Monday, December 23, 2013

The Heat: Bagaimanakah KDN bertindak?


Oleh H FANSURI

"Potonglah kaki tangan seseorang lalu masukkan di tempat 2 x 3 meter dan berilah kebebasan padanya. Inilah kemerdekaan pers di Indonesia..." ~ Soe Hok Gie.

Perkara ini tertuang dalam lembaran catatan diari peribadi Soe Hok Gie, seorang mahasiswa beraliran sosialis, komunis apabila beliau menyatakan sikapnya mengenai amalan dan dasar kebebasan akhbar di negaranya. Diari peribadi itu kemudiannya dibukukan dengan judul; Catatan Seorang Demonstran.

Sunday, August 18, 2013

Senarai pengkhianat kerana sokong Saudi, Amerika dan Israel, As Sisi

di tangga teratas setakat ini yang menjadi pengkhianat Allah dan Rasul-Nya dengan menyokong As Sisi...

1. Fathul Bari...
2. Khairi Jalaludin - Kedutaan Malaya di benua Mesir
3. Mohd Faizal Sabhon...
4. lagi siapa? Sila taruh sendiri... (...)


Wednesday, June 26, 2013

Risalah Buat Kaum Revolusioner

26 Jun, 2013

Ganas (Gerakan Anti Najib Razak Se-Malaya) berpendapat, tiada yang kekal di dunia ini termasuk dakwat dan Pesuruhjaya SPR. 

Oleh yang demikian, bukan suatu kesalahan untuk pesuruhjaya meletakkan jawatan kerana jawatan pesuruhjaya itu juga tiada kekal. 

(mode: mengulas https://www.facebook.com/syedmikael/posts/586881614665667)

Friday, May 24, 2013

Mudahkan bahasa saat menyelar penguasa

Oleh H FANSURI

Sesekali boleh ditemui keindahan kata dalam sebuah puisi bernada terus-terang. Jadi, sesiapa pun boleh menjadi pengarang puisi asalkan mereka ada fikiran menolak kezaliman. Ciri puisi dan sikap kepenyairan Hassan bin Tsabit yang menolak kezaliman itu memang kekal relevan sepanjang zaman.

Di hujung asy-Syu'ara, Allah s.w.t berfirman, "Dan para penyair itu diikuti golongan sesat. Tidakkah kamu perhatikan mereka merayau di tiap lembah dan mereka berkata apa yang tidak mereka lakukan, kecuali orang beriman dan beramal salih, banyak mengingati Allah dan mereka membela diri selepas dizalimi..."

Thursday, May 23, 2013

Tiga Budaya: Ilmu – Membaca – Beli Buku

Oleh H FANSURI

Setelah ruangan ini direhatkan lama kerana ingin memberi ruang kepada pilihan raya, maka ada banyak sajak dan cerpen yang menjadi tidak relevan lagi kerana semua karya itu dikarang pada detik-detik PRU sedang membahang.

Saya memohon maaf di atas perkara ini. Ruangan ini sebenarnya boleh menjadi ruang untuk orang yang hendak menunjukkan sokongannya ke atas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum itu.

Friday, May 17, 2013

Bagaimana Saiful Bukhari menjalani hari tuanya?

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Akhirnya Saiful Bukhari Azlan dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung Mei ini. Jodoh beliau adalah seorang pengacara TV3; Nik Suryani Megat Deraman.

Walaupun ribut dugaan melanda dengan agak keras, tetapi siapalah yang dapat memutuskan rasa cinta? Dilaporkan, menurut sumber TV3, Saiful yang cuba menegur dahulu pasangannya itu di sebuah restoran.

Friday, May 03, 2013

Menunggu Gatera menjuarai kebebasan media

Oleh H FANSURI

Ada perjuangan yang mungkin sesuai diperjuang oleh sekumpulan ilmuwan baru-baru ini iaitulah Gatera (Gerakan Intelektual Rakyat). Perjuangan itu adalah usaha memerdekakan media yang masih dicengkam BN walau kerajaan dan parlimen sudah lama dibubarkan.

Kini Gatera hadir. Seperti bunga, pohon perjuangannya lahir dan bertunas seperti kuntuman bunga yang kelopaknya sedang terbuka. Janji Gatera kini; mereka ingin merakyat dan membumi. Kata mereka, acara Gatera ini akan berterusan juga selepas berakhirnya PRU13.

Thursday, April 25, 2013

Dian, menyalakan api ‘Politik Sunnah’

Oleh H FANSURI

“Tidak dapat diragukan, orang Muslim diharamkan berbai’at kepada penguasa mana pun yang tidak komited terhadap Islam. Baiat yang membebaskannya daripada dosa adalah baiat terhadap orang yang berhukum dengan apa yang diturunkan Allah.

“Jika tidak ada, maka semua orang Muslim berdosa hingga ada penerapan hukum Islam, sehingga ada pula baiat yang dituntut itu.” - (Dr Yusuf al-Qardhawi, Fiqh ad-Daulah dalam perspektif al-Quran dan as-Sunnah), halaman 29.

Thursday, April 11, 2013

Umno haram, perlukah S46 hidup semula?

Oleh H FANSURI

Biar pun Semangat 46 dahulu pernah dianggap sebagai pengacau namun daripada suatu sudut lain, parti itu sah taraf dan tidak haram seperti parti induknya, iaitulah Umno.

Walaupun ada dakwaan bahawa PAS juga berasal daripada pergeseran Umno dengan golongan ulama di dalam parti berkenaan, namun setidak-tidaknya PAS adalah parti halal selepas keluar daripada Umno.

Jadi, dikeluarkan PAS daripada Umno, bukanlah kerana PAS itu jahat, tapi sebaliknya Allah tidak inginkan PAS sebagai parti halal dibiarkan terus-menerus menyatu diri dengan parti haram Umno itu.

Hari ini, setelah bubar Parlimen, maka tiada yang lebih parah dibanding berita pengharaman parti. Isu ini timbul gara-gara pilihan raya semakin hampir. Jikalau pilihan raya masih jauh, maka perkara ini tidak pun diheboh-hebohkan. Bagaimanapun, mungkin semua ini berlaku atas rahmat Allah s.w.t juga.

Jika kesedaran mengenai pengharaman Umno ini wujud beberapa bulan sebelum terbubarnya Parlimen, maka Umno mungkin berpeluang menghalalkan kembali parti itu. Kini, operasi menyucikan Umno makin memenatkan. Parlimen telah dibubarkan. Masih adakah waktu bagi menyucikan parti haram Umno itu?

Segalanya bermula dengan gegaran Umno Tanah Merah. Ada pergolakan melibatkan perebutan jawatan pada tahun 2008. Sedikit kesilapan ahli-ahlinya boleh membawa padah kepada parti.

Menurut ceritanya, ada kalangan mereka yang mahu bertanding dalam jawatan penting pada ketika itu. Dan mereka didapati tidak membayar yuran. Malah, mereka terdiri daripada ahli-ahli cawangan haram.

Ekoran itu, pertikaian itu memaksa kes itu dibawa ke mahkamah. Dan, keputusannya mengejutkan. Ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah yang tidak berdaftar. Sekali gus, hal ini menjadikan cawangan itu telah jatuh hukum haram di sisi perundangan.

Melalui sistem perwakilan ini, maka cawangan haram Umno ini yang mengirim perwakilan ke peringkat bahagian secara tidak langsung sudah menjadikan Umno bahagian itu sebagai persatuan haram.

Dan ketika peringkat Umno bahagian mengirim para perwakilannya ke Perhimpunan Agong Umno, maka secara tidak langsung, segala persidangan Umno itu menjadi persidangan yang haram.

Tidak cuma persidangan itu haram. Malahan perwakilan haram yang menaikkan pemimpin itu juga telah menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang haram di sisi undang-undang negara.

Dan, masalah Umno sebagai parti haram ini bukannya baru. Ia telah bermula sejak pertengahan 1980-an lagi. Rupa-rupanya, parut luka oleh kesakitan yang lama itu kini berdarah kembali.

Ditinjau daripada segi pandangan agama, pemimpin yang dilantik itu mesti diangkat dengan hukum, akta yang dipersetujui oleh semua orang. Tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya Umno masih kekal haram dan ia tidak peduli walaupun rakyat menyedari bahawa parti itu sudah pun haram.

Barangkali, kerana inilah negara tidak mendapat rahmat dan gagal meraih keberkatan apabila mentadbir dengan cara yang melanggar undang-undang yang mereka sendiri ciptakan.

Kesan daripada semua ini adalah, umat kini telah ditadbir sebuah pertubuhan parti yang haram dan undi rakyat ke atas Umno dengan sendirinya telah menjadi undi yang haram. Kalau pun tidak haram daripada suatu segi, namun ia tetap membawa maksud – mengurangi keberkatan dalam pemerintahan.

Merujuk senarai pendaftaran, didapati sekitar 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno seluruh negara tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejak Umno Baru ditubuhkan. Hal ini perlu dijelaskan semula oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988.

Selepas kelahiran Umno Baru pada 1988, cuma Najib Razak sahaja satu-satunya PM yang tidak berpaling tadah kepada Semangat 46. Abdullah Ahmad Badawi pernah berpaling tadah ke arah parti halal S46 itu.

Sejak dahulu, yang bersih dan ingin dibersihkan Tuhan pasti tertendang keluar daripada Umno Baru. Dan inilah rahsianya, kenapa sulit benar hendak dibuat transformasi dalam Umno Baru itu sendiri.

Jika umat sedar bahawa mereka sudah mengundi parti haram selama ini, lalu mereka berasa insaf, maka ini mengundang petaka buruk terhadap Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasas Umno Baru itu. Adakah Umno Baru akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan S46 dibentuk semula?

Masih ada ruang bagi Ibrahim Ali dan Rais Yatim untuk bermimpi melompat diri serta melonjakkan nama sebagai Perdana Menteri (atau Ketua Pembangkang) selepas mengguling Najib Razak di Putrajaya nanti.

Wednesday, April 10, 2013

Kebebasan media perlu dituntut di jalan raya

Kebebasan media pilihan raya perlu dituntut di jalan raya

Oleh H  FANSURI

Ketika ini acara LIMA 13 pun tamatlah sudah di Langkawi. Terleka sebentar cerita derita Lahad Datu itu. Lupalah kita kepada hal-hal tragedi yang menimpa balu-balu tentera.

Ganjil ketika memikirkan -- bagaimana kerajaan masih ingin mempamerkan kehebatan peralatan tentera apabila rakyat mengetahui peralatan tentera kita masih ‘lemah’ ekoran terjadinya bolosan di Sabah.

Monday, April 01, 2013

Bezanya Ainun Habibie dengan Rosmah Najib

Oleh H FANSURI

Sejak buku autobiografi Rosmah itu dilancarkan, maka tidak sedikit buku itu mengundang kutukan dari langit. Kutukan dari langit itu sudah diterjemahkan lewat impian segala hati manusia untuk mengejinya.

Sementara itu di pihak Umno pula -- ketika catatan ini ditulis -- belum ada mana-mana pihak Umno yang sudi membuat diskusi bertujuan mengangkat wacana berhubung buku ini. Agaknya Umno juga mengerti bahawa Rosmah itu bebanan buat seluruh alam termasuk Umno.

“Kalau Umno nak kalah cepat,” kata seorang teman, “Banyakkan perbahasan tentang buku Rosmah itu.”

Masalah demokrasi Malaysia wajib diketahui semua negara

Oleh ALI BUKHARI AMIR

“Democracy needs support and the best support for democracy comes from other democracies. Democratic nations should... come together in an association designed to help each other and promote what is a universal value — democracy.”

Api kata-kata itu meletus, dinyalakan Benazir Bhutto dalam suatu ucapan di Universiti Harvard tanggal 1989. Bhutto berpendapat amalan demokrasi itu perlu didokong sesama manusia khasnya melibatkan bangsa-bangsa di dunia. Pendek kata, demokrasi itu perlu diraikan oleh masyarakat antarabangsa.

Amalan demokrasi itu bukannya milik peribadi amalan Malaysia sahaja malahan itu turut diamalkan oleh rakyat di serata dunia. Rata-rata bangsa hari ini masih mendakap pengertian demokrasi, kalau pun tidak, ia pasti meresapkan demokrasi itu ke dalam acuan pemikiran bangsanya sendiri.

Misalnya Sukarno hadir dengan gagasan Demokrasi Terpimpin dan selepasnya Dr Mahathir Mohamed di mana beliau memilih kata-kata madah berhelahnya - “kita perlu demokrasi dalam acuan kita sendiri.”

Di Amerika Syarikat berdengung dan bergema pula kata-kata ‘We The People.” Ringkasnya, segala warna bangsa manusia berterusan mengungkap makna demokrasi dengan resapan perkataan mereka sendiri.

Apakah kata-kata mereka itu benar-benar menyepakati jiwa dan semangat demokrasi maka hal itu perlu kita semak selalu agar tidak terjadinya perlanggaran hak sesama manusia atas nama demokrasi pula.

Dan, demikianlah yang terjadi di negara kita hari ini setelah amalan demokrasi nampaknya kucar-kacir di mana-mana sahaja. Di segala tempat, manusia hadir di kawasan lapang lalu meneriakkan kata-kata oleh bebanan ketidakadilan yang dikenakan ke atas diri sendiri. Pekerja  CIMB misalnya telah memberontak.

Ya, banyak hal tidak sihat mutakhir ini, khasnya apabila melihat ‘kemajuan’ perkembangan pembubaran Parlimen. Kita mesti bersetuju atas suatu perkara, iaitulah semua ini menambah gelisah, menuang derita di hati rakyat. Banyak rancangan menjadi tergendala dengan tiba-tiba.

“Nak pergi melancong pun susah,” kata seorang teman. “Nanti kalau pergi ke luar negara, tiba-tiba Najib Razak umum nak bubar Parlimen. Takut tak sempat nak balik untuk mengundi dan mengguling Najib.”

Itu baru satu pendapat. Mungkin jikalau dibuat tinjauan, nescaya ramai orang yang akan menyatakan hal yang sama. Jejak pendapat itu penting bagi menyemak keseluruhan resah yang bertakung di hati rakyat.

Secara tidak kita sedari, rakyat sedang menyerah buta sahaja urusan mentadbir negara ini ke atas orang-orang bodoh. Tidak hanya bodoh, mereka juga penakut dalam erti kata – takut berdepan kekalahan.

Semangat demokrasi yang dijunjung dan dijulang selama ini seakan-akan jadi mati dan tidaklah bernafas lagi apabila Najib Razak mula melambat-lambatkan kematian Barisan Nasional.

Dalam tradisi khurafat Melayu, orang yang membela hantu, jembalang (jin dalam balang?) akan mati jua dengan penuh kehinaan. Tapi, manusia tetap melihat mereka itu masih hidup dan kuat makan. Apa yang terjadi sekarang lebih kurang begitulah juga. Yang menghuni tubuh manusia bukanlah jiwa dan roh lagi.

Tapi, kuasa kejahatan yang masih bernaung di balik jasad pengamal ilmu sesat dan ilmu hitam itu. Maka, di dalam kuasa eksekutif itu pun demikianlah juga. Orang tidak melihat kuasa kejahatan yang mentadbir Parlimen kita kerana tidak terlihat asap kemeyan dan tengkorak yang menakutkan.

Tetapi, percayalah saudara-saudara (ini bukannya ‘Amanat Haji Hadi’)! Kuasa kejahatan itu memang ada. Selepas 8 Mac lalu, roh Parlimen, jiwa syura, dan semangat demokrasi itu sudah lama mati.

Kita kini sedang berdepan dengan Parlimen yang dipenuhi puak-puak puaka kejahatan. Kita sudah ditipu dengan helah Lahad Datu dan umat diperdayakan dengan lembaga-lembaga kemunafikan. Gambaran di fikiran kita dibayangi dengan darurat jika berlaku demonstrasi lagi.

Kitaran kebodohan ini diwarnai media awam raya. Selepas 8 Mac, media awam kita sepatutnya bersujud rukuk di bawah lembaga khas yang bebas oleh sebarang kawalan kerajaan. Kerajaan kini tak lagi wujud.

Roh dan jiwa manusia yang memelihara jin itu sebenarnya telah pun lama mati dan jasad pengamal ilmu hitam itu kini dikuasai jin yang dipeliharanya selama ini. Sudah lama Melayu dikuasai ketakutan ini.

Dalam sejarah, hanya ada satu watak manusia sahaja yang sudah lama mati tapi jin-jin sendiri masih lagi hidup dibelenggu oleh rasa takut kerana menyangkakan manusia itu masih lagi hidup memerintah.

Adapun nama manusia itu - Raja Sulaiman. Baginda wafat dalam keadaan berdiri sehingga jin-jin berkata selepas kewafatannya, “Kalaulah kita tahu Sulaiman sudah mati, nescaya tidak kita dihinakan sebegini.”

Jin itu mengetahui kematian Raja Sulaiman setelah tongkatnya patah oleh anai-anai yang memakannya. Maka, kita sekarang pun demikianlah juga halnya. Yang lama mati adalah kerajaan yang dilanjutkan itu.

Sekarang menjadi tugas semua untuk terus berikhtiar dan berusaha menyedarkan masyarakat agar tidak lagi patuh ke atas kerajaan yang sudah lama hilang mandatnya itu.

Demam pilihan raya tidak menunjukkan kebahnya. Batuk-batuk demokrasi tiada ditemukan penawarnya lagi buat masa ini. Sikap menanti sudah tidak relevan dalam keadaan yang memaksa kita semua menjadi doktor. Semua kita perlu terlibat sama dan berikhtiar membuat pembedahan ke atas sakit demokrasi.

Sakit-sakit demokrasi ini telah lama melepuh dagingnya. Bentan sakitnya merayap, berdenyut-denyut ke urat sarafnya dan hampir-hampir merosakkan tulang belakangnya. Jin dan segala hantu puaka itu sudah lama mentadbir kita tanpa mandat yang diberikan. Ya, kita perlu membedah rawat demokrasi kita kini.

Menjadi tugas kita semua merakyatkan wacana demokrasi agar dikongsi bersama pihak luar negara dan biar ia turut hangat dibahaskan dengan kedutaan pihak jua. Benazir Bhutto telah matii ditembak tentera Musharraf. Tetapi, pesanan wasiat dan kata-katanya itu belum pernah mati di hati semua kita.

“Demokrasi perlu didokong bersama oleh masyarakat yang turut menghargai demokrasi…”

Thursday, March 21, 2013

Umno peralatkan askar di Lahad Datu

Oleh H FANSURI

“Jika tentara bingung dan curiga, penguasa negara tetangga akan menimbulkan masalah. Inilah yang dimakna dengan perkataan, tentera yang bingung menyebabkan kemenangan musuhnya.” --- Sun Tzu

Peristiwa berdarah Lahad Datu itu, sama ada disengajakan atau tidak, akhirnya ia menjadi sebab yang kukuh bagi memanjangkan lagi talian hayat Umno dan Barisan Nasional.

Monday, March 04, 2013

Apabila Raja-Raja Melayu sokong Pakatan

Oleh H FANSURI

Memang rasa tidak puas hati dalam kalangan Raja-Raja Melayu terhadap Umno itu sudah wujud lama. Ia bukan perkara baru. Tetapi, oleh sebab mereka tiada kuasa, maka hal itu didiamkan saja.

Raja-Raja Melayu pun akan bangun setelah mereka dapat melihat arus kebangkitan rakyat yang mengidamkan kejatuhan Umno dalam pilihan raya. Selama ini mereka terasa bersendirian sahaja.

Apabila terbit suara istana Perak menyokong Pakatan, maka rusuhan Umno dan penggulingan ke atas kerajaan Pakatan di Perak itu boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan dan penderhakaan ke atas istana Perak juga daripada sudut tertentu.

Raja-raja tidak dapat mempertahan kerajaan Pakatan di Perak mungkin kerana mereka juga telah dirantai oleh semacam satu peraturan halus yang tidak kelihatan.

Pelbagai kemungkinan berhubung kenapa raja-raja ini boleh berubah sikap ini boleh dibahaskan kemudian dalam suatu forum yang lain. Paling penting adalah – istana sudah ada sikap memihak. Dan sikap memihak itu ditujukan terus kepada Pas di Perak.

Sebagai wakil istana Perak, titah ucapan Raja Nazrin itu ada rasional kerana beliau merujuk PAS sebagai kerajaan di Perak. Istana bukan memuji PAS sebagai parti. Asas ini perlu difahami. Asas ini boleh menjawab kekeliruan jika ada pihak berkata, pujian itu khas ditujukan kepada PAS.

Sebenarnya ada beza dengan kedudukan PAS sebagai parti dan kedudukan PAS sebagai kerajaan negeri. Kuasa istana bukanlah anggota ke atas mana-mana parti; baik BN mahupun Pakatan.

Jadi pujian itu langsung dicurah terhadap PAS sebagai kerajaan negeri apatah lagi PAS membina kerajaan yang saling membantu istana dalam membantu urusan mentadbir negeri. Atau, mungkin juga hal pujian itu disebabkan oleh kenangan ke atas peristiwa lalu dalam krisis rusuhan itu.

Kalau ditinjau hal rusuhan dan penggulingan kerajaan Pakatan di Perak sebelum ini maka sejarah membuktikan bahawa DAP dan PKR pernah tinggalkan parti mereka sehingga terguling Pakatan di Perak ketika itu. Maka, ditinjau daripada sudut inilah maka PAS berhak meraih pujian istana.

Apa pun, yang paling penting dibahas adalah sikap istana yang tidak menyukai BN – Umno lagi. Pendek kata, rusuhan Umno ke atas kerajaan Pakatan Perak tidak direstui istana. Orang pun akan jujur apabila mereka tidak lagi ditekan oleh Umno. Saat inilah raja bertitah tanpa kepentingan.

Orang-orang Melayu khasnya mestilah disedarkan bahawa Umno dan BN adalah pengkhianat ke atas institusi Raja-Raja Melayu. Seruan ini tidak disebutkan atas pentas-pentas ceramah. Melayu itu kerap mendengar betapa Pakatan sangat kuat penderhakaannya ke atas institusi raja-raja.

Semua seruan ini disemboyankan media-media seperti Utusan Malaysia, RTM, TV3 yang sudah lama ditakluk Umno - BN. Kebanyakan kejahatan menentang raja-raja ini dihalakan terus kepada Pakatan dan semua kerosakan imej dan reputasi ini merugikan walaupun khabar itu tidak benar.

Maka yang perlu ada dalam fikiran pemimpin Pakatan hari ini adalah, bagaimana ingin dedahkan penyelewengan Umno, BN ke atas institusi diraja ini? Apakah kaum kerabat raja akan dibawa ke pentas-pentas ceramah Pakatan menjelang kempen pilihan raya kali ini?

Sejauhmanakah Pakatan mengangkat wacana mengenai penyelewengan Umno, BN ke atas Raja-Raja Melayu sebagai bahan perbincangan yang boleh dirakyatkan? Sentimen Melayu serta Raja-Raja Melayu ini mesti diambilkira juga.

Umno – BN seperti telur di hujung tanduk. Kebanyakan raja yang kuat sudah berani menyatakan sikapnya kepada Pakatan dalam diam. Kedudukan Sultan Kedah sebagai Agong, Sultan Kelantan sebagai timbalannya telah menyulitkan BN mengumumkan darurat jika BN kalah pada kali ini.

Kini, Umno, BN mengalami kesulitan membuat rampasan kuasa melalui darurat lantaran Agong, Timbalan Agong telah memihak Pakatan. Dan, kita perlu bahas mekanisme untuk mengakrabkan semula rakyat dengan Raja Melayu supaya umat dapat bertemu Sultan dan bertukar fikiran selalu dalam menentukan cara mentadbir negara setelah Umno, BN digulingkan daripada peta sejarah.

Thursday, February 14, 2013

Najib Razak khianati artis tempatan


Oleh H FANSURI

Kebudayaan seni hiburan Korea Selatan adalah produk Amerika Syarikat yang melalaikan anak-anak muda. Semua ini menunjukkan bahawa Najib Razak adalah saudara rapat kepada produk kapitalis Barat. Bukan sangat Najib Razak hendak menjalinkan hubungan dengan kebudayaan Korea Utara, sebuah negara sosialis, komunis itu. 

Dan, kini sekali lagi berlaku pengkhianatan ke atas Dasar Kebudayaan Negara apabila Najib Razak menghulurkan 'amal sedekah jariah' kepada Park Jae-sang (Psy) semata-mata persembahan percuma beliau bersempena perayaan Gong Xi Fa Chai. Sekitar RM1 juta diperuntukkan untuk artis luar. Ini pengkhianatan ke atas artis tempatan Cina itu sendiri. 

cintanya Najib ke atas K-Pop ini jelas tergambar melalui sikap kerajaan menjemput Psy. Kita jemput kebudayaan liar Korea ini dua kali. Sekali di Putrajaya, kemudian di Pulau Pinang. Mungkinkah ini cara Najib menarik undi pemuda Cina Pulau Pinang yang diisytihar negeri pembangkang?

Sikap Najib ternyata berbeza sekali dengan sikap ayahnya Abdul Razak yang mengangkat Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) sebagai panduan pembinaan kebudayaan negara. Berjaya atau tidak DKK sudah tidak penting kerana kita sedia maklum bahawa kekalahan bangsa kita dalam perang budaya bermuara daripada sikap pemimpin Umno khususnya Najib sendiri. 

Memang kita kerap salahkan pelakon dan penyanyi sebagai kelompok yang melalaikan umat. Tapi, liar si Psy itu menjemput rasa cemas golongan pencerah dua kali gamat. Rakyat berfikir - adalah lebih baik diagih wang itu buat artis tempatan Cina untuk hari raya Cina. 

Artis Cina tempatan yang tidak mendapat tempat dalam perusahaan hiburan di bawah tadbiran BN selama ini seharusnya bangkit menyatakan bantahan terhadap sikap Najib. Satu undi kaum Cina kepada Najib adalah undi bagi menindas artis tempatan Cina Malaysia yang tidak mendapat tempat dalam perusahaan hiburan tanahair. 

Jutaan ringgit untuk Psy ini turut menganiayai artis Melayu. Najib tidak patut utamakan artis luar ketika isteri pelakon Edika Yusuf sedang lumpuh dan Maimon Mutalib pula menderita kanser. Kaitkan juga dengan kematian beragan Bob Kuman di hujung nyawanya tanpa pembelaan Najib. 

Barangkali, kaum penghibur perlu belajar pengalaman demonstrasi jalanan kelolaan P Ramlee dan rakan-rakannya di Jalan Ampas dahulu di Singapura. Keterlibatan gerakan kesatuan sekerja artis Jalan Ampas dengan Barisan Sosialis adalah kemuncak unggul gerakan artis yang paling dinamik dalam sejarahnya. Mereka berjuang menuntut kehidupan yang lebih baik.

Hal ini patut ditelaah Zed Zaidi selaku kepala persatuan Seniman. Pada zaman pemurnian semula kebudayaan kebangsaan, seni berontak kaum penghibur sepatutnya dirancakkan. Bukan aneh jika kaum penghibur mengadakan demonstrasi di pejabat Finas Hulu Kelang atas sikap Najib yang meminggirkan mereka selama ini. 

Umat tertanya-tanya, sihir apakah yang terkena ke atas Najib hingga beliau tergamak membazir duit negara dengan mengundang Psy? Ada satu sebab yang mungkin wujud jika beliau tergamak menerapkan nilai-nilai kebudayaan liar Korea itu. Mungkinkah Najib 'jatuh cinta' kepada penari Korea tempoh hari di Putrajaya? 

Lagi pun, perawakan Korea dan Mongolia itu lebih kurang sama juga. Jika ini benar, mungkin akan ada lagi undangan ke atas artis luar dari Korea Selatan itu. Zed Zaidi, percayalah! Semua ini akan kekal berterusan selagi kaum penghibur belum berhasrat berdemonstrasi di studio Hulu Kelang!

Seruan atasi gejala 'hina-keliru' karya Islami


Oleh H FANSURI

Dalam persembahan filem dan karya-karya Islam, sudah wujud penjenamaan seperti pop Islami. Sehingga kini, masih sulit diisytihar mana satu filem dan karya Islam yang benar-benar tulin itu. 

Tetapi, apa yang pasti, sudah terbit kecenderungan untuk menghasilkan filem-filem berciri Islam itu. Semua ini perlu disambut baik, tanpa perlu kita mempertikai niat pembikin karya tersebut. 

Hal ini kerana, kita penonton dan pembaca bukanlah Tuhan untuk menghakimi niat seseorang itu dalam urusan amal ibadat masing-masing. Apakah pembikin karya itu benar-benar mahu dakwah atau filem Islam mahu dijadikan bahan keuntungan, maka kita perlu berlepas diri daripadanya.

Yang boleh dipertikaikan adalah ciri, unsur luaran yang nampak jelas di penglihatan kita. Jikalau ditinjau kepada perlakuan serta jalan cerita yang tidak selari dengan kehendak Islam, maka ruang untuk membuat teguran itu akan selalu ada. 

Antara kritik serta teguran yang kerap berlegar adalah hal sentuhan tangan antara pelakon wanita dan lelaki di dalam filem, drama berkenaan termasuk hal penutupan aurat. Nampaknya semua ini sedang berada dalam alam fikiran sutradara kita pada hari ini. 

Kebanyakan sutradara sudah seakan-akan tahu bahawa filem Islam itu pasti melibatkan larangan ke atas pembukaan aurat dan pasti juga perihal sentuhan tangan antara lelaki dan wanita amatlah dititikberatkan. ‘Undang-undang tak tertulis’ ini wujud tercetus hasil pergolakan masyarakat.

Tiba-tiba, di celah-celah keghairahan itu, ada pula sedikit kesilapan berlaku dalam drama Sahara. Maka, berombaklah buat sementara badai kritikan orang berhubung drama tersebut. Oleh kerana saya belum mengikutinya dengan betul-betul lurus dan mendalam, maka sulit dibuat pengesahan.

Bagaimanapun, yang sampai di pendengaran kita adalah babak-babak yang tidak menyenangkan seperti hal sentuhan tangan yang terhitung sebagai babak yang tidak sesuai dipertontonkan. Lalu, ada pihak yang menyifatkan babak itu sebagai sesuatu sikap yang menghina Islam. 

Menurut hemat saya, apa yang kerap terjadi mutakhir ini adalah sikap keliru ke atas agama Islam itu sendiri. Kekeliruan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila, tidak cuma dalam drama sahaja. Kejahilan boleh terjadi lewat beberapa babak dalam novel Islami di tangan seorang pengarang. 

Lalu, hal kekeliruan pelakon dan pengarah drama Islam itu dianggap sebagai sesuatu yang sudah hina Islam pula. Jadi kita perlu jelas dalam hal ini. Apakah bezanya antara ‘keliru’ dan ‘hina’. Di dalam sebuah filem arahan Sam Bacile memang ada babak yang menghina Rasulullah s.a.w. 

Babak itu dipertontonkan dengan niat yang jelas, iaitu untuk menghina sosok keperibadian rasul, sekali gus menghina Islam. Sudah pasti mereka ini, pada awalnya keliru ke atas Islam juga. Oleh kerana kekeliruan itu, mereka juga terdorong menghina pula dengan babak-babak kelucahan. 

Sedangkan dalam babak-babak yang disutradarai pembikin filem, drama kita, hal demikian tidak pernah wujud. Apa yang berlaku seperti hal sentuhan tangan dan tidak menutup aurat adalah satu lumrah yang pernah terjadi di sekeliling kita pada hari ini. 

Pelakon dan pengarah mungkin juga pernah bersentuhan tangan, lalu kebiasaan itu terbawa-bawa di dalam filem, drama. Mereka ini mungkin sudah menonton Ayat-Ayat Cinta dari Indonesia lalu dengan mudah menyangka bahawa Islam itu terbatas kepada niqab dan jilbab sahaja. 

Dalam Ayat-Ayat Cinta juga ada sedikit ditonjolkan babak bercium antara suami isteri. Jadi, hal yang sedemikian mungkin menjadi bahan rujukan pengkarya kita pada hari ini. Ini adalah keliru yang masih boleh diselamatkan. Mereka ini tiada niat menghina Islam seperti Sam Bacile itu. 

Setelah kita lama mencemuh pembikin karya filem dan drama Islami ini, maka rasanya perlu ada juga semacam suatu sidang muhasabah bagi memperbaiki mutu karya hingga wujud peningkatan baru di dalam filem dan drama Islam pada masa akan datang. 

Arakian, Akademi P Ramlee (Akademi Jalan Ampas) menyeru penonton, pengulas filem, drama supaya menyokong usaha kami dalam menemukan pelakon pengarah dalam ‘sidang muhasabah karya Islam’ yang bakal diadakan pada zaman penggulingan Najib Razak di Putrajaya kali ini.

Friday, February 08, 2013

Asbabun Nuzul, Wurud adalah 'pengakuan penyair'?


Oleh H FANSURI

Dalam bualan bersama teman-teman penulis, kerap terlambung kata-kata berhubung ‘pengakuan penyair’. Apakah makna pengakuan penyair? Dan atas tujuan apakah ia dimaklumkan?

Mungkin ada banyak tafsiran jua. Untung benarlah belum ada orang yang menafsirkannya secara rasmi. Jadi, ruangan ini bebas mentakrifkannya dan berbahas mengenai tujuan-tujuannya.

Awal-awal penglibatan dalam dunia kepenyairan sekitar 2007, saya bertembung kata ‘pengakuan penyair’ ini di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia dalam acara Mastera.

“Lepas ni kena adalah pengakuan penyair,” demikian gurau teman-teman penyair dalam bergelak ketawa selepas bertembung beberapa kisah melucukan. Hal-hal itu ada yang bersifat rahsia juga.

Acara itu menghimpunkan barisan penyair dari Nusantara termasuklah paling ramai – Indonesia. Pesertanya ramai gadis-gadis siswi dan muda-muda belaka. Darah muda sentiasa mengajak kami bersuai kenal dengan beberapa keindahan Samarinda yang merebakkan ‘unsur kegatalan’ di jiwa.

Maka, sejak ada saling pandang-memandang, maka terungkaplah antaranya hal yang dinamakan sebagai ‘pengakuan penyair’ itu. Inilah satu tafsiran yang hinggap tertangkap di benak fikiran.

Biar apa pun tafsiran dan kecenderungan orang menafsirkan ‘pengakuan penyair’, namun kepada saya, hal yang penting di sini adalah usaha mendekatkan tafsiran ‘pengakuan penyair’ itu kepada tradisi ilmu Islam yang disebut  Asbabun Nuzul (al-Quran) dan Asbabul Wurud (hadis).

Asbabun Nuzul ini adalah ruang untuk para sahabat menceritakan pengalaman mereka berdepan sendiri dengan ketika di mana Rasulullah s.a.w dikunjungi wahyu. Ada kisah melatari peristiwa turunnya wahyu. Dan Asbabul Wurud meriwayatkan peristiwa bagaimana sabda nabi diluahkan.

Semua ini penting sebagai panduan kepada kita untuk memahami dalam konteks apakah surah-surah, ayat-ayat dan sabda-sabda nabi itu disebutkan. Kita tidak boleh mengenakan semua jenis ayat al-Quran ke atas setiap permasalahan yang timbul.

Saya sering tertanya-tanya tentang sajak-sajak Usman Awang yang baik dihadam – dalam waktu dan ketika bagaimana Usman menukang puisi dan menggubah karangan sajaknya itu. Mesti ada sesuatu peristiwa yang melatari kejadian yang menyebabkan puisi itu ditimbulkan.

Tanpa memahami erti semua ini maka sajak itu akan kehilangan ruh, makna dan tujuan ia ditulis, walhal kita semua sedar, bahawa setiap hidup serta setiap nafas itu ada tujuan. Tanpa memahami makna dan tujuan, puisi itu seolah-olah tidak hidup dan tiada bernyawa.

Mungkin sebab inikah puisi telah mula kehilangan ruh dan tidak menyalakan api fikiran bangsa? Misalnya, bagaimana kita ingin tahu - kritik ‘seni’ di bawah ini diangkat daripada peristiwa apa?

"Semalam kulihat sebuah tari
dada montok berlenggok, gila mencari
nafsu jalang dan mata penuh berani,
dengan muzik nada liar memuncak tinggi.

Mata penonton berkisar melebar,
paha putih dalam nafsu menjalar.

Segala terbuka dan segala mendamba,
dan berahi mematuk-matuk pada diri, meminta.

Itulah lagu dengan tari pada malam panjang,
senantiasa berulang pada zaman gila perang;
sedang esok segala hati dan tulisan memuji,
inilah 'seni', hasil gemilang 'seniman' sejati!"

[Lagu dan Tari, Usman Awang, 1954]


Puisi Sasterawan Negara menjadi asas, ukuran dan panduan untuk membina ‘sejarah’ negara. Di sini, setidak-tidaknya ada andaian, mungkin Usman melihatnya di Happy World Singapura.

Bagi sesetengah penyair, ia mungkin diangkat sebagai pengakuan penyair jika penyair zaman itu memujinya. Tapi jika penyair mengutuknya ia boleh diangkat sebagai ‘Asbabun Nuzul’ pula.

Dan, jika ada penyair ke Putrajaya yang melihat mengalirnya duit rakyat RM2 juta untuk artis K-Pop, ia mungkin jadi ‘pengakuan penyair’ jika penyair itu hanya ghairah memuji keindahan yang terbentang di depan matanya. Kita sendiri boleh menyedari, apakah ada jahiliah dalam diri kita. 

Tuesday, February 05, 2013

Satukan penyair Malaysia-Palestin bukan Hamas-Fatah


Satukan penyair Malaysia-Palestin bukan Hamas-Fatah

Oleh H FANSURI

“…Our cups of coffee. Birds green trees
in the blue shade, the sun gambols from one wall
to another like a gazelle
the water in the clouds has the unlimited shape of what is left to us
of the sky. And other things of suspended memories
reveal that this morning is powerful and splendid,
and that we are the guests of eternity…”

- Mahmoud Darwish 

Mahmoud Darwish (lahir 1942 di Al-Birweh, Palestin) lahir dalam keluar Sunni Muslim. Ketika Israel tertegak pada 1948, desanya digempur dan keluarganya lari ke Lubnan. Mereka kembali setahun berikutnya dan secara rahsia memasuki Israel semula. 

Darwish ditahan di rumahnya, lantaran kegiatan politiknya dan kerana kelantangannya membaca puisinya secara terbuka. Beliau aktif Parti Komunis Israel sekitar 1960-an. Pada 1970-an, beliau ke Rusia kerana menyambung pelajaran di Universiti Moskow selama setahun sebelum ke Mesir. 

Selama 26 tahun, beliau hidup di rantauan antara Beirut dan Paris sehinggalah kepulangannya ke Palestin pada 1996 di mana beliau menetap di Ramallah di Tebing Barat. 

Darwish dilantik sebagai penyunting jurnal bulanan; PLO. Pada 1987 beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif PLO lalu meletak jawatan pada 1993 kerana membantah Perjanjian Oslo. Beliau kini ketua penyunting, pengasas jurnal Al-Karmel, terbitan Sakakini Centre sejak 1997.

Ke atas gerakan dan hasil karya Dawish ini, maka penyair Naomi Shihab Nye berkata, "Darwish adalah Jiwa Utama bagi rakyat Palestin, beliaulah saksi sebenar ke atas nasib kaum pelarian..."

Sementara itu, pemenang hadiah Pulitzer Prize for Fiction Amerika, Alice Walker melihat Zionis sebagai negara pengganas paling besar. Alice yang pernah sertai Freedom Flotilla 2 menyatakan bahawa Amerika memberi sejumlah wang besar kepada Israel bagi melakukan kehancuran.

Alice sedih kerana negaranya sendiri mendanai kehancuran ke atas Palestin dengan sumber cukai rakyatnya yang kemudian dijadikan senjata pemusnah oleh Zionis bagi melumatkan Palestin.

Ketika berada di Gaza selepas tamatnya perang, kata Alice beliau dapat melihat kehancuran telah wujud di mana-mana saja, di mana segala kerosakan beliau tidak melihatnya sebelum ini. 

Nampaknya, sekumpulan penyair luar negara sudah turun ke Gaza dan menyatu suara dan rasa di mana-mana. Suara kepenyairan negara, berpencak di pentas membariskan ‘wahyu’, ‘suhuf’ puisi. Ini bukan seratus peratus kesalahan mereka, tapi kesalahan Najib Razak juga. 

Najib Razak bukan tidak sedar sulitnya menyatukan Umno - PAS. Najib bukan tidak tahu kenapa sukarnya mencari titik pertemuan. Tindakan membawa Nasharuddin ke Gaza lalu digema semula kata ‘Unity Government’ ini, bagaikan senjata lama yang entah berapa bilah serampangnya. 

Di dunia luar, penyair Alice Walker, boleh menyatakan bantahannya dan maju bersama-sama ke Palestin kerana marahkan negaranya sendiri. Najib Razak tidak perlu heret agamawan lagi sebab ‘fatwa’ agama mutakhir ini cenderung banyak memudaratkan cara berfikir umat. 

Ada agamawan yang marahkan doa rakyat ke atas pemimpin zalim, tapi sejak bernikah di selatan Thai, beliau mendoakan kejahatan terhadap orang. Ringkasnya ‘fatwa’ agamawan patut dikurang dan cuba manfaatkan penyair untuk satukan Melayu - Palestin dan bukan satukan Hamas - Fatah. 

Kini, masanya sudah tiba untuk membina sebuah perkampungan Melayu di Gaza, Palestin dan di sana harus ditempatkan penyair yang boleh bersatu dengan penyair Palestin bertujuan merancang beberapa pelan tindakan yang kencang ‘pada’ dan ‘selepas’ zaman-zaman penggulingan kali ini.

Monday, February 04, 2013

Felda tidak berkat di bawah Isa Samad?

Oleh RUHI HAYATI THANI 

Segala pekerjaan yang tiada kaitan dengan keberkatan, maka lazimnya akan berakhir dengan derita dan kesengsaraan juga akhirnya. Keberkatan dalam kepemimpinan sangat penting. Tanpa keberkatan, maka segala amalan pasti tidak menjadi. 

Hari ini, rakyat dapat menyaksikan betapa sentuhan Umno adalah sentuhan kecundang. Sentuhan mereka menatijahkan keruntuhan atas masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan penganut agama apa pun. 

Ambil contoh Felda. Ketika Saham Felda merudum semua perkara ini ada kaitan dengan tiadanya keberkatan dalam kepemimpinan. Sikap Umno dan BN yang tidak jujur dan suka menipu umat, akan mengurangi keberkatan dalam kepemimpinan itu sendiri. 

Adakah kerana watak pemimpin seperti Isa Samad, Ahmad Maslan antara punca semua kemelut ini? Boleh jadi juga. Boleh jadi mereka menipu dan tidak jujur berkata-kata juga.  

Sejak dahulu, FGVH sebelum disenaraikan di bursa saham, ia punya tanah puluhan ribu hektar di Indonesia. Ia anak syarikat pelaburan baru Felda yang bergerak sejak lima tahun belakangan ini dan dibenarkan melabur di luar negara; Amerika, Kanada dan China. 

Tetapi, ia menjunam dan merosot dengan teruknya. Terbaru, ketika mengulas kejatuhan saham ini, Ahmad Maslan menyatakan bahawa ia berpunca daripada fitnah pembangkang. Hal ini mengingatkan kita kepada sikap helah Umno yang tidak mengakui kelemahan diri. 

Misalnya, Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Umno lemah kerana kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan tidak melihat salah sendiri. Dr Mahathir juga salahkan Tunku Abdul Rahman apabila terdedah skandal pemberian kad pengenalan. Ringkasnya, salah di pihak Umno sendiri seolah-olahnya memang tiada. 

Sekali lagi sikap tidak jujur, tidak amanah dan tabiat menipu inilah yang menjadikannya tiada berkat dalam pekerjaan. Wujud kerugian dan sulit mendapatkan keuntungan kerana sudah banyak penyelewengan yang tidak diperbetulkan. 

Kita boleh melihat bagaimana keberkatan itu boleh dicabut. Iaitu apabila mula-mula Isa Samad dinaikkan sebagai pimpinan syarikat itu. Berita ini memang tidak menggembirakan ramai pihak. Sudah tidak ada lagikah calon-calon yang lebih layak dibanding beliau?

Lalu, keberkatan pun hilang oleh tangan-tangan kejahatan. Kita dapat melihat, apabila pelaburan luar negara beroperasi, maka dalam beberapa tahun berikutnya kerugian FGVH sudah mencecah RM500 juta. Sekali lagi, bukankah keberkatan menatijahkan peningkatan?

Hal kerugian ratusan juta itu dibangkitkan Anwar Ibrahim di Parlimen dan diakui oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan. Tetapi, hal keberkatan tidak  diselidik langsung oleh Umno. Ilmuwan Wahabi Muda juga tidak bercakap hal keberkatan. 

Perkara yang aneh kini berlaku apabila manusia yang bermasalah telah diberi amanah dan kepercayaan yang berulang-ulang setelah dibukti kegagalan mereka berulangkali. Apa kita sudah ketandusan pegawai yang mahir dengan selok-belok urusniaga ini semua?

Rakyat tertanya-tanya, kenapa kerajaan masih berikan kepercayaan untuk senaraikan lagi syarikat yang bermasalah itu ke bursa saham? Hari ini dan entah untuk beberapa hari lagi, kita dapat menyaksikan penderhakaan Najib Razak kepada ayahandanya sendiri.

Hari demi hari, rakyat sedang melihat dasar pengkhianatan Najib Razak dan Isa Samad di depan mata. Mereka akan tertanya-tanya kenapa peluang diberi lagi ke atas syarikat itu menyedut kekayaan syarikat lain di dalam Felda itu yang sudah pun maju?

Kenapa kerajaan masih lagi memilih FGVH setelah ia telah gagal? Peneroka Felda akan tertanya, kenapa Felda Platation dan KPF menjadi mangsa untuk penyenaraian itu. Lama-kelamaan mereka lupa bertanya, "Adakah kurangnya keberkatan itu gara-gara Isa Samad?"

Najib perlu bina kampung Melayu Palestin


Oleh IBNUAMIR AL-PENDANGI

Kehadiran Najib Razak di bumi Gaza, Palestin adalah ketika kedamaian sudah kembali bertapak. Umat sudah semakin reda kemarahannya. Tiada lagi peperangan ketika Najib dan Rosmah tiba. 

Jadi, pemergian beliau itu tidak diiringi tembakan dan desingan peluru yang dimuntahkan keluar daripada mulut mesingan dan ketibaan mereka tidak disambut senapang-senapang Yahudi Israel. 

Jika keselamatan Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak dipelihara, rugilah Malaysia belanjakan puluhan juta kepada penasihat Apco Israel selama ini. Jadi Najib Razak sudah pastilah tidak akan dibunuh kerana dasar beliau yang memihak kepada Israel secara diam-diam itu. 

Ini sebabnya dan rahsia kenapa Najib Razak dan isterinya boleh tiba ke Palestin dengan sejahtera dan aman tanpa hadir apa-apa kekecohan. Sejarah membuktikan, Yahudi akan membunuh musuh dan seterunya secara curi-curi. Syeikh Ahmad Yassin antara mangsa Yahudi juga. 

Usaha membunuh musuh-musuh Yahudi memang ada. Hanya kehendak Allah yang menentukan sama ada perancangan Yahudi untuk membunuh musuhnya berjaya atau tidak. Hitler antara yang ingin dibunuh Yahudi dan Fidel Castro juga lapan kali cuba dibunuh. Tapi percubaan itu gagal.

Napoleon Bonaparte dan Hitler antara pemimpin Eropah Barat yang sentiasa dicemuh Yahudi di dalam wayang gambar dan ini membuktikan bahawa mereka ini banyak berdendam terhadap dua watak ini. Tetapi, tidak sedikit pun kecaman Israel tersiar mengutuk Najib Razak selama ini. 

Maka, lawatan ziarah Najib Razak ke Palestin itu bukanlah satu hal yang menyebabkan Najib itu layak dihormati. Ini kerana, sesiapa pun boleh ke sana jika punya wang dan kuasa seperti Najib. 

Yahudi boleh menghidu gerakan untuk mengancam Israel. Maka selagi mana kehadiran Najib itu tidak mengutuk Israel dan Yahudi di Palestin, maka keselamatan Najib Razak akan terpelihara. 

Malah, kalau Najib Razak ingin mengutuk Yahudi dan Israel itu pun berkemungkinan besar skrip ucapan beliau itu telah disemak oleh Apco sebelum meluluskannya keluar di media. Jadi wayang kulit sandiwara ini pun semestinya memang wujud antara mereka. 

Sejarah membuktikan, hanya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sahaja yang pernah dikutuk Yahudi antarabangsa sebagai anti-Semitik. Hal ini terjadi, kerana Dr Mahathir menuduh Yahudi menguasai dunia melalui proksi. Hanya kerana ini, maka Dr Mahathir dicemuh Yahudi.

Namun, Najib Razak belumlah pernah didakwa sebagai musuh Yahudi oleh media antarabangsa. Tiada media yang pernah bangkit mengecam Najib Razak sepertimana dikecamnya Dr Mahathir. Ini bukti bahawa Najib tiada masalah dengan Israel dan Israel tiada masalah juga dengan Najib. 

Mungkin selepas ini, Najib Razak perlu mencari sokongan rakyat dengan berpura-pura menjadi wira Palestin dengan mencemuh Yahudi melalui perkenan Apco. Cara ini belum lagi dirancang. 

Tapi ia mungkin perlu kalau Najib Razak ingin memulihkan wataknya yang tercalar oleh skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebelum ini. Apakah strategi ini berkesan menjelang PRU?

Entahlah. Jika Apco terfikir strategi ini, maka selepas ini Najib hanya perlu menunjukkan sedikit sikap penentangannya kepada Yahudi – Israel dengan bantuan teks ucapan yang disediakan Apco juga. Mungkin Apco, Yahudi Israel perlu berkorban juga bagi memulihkan watak Najib Razak.

Hal ini kerana umat mengetahui bahawa cuma Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sahaja yang telah dikecam hebat Yahudi. Anwar dikecam pelobi Yahudi antarabangsa - B’nai B’rith. Ini faktanya dan ini sejarahnya. Walhal, ketika ini pun, Najib Razak belum pernah dikecam Yahudi. 

Maka, syarat menjadi wira Palestin adalah Najib Razak mestilah dikecam Yahudi terlebih dahulu sama ada melalui perbuatannya dan tindakannya yang jelas memihak umat Islam di Palestin. Jika tidak, umat melihat kunjungan ziarahnya di Gaza kali ini hanyalah satu sandiwara Apco sahaja. 

Alang-alang Najib Razak sudah rapat dengan Ismail Haniyeh, apa kata beliau cuba berbisik-bisik di telinga tokoh Hamas itu, “Juallah sebidang tanah Gaza untuk Melayu, agar dapat dibangunkan kampung di sini, agar orang Malaysia boleh beriktikaf di Masjid al-Aqsa pada suatu hari nanti.”

Najib mencari pengaruh di Palestin?


Oleh BOESTAMAM SARI

“Itulah Negeri Akhirat, Kami berikan kepada mereka yang tidak inginkan ketinggian di bumi dan mereka tidak membuat kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertaqwa.” (al-Qasas: 83)

Hari ini, sulit benar hendak mencari pemimpin tulin yang akan berjuang demi rakyat, Allah serta ‘darul akhirah’ (negeri akhirat). Dua syarat bagi mendapat darul akhirah itu adalah, mereka mesti mengosongkan jiwanya daripada inginkan habuan dunia, pangkat, gelar dan kedudukan tinggi.

Namun, jika mereka diberi gelaran itu, maka hal itu diharuskan bagi untuk mengambilnya. Yang menyebabkan mereka terhalang mendapat Darul Akhirat itu adalah kerana keghairahan memburu nama dan kedudukan itu yang mana sikap itu bermuara daripada keangkuhan dan ketakburan.

Ketakburan dan kesombongan inilah sikap yang tidak disukai oleh Allah s.w.t. Kedua sikap tidak suka membuat kerosakan di atas muka bumi ini. Maka ke atas mereka yang suka menyalakan api permusuhan, suka berperang dan menabur fitnah, darul akhirah itu bukanlah tempat bagi mereka. 

Dua hal ini dihimpun di dalam diri seorang Najib Razak dan sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jejak langkahnya. Mencari pengaruh itu boleh saja melalui cara baik seperti melawat Palestin.

Dan, semua ini dilakukan menjelang pilihan raya umum yang makin dekat. Najib Razak perlulah mendandan hias wataknya sebagai juara pembela rakyat Palestin walaupun orang Umno BN kini menobatnya sebagai pembela ummah pula. Demikian cara mencari pengaruh demi pilihan raya. 

Jika betul Najib Razak pergi ke Palestin secara ikhlas dan tidak bertujuan mendapatkan pengaruh di dunia ini menjelang pilihan raya, maka nescaya dia sulit juga mendapat habuan ‘darul akhirah’ kerana ada ciri kedua yang tidak melayakkannya ke sana, iaitu sikap suka ‘kerosakan’ (al-Fasad).

Seperti yang dibahaskan di dalam surah al-Qasas ayat 83 seseorang itu perlu mengosongkan jiwa daripada keinginan mendapatkan pengaruh dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini. 

Maka, seandainya Najib Razak jujur dan ikhlas ke Gaza, Palestin untuk kerja-kerja kemanusiaan, Najib Razak masih tidak lulus ujian kedua, iaitu menahan dirinya daripada melakukan kerosakan di bumi. Menjelang pilihan raya, Najib mungkin menjalankan fitnah ke atas Pakatan Rakyat. 

Maka gugur satu ciri yang melayakkan beliau mendapatkan habuannya di Darul Akhirah itu. Hal yang perlu dipelajari oleh Umno BN hari ini adalah - syaitan pun boleh membuat kebaikan untuk tipu manusia. Barshisha seorang ulama’ Bani Israel pernah ditipu syaitan yang berbuat kebaikan.

Syaitan bersolat tanpa rehat, tanpa berhenti minum, tanpa tidur bila menumpang di rumah ulama’ itu. Lalu, dengan amal baik syaitan itulah Barshisha berhasil ditipu serta dijerat untuk melakukan dosa yang dimulai dengan minum arak, memperkosa dan akhirnya membunuh!

Hal inilah yang mesti difahami oleh sekalian rakyat. Sentiasalah berhati-hati dan menyemak lagi dan lagi ke atas amalan-amalan baik syaitan yang dikenali pada hari ini. 

Mungkinkah Apco Israel telah pun menyuntik maklumat kepada pihak Israel berkaitan kehadiran Najib Razak di Palestin sebelum ini? Lalu, beliau pun dapatlah pergi dan balik dengan selamat? Ini pun andaian yang perlu diambil kira. Kenapa dengan tiba-tiba Najib berbaik dengan Hamas?

Mungkinkah ini juga suatu strategi yang mengelabui fikiran ramai orang, khasnya orang Islam di Malaysia agar kembali melihat watak Najib Razak itu sebagai wira pembela agama? 

Bukankah Apco Israel juru perunding imej bagi Najib Razak? Terkadang, menjelang pilihan raya ini hatta Apco sekali pun perlu mengubah watak Najib Razak sebagai pembela agama. Semua ini perlu bagi memastikan kemenangan Yahudi dan Israel untuk jangka masa panjang. 

Dan khabarnya, Najib Razak dalam lawatannya ke Palestin, sudah mendapat anugerah gelar serta meraih kehormatan juga. Rakyat menuntut jawapan ke atas Najib ke atas setiap lawatannya itu.

Sampai ke tahap manakah Najib Razak boleh dianggap sebagai wira Palestin? Iaitulah jika Najib sendiri dapat mengusulkan supaya diwujudkan sebuah perkampungan Melayu Palestin untuk meletakkan tentera Melayu di sana. Tentera Melayu inilah yang akan berjuang membebaskan Palestin ini nanti. Ini baru benar-benar wira!

Friday, February 01, 2013

Asabiyah dan Gagasan Pengislaman Kebudayaan


Oleh H FANSURI

Ketika burdah, berzanji dan marhaban mula memasuki ke ruang daerah Alam Melayu, bangsa ini cuma terbatas kegiatannya dengan menyanyi-nyanyi dan menyebut nama nabi dengan berselawat kepadanya. Ada sesuatu yang lebih berat daripada itu selepas pengislaman Alam Melayu.


Iaitu usaha menyingkir habis kezaliman ke dalam jiwa kita sendiri. Itulah iman dan Islam penuh, total, lengkap dan sempurna. Baginda Rasulullulah s.a.w pernah bersabda:-

“Bukan dalam kalangan kami (laisa minna) yang menyeru ke arah Asabiyah, dan bukan kalangan kami yang berjuang dan mati kerana menegakkan Asabiyah.


Lalu, para sahabat pun bertanya, “Apakah Asabiyah itu ya Rasulullah?”

Nabi bersabda, “Asabiyah adalah menolong kaummu atas dasar kezaliman. (Muttafaqun ‘alaih).

Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang zalim termasuklah masyarakat Muslimin itu sendiri. Paling rendah adalah hal kezaliman yang turut dikenakan terhadap diri sendiri. Kita mengangkat penguasa yang zalim dengan undi kita misalnya, adalah contoh menzalimi diri kita sendiri.

Akibatnya, kezaliman sudah mula mengakar dan membudaya dalam masyarakat. Maka, ruangan seni dan budaya itu sebenarnya tidak boleh dibataskan hanya dengan kegiatan kebudayaan, puisi, pesta-pestaan dan tarian sahaja, tapi turut melibatkan gerakan berfikir di peringkat dalaman juga.

Misalnya, jika disebut Budaya Ilmu, adakah tergambar di dalam benak fikiran kita mengenai satu gerak tari zapin dan acara deklamasi puisi? Mungkin acara seminar, bengkel, kolokium dan acara himpunan untuk mencegah kezaliman BN juga terangkum dalam sebaris kata Budaya Ilmu itu.

Jadi, budaya dan kebudayaan tidaklah boleh disempitkan dengan kegiatan yang selama ini dilihat sebagai acara yang dimonopoli anak-anak seni sahaja seperti pementasan teater dan lain-lainnya.

Oleh yang demikian, kesemua kita terlibat dalam usaha menerbitkan budaya yang sihat. Dan hal pembentukan budaya yang sihat itu melibatkan kepenggunaan bahasa yang baik. Kerana, bahasa yang baik akan membentuk akhlak dan sikap yang baik juga tentunya.

Hal inilah yang diperingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri, “Hanyasanya aku diutuskan bertujuan menyempurnakan akhlak.”

Rakyat juga harus faham bahawa pengislaman kebudayaan yang rosak hari ini berpunca daripada kesedaran rakyat sendiri bahawa ‘kebudayaan kezaliman’ telah menular dengan begitu hebatnya.

Kezaliman (asabiyah) pun menjadi kebudayaan dan sesuatu yang dianggap sah dan tidak apa jika diri mereka dizalimi. Jadi, cara mengislamkan kebudayaan kezaliman ini adalah dengan cara kita menyalakan sumbu pengetahuan di dalam bidang kesenian.

Hal ini kerana, masyarakat terdedah kepada lagu, drama, televisyen setiap hari. Kita juga perlu memberi perhatian ke atas burdah, berzanji dan marhaban yang juga sebahagian daripada acara kebudayaan Melayu Islam yang terawal. Agak aneh jika diperhatikan betapa acara ini terpinggir.

Malahan agak aneh jika ditinjau betapa Dikir Barat boleh dinyanyikan di stesen penyiaran, tetapi acara burdah, marhaban dan berzanji ini tidak dihidupkan di televisyen kerajaan; RTM.

Kita wajar bertanya, “Sudah terhentikah Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam?”

Kalau Dikir Barat boleh dimasukkan sekitar seminit dua, lalu apakah yang menghalang kerajaan daripada menyiarkan acara berzanji, burdah dan marhaban ini?

 Lagi pula, bacaan selawat, burdah, berzanji dan marhaban ini dapat menghidupkan nafas agama, dapat menyalakan rasa kasih dan menyuburkan kecintaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w.

Di pusat-pusat pengajian tinggi pula misalnya, kita boleh menjadikan acara burdah, berzanji serta marhaban ini sebagai kokurikulum selain latihan gamelan. Kita tertanya juga, adakah berzanji, burdah, marhaban ini sudah menjadi bahan kuliah di fakulti pengajian Melayu?

Demikianlah masih banyak persoalan yang belum disingkap. Jika kita boleh membawa semua ini ke ruang IPT, maka kezaliman Asabiyah yang merebak bagai budaya itu dapatlah ditumbangkan. Sekali lagi, pengislaman kebudayaan bermatlamat penolakan ke atas kezaliman dan penindasan. 

Tuesday, January 29, 2013

'Haiwan bermasalah' dalam sastera dan persuratan

Oleh H FANSURI

Aesop adalah nama seorang tukang cerita pada zaman Greek. Ceritanya yang termasyhur adalah kisah seekor serigala yang mengidam anggur yang tergantung tinggi di sebuah pokok. Akhirnya, serigala itu mengalah kerana tidak berhasil mendapatkan buah anggur tersebut.

Kata Aesop, serigala itu berkata, “Ah! Anggur itu masam! Tidak dapat pun tidak apa!”

Aesop merumuskan bahawa – seseorang itu akan mencemuh sesuatu yang tidak berjaya mereka mendapatinya. Serigala itu mencemuh anggur lantaran haiwan itu ada masalah untuk mengambil anggur tersebut. Jika serigala itu berhasil mendapatkannya, maka rungutan itu tidak wujud lagi.

Seorang pencerita adalah juga seorang ahli falsafah. Dan, Alam Melayu melahirkan banyak lagi failasuf yang tidak dinamakan dalam sejarahnya. Nenek moyang kita handal bercerita mengenai kisah sang kancil yang menipu buaya ganas pada zaman Raja Sulaiman.

Demikianlah peranan failasuf Melayu dahulukala menyalakan api penderahan kepada anak-anak mereka agar moral kisah itu akan menyalakan semangat juang mereka bagi melawan pihak yang lebih besar dan gagah. Tetapi, kita sering memandang rendah terhadap cerita-cerita itu.

Maka teknik penceritaan lisan pada zaman lalu yang merujuk hubungan haiwan dengan manusia amat baik diamalkan hari ini. Aesop memulakan kisah seekor serigala yang bermasalah terhadap anggur yang sedang ranum dan failasuf Melayu berkisah darihal sang kancil menipu buaya untuk makan buah-buahan di seberang sungai yang dipenuhi buaya-buaya ganas.

Serigala dalam kisah Aesop itu tumpas dan ditewaskan semangatnya sedangkan failasuf Melayu itu menyalakan api harapan agar terus berjuang mendapatkan kejayaan walau kita keras ditindas oleh orang-orang yang selalu mahu membinasakan kita.

Kaum ibu bapa hari ini jangan memandang rendah terhadap keupayaan cerita haiwan yang boleh menyalakan iltizam anak-anak bagi mengguling penindasan di Putrajaya. Kancil yang tersesat di Putrajaya boleh mengguling dinasour di Seri Perdana juga jikalau kita aktif dan kreatif bercerita.

Kebanyakan haiwan ini menemui masalahnya dalam kehidupan dan sudah tentu kisah-kisah akan berlabuh dan kemudian akan berlayar terus di dalam fikiran manusia sepanjang zaman.

Sesungguhnya, kisah-kisah tentang haiwan ini tidak pernah mati. Ia akan terus hidup. Bagaimana Allah s.w.t bercerita mengenai haiwan-haiwan ini di dalam al-Quran? Ada banyak juga kisah itu. Tapi kita jangan terikat dengan judul, ‘haiwan bermasalah’ seperti yang diangkat Syarifah Zohra.

Nanti kita sulit menemukan kebenaran jika terlalu mengikut arus kemarahan kita. Bagaimanapun ucapan bersejarah; ‘Listen! Listen! Listen!’ itu menyebabkan semua mendapat iktibar yang baru.

Dalam tulisan ringkas ini, kita mula menyemak al-Quran sebagai sastera persuratan unggul untuk menyemak kaitan haiwan bermasalah di dunia hari ini. Ucapan ‘Listen! Listen! Listen!’ itu boleh jadi sebab agar kita kembali menyelak sastera persuratan al-Quran berkaitan haiwan bermasalah.

Sejak era Nabi Adam a.s maka kambing boleh dikatakan ‘bermasalah’ lantaran buat pertama kali ternakan kambing Habil diterima Allah. Masa berlalu dan lembu betina pula ‘bermasalah’ kerana disembelih sebagai cara menghakimi kes pembunuhan terbesar dalam sejarah Bani Israel.

Perkara ini diabadikan dalam al-Quran dan lembu betina itu diangkat sebagai nama sebuah surah. Kita juga melihat gajah-gajah sebagai haiwan ‘bermasalah’ kerana Raja Abrahah telah membawa tentera bergajahnya menyerang Kaabah lalu serangan itu dipatahkan burung Ababil.

Yang amat sadis dan menyedihkan barangkali peristiwa pembunuhan unta Nabi Saleh a.s sebagai haiwan bermasalah yang sudah dibunuh oleh kaum Arab purba yang ingkar ke atas Allah s.w.t.

Lagu ‘Bangau Oh Bangau’ menderetkan sekitar lima ekor haiwan yang bermasalah dalam fikiran bangsa Melayu – bangau, ikan, lembu, katak dan ular. Akhirnya, ular membuat perisytiharan, hal katak sebagai makanannya bukanlah masalahnya kerana memang tertulis katak itu makanannya.

Tetapi pencetus perbahasan mengenai haiwan bermasalah ini tidak tulen Melayu, malah berdarah campuran jua adanya. Buktinya, beliau sendiri tidak tahu apakah nama ikan ‘jaws’ dalam bahasa Melayu. Ini antara bukti bahawa para penyokong dan ahli Umno itu bukannya tulen Melayu!

Friday, January 25, 2013

Ke arah pengislaman bahasa dan sastera

Ke arah pengislaman bahasa dan sastera

Oleh H FANSURI

"Yang membaca kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah." (Ali Imran, ayat 164).

Apabila menghadiri kuliah Wise di Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 'hari revolusi' tanggal 12 Januari lalu, ada suatu fikiran yang menjalar di fikiran ini, iaitu al-Quran mengislamkan bahasa Melayu, termasuklah mengislamkan bahasa Arab itu sendiri.

Hal ini menjadikan bahasa Melayu mencapai tahap kedudukannya sebagai bahasa Islam yang kedua selepas bahasa Arab. Hal pengislaman bahasa ini juga menyebabkan sabda rasul sudah menjadi berbeza dibanding bahasa Arab masyarakat kala itu.

Lalu, demikianlah nabi sebagai ‘guru sastera dan persuratan al-Quran’ mengajarkan sahabat akan isi ajaran al-Kitab dan hikmah pusaka kenabian. Dan beransur-ansur, bahasa mengubah manusia.

Sejak sastera dan sejarah diajar kepada kita sepanjang Dr Mahathir Mohamad mentadbir, ia telah membosankan sehingga dianggap tidak berkaitan dengan kehidupan. Terkadang ia dipinggir jauh daripada kehidupan manusia, padahal sejarah dan sastera itu nadi yang membentuk kemanusiaan.

Sebuah filem yang baik ditelaah selalu adalah Dead Poets Society yang menunjukkan bagaimana Encik Keating mengajar sastera sehingga ia menjadi hidup, bernyawa dan menyala-nyala.

"Koyaklah buku itu... Ia bukan Bible. Anda tidak akan ke neraka kerana hal ini," berkata Keating ketika menganjurkan pemberontakan ke atas buku-buku puisi yang dipelajari murid-muridnya.

"Di dalam kelas saya anda akan belajar untuk diri sendiri. Anda belajar menikmati perkataan dan bahasa. Tak kira apa dan sesiapa pun memberitahu anda, percayalah perkataan dan idea itu boleh mengubah dunia," katanya lagi. Jadi bahasa itu penting untuk menukar watak keperibadian insan.

Guru sastera dan persuratan patut pengganti ‘nabi-nabi’ dan mewarisi perjuangan Rasul s.a.w. Di sini, kita tertanya-tanya, adakah sudah berlakunya gejala pembaratan dalam kegiatan persuratan?

Apakah seperti ilmu yang telah dibaratkan, maka sastera juga sudah menerima nasib yang sama? Guru sastera seperti Keating bukan nabi, tapi dia faham peranan sastera yang membentuk semula manusia yang sudah lama dilesukan dengan kefahaman beku dalam masyarakatnya sendiri.

"Kenapa saya berdiri di sini? Saya berdiri di atas meja ini untuk mengingatkan saya bahawa kita mesti sentiasa melihat segala perkara dalam cara berbeza...

“Hanya ketika anda berfikir, anda tahu sesuatu yang anda perlu melihatnya dalam cara yang lain walau ia mungkin kelihatan bodoh atau salah,” katanya yang mengajar mereka melihat kelainan. Keating ingin mereka mencari diri mereka sendiri dan tidak terikut dengan rentak dunia hari ini.

Agak saya, urusan memperbaharui cara berfikir guru-guru sastera di sekolah sangat penting hari ini. Guru sastera perlu ada kumpulan sajak nya dan dia akan mengajar mereka dengan semangat.

Kita (persatuan penulis) perlulah sesekali turun mengadakan dialog dan bengkel perbincangan ke atas guru-guru sastera ini dan menyemak apakah masalah yang telah mereka hadapi sebelum ini? Ajukan persoalan, “Kenapa sastera kita tidak mengubah watak manusia seperti sastera persuratan al-Quran telah mengubah dunia dan mencorak peta dunia?”

Pengislaman ilmu sastera adalah satu usaha yang berat. Kerja berfikir bukanlah mainan. Melatih murid berfikir dan menghasilkan kata-kata indah yang terkandung di dalamnya fikiran bertenaga, itu bukanlah tugas yang boleh diremehkan.

Hari ini dalam kalangan pelajar universiti cuma seorang dua siswa yang dicetak oleh pengalaman kehidupan luar kuliah. Bawani yang berhujah dengan Syarifah Zohra (UUM) adalah contoh hari ini. Selebihnya adalah golongan yang terdaya bertepuk, bertempik setelah diisyaratkan universiti.

"I don't mind that your poem had a simple theme. Sometimes some of the most beautiful poetry can be about simple things like a cat, or a flower or rain. You see poetry can come from anything with the stuff of revelation in it. Just don't let your poems be ordinary." Mr. Keating.

Mengasuh murid menggubah puisi adalah latihan supaya murid itu berfikir untuk menjadikannya manusia semula. ‘Pengislaman ilmu sastera’ yang telah dibaratkan sejak lama adalah suatu jihad. Mati kerananya itulah syahid! Ya persatuan penulis perlu banyakkan dialog dengan guru sastera.