah oleh Umno?) tetap tidak endahkan ini semua. Setidak-tidaknya, praktik kerohanian Islam sudah wujud dalam perjuangan Bersih 2.0 ketika laungan takbir turut dipekik semua kaum. Betapa Ramadan mengingatkan kita tentang kebersihan luar dan dalam termasuk usaha mencuci bai'ah dan undi ketika mengangkat pemimpin negara!

No comments:
Post a Comment