Thursday, September 30, 2010

Aspirasi tidak matang? Jadi janganlah berparti

Oleh H FANSURI

Daripada isu 'Bini Puaka' kepada UKM4, dunia kemahasiswaan tidak sunyi dibedil dengan meriam gugatan Auku. Bagai badut sarkas yang suka memperbodoh diri untuk menggembirakan orang-ramai, rangkaian televisyen masih juga merancakkan gelombang pandir dan mendengungkan gema kebodohan dengan setia.

Tuesday, September 28, 2010

Sejarah Tg Pagar, kubu kuat pembangkang Singapura terawal

Oleh H FANSURI

"Berapa lama lagi kita akan tiba di Singapura?" Chom Bee bertanyakan mamak Mahyuddin Jailani. Mamak separuh usia itu memahami gejolak perasaan gadis muda itu.

Monday, September 27, 2010

Najib Rosmah ke USA, lupa kes Al-Qur'an dibakar

Oleh H FANSURI

Najib Razak dan Rosmah Mansor baru-baru ini berada dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat bertujuan melebarkan hubungan dagangan antara Asean dan Amerika. Kesempatan itu digunakan untuk menemui presiden di negara republik itu, Barrack Hussein Obama di samping menemui golongan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di sana.

Hal sihir dalam karya novel: Sorotan kes 'Kak Ros'

Oleh H FANSURI

The Wonderful Wizard of Oz adalah novel klasik kanak-kanak yang ditulis oleh L. Frank Baum. Cerita ini kemudiannya difilemkan pada tahun 1939. Ia mengisahkan kembara rohani seorang gadis ladang di Kansas, Dorothy Gale, berusia 12 tahun yang pengsan dalam suatu kejadian taufan di rumahnya.

Thursday, September 23, 2010

Rosmah, sihir dan filem hantu seram berlegar dalam masyarakat

Oleh H FANSURI

Ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, televisyen banyak siarkan filem hantu seram sehingga ada yang bersinis, "Ini hari aidilfitri atau pesta hantu lapar?"

Wednesday, September 22, 2010

KTMB Tg Pagar, Mahathir perlu herdik Najib

Oleh H FANSURI

Akhirnya, persetujuan dicapai antara Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini.

Monday, September 20, 2010

Cerita rakyat, 'Melayuwiyyat' & politik penglipur lara

Oleh H FANSURI

Kisah I – Cerita Rakyat; Melayuwiyyat

Riwayat tradisi cerita lisan banyak dipertuturkan 'penglipur lara'. Pendeta kelas bawahan ini mungkin menimba ilmu, mendulang ilham cerita rakyat ini dari Hutan Lipur?

Pengajaran Hari Malaysia buat Najib Razak

Oleh H Fansuri

Malaysia terbentuk pada 1963 secara rasminya melibatkan Sabah dan Sarawak tapi pada 1965 pula kita kehilangan Singapura. Hal ini jarang-jarang kita perhatikan walaupun jelas negara pulau itu jelas sekali disebut namanya dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga ke hari ini.

Thursday, September 16, 2010

Surat panjang kepada seorang pemimpin siswa

Surat buat siswa: Kemahasiswaan sejati kembali kepada akar rakyatnya (3)

Oleh H FANSURI

Menemui saudara...di dalam surat yang lalu telah dibentang secara ringkas sinopsis novel-novel yang pernah diratah hadam oleh kebanyakan mahasiswa USM itu; Rice Without Rain, The village by the sea, Little Lord Fauntleroy dan To Kill A Mockingbird.

Projek Perkasa gagal satukan Melayu?

Oleh H FANSURI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini di dalam ucapannya berkata, Perkasa perlu menyatukan Melayu menjelang pilihan raya kali ini.

Akibat Islamophobia, muslimah tertindas di Perancis

Susunan H FANSURI

Selepas sebulan umat Islam berpuasa bagi meraikan penurunan Al-Quran dalam Ramadan, kita dikejutkan dengan ura-ura pembakaran kitab suci umat Islam itu di Amerika. Tapi, bantahan umat Islam ke atas sikap para penganut Kristian itu masih dingin.

Tuesday, September 14, 2010

'Kematian' Sosilawati dan Altantuya, imej PDRM makin merudum

Oleh H FANSURI

Ketika menulis ini, masih juga belum dapat disahkan di pihak forensik mengenai hal kematian jutawan kosmetik Sosilawati bersama tiga orang pengiring beliau itu.

Tuesday, September 07, 2010

Sehingga bertemu lagi ya Ramadhan!

Oleh H FANSURI

Bagaikan bahtera agung dan kapal agam yang tersergam, Ramadhan belayar lambat-lambat meninggalkan pelabuhannya dari hati kita dan kalau kita melihat hal ini daripada kaca mata rohani, ini bermaksud kita juga sedang bergerak menghampiri ajal kita.

Menyuntik semangat patriotik siswa melalui novel-novel

Oleh H FANSURI

Apabila Dato' A Samad Said mendedahkan bahawa beliau membaca novel Doctor Zhivago setiap tahun saya antara orang yang terpinga-pinga. Pelbagai persoalan singgah di kepala.