Sunday, January 30, 2011

Cabaran menyeragamkan pendirian agama dalam pengharaman arak

Oleh H FANSURI

Saya kira, sudah ramailah orang yang bertembung dengan pemandangan ini - lelaki memakai pakaian t-shirt arak Carlsberg lalu bersolat Jumaat di sebuah masjid.

Suara azan masih dipertikai Non-Muslim

Oleh H FANSURI

Dari Abdullah bin Umar katanya: Ketika kaum Muslimin baru tiba di Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. 


Friday, January 28, 2011

Selepas Interlok dibakar, debat DKK dan PPSMI juga masih bergelora!

Oleh H FANSURI

Pada 16 Januari lalu, saya dijemput Persatuan Penulis Nasional (Pena) bagi membahas hal-ehwal yang terkait dengan permasalahan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 

Dalam simpang-siur sengketa antara kabilah nasionalis Universiti Malaya dan kabilah sosialis Universiti Kebangsaan Malaysia, hal sekolah satu aliran (Wawasan) masih juga tidak boleh diselesaikan.

"Apa jaminan bahawa, jika sekolah satu aliran ini dikembangkan, maka perpaduan akan tercapai?" tanya salah seorang daripada lulusan sosialis itu. Hal ini kemudiannya berkembang sebagai ombak pertikaian yang lebih luar biasa ketika seorang mahasiswa Cina UKM campurtangan dalam debat tersebut.

Demikianlah cerita suatu pagi di Rumah Pena dalam acara Dialog Orang Muda itu. Formula dan rumusan yang tercetak itu bukan wahyu ilahi dan sabda nabi, suhuf terkini yang boleh menerangkan dan mencerahkan sekali gus memutuskan kedudukan hukum-hakam yang lebih afdal buat kelompok itu.

Akhirnya, saya sekadar berpesan, "Bacalah Buku Jingga Pakatan Rakyat dan 'Buku Biru' Barisan Nasional dan undilah pihak mana yang terbaik untuk kita berikan mandat kepada mereka dalam urusan pendidikan negara."

Ya, itu bukan rumusan terbaik, wahyu Tuhan dan  sabda nabi. Tetapi jika masuk ke hutan mencari rotan, pesan orang tua budiman, maka tiada rotan yang dicari, maka akar pun jadi. 

Sekarang, marilah kita bicarakan suatu hal yang yang lama, tetapi tidak kalah pentingnya, iaitu syor meneruskan PPSMI dalam sistem pembelajaran sebagai suatu pilihan ('option').

Mansuh PPSMI bukan pilihan, Hari 152 mesti diingati semula
Pada 16 Januari lalu, tersiar laporan berita berjudul, 'Page To Submit Memorandum On PPSMI To Prime Minister'. Kumpulan The Parent Action Group for Education (Page) dikatakan akan menyerahkan memorandum kepada Najib Razak pada Rabu (19 Januari).

Antara isi memorandum tersebut - menyeru agar sekolah kebangsaan di negara ini diberi pilihan untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu.

Pengerusi Page Noor Azimah Abdul Rahim berkata, Page juga sedang mencari sokongan ibu bapa yang menyokong PPSMI untuk menjadikannya sebagai pilihan di sekolah-sekolah.

Dalam kenyataannya, beliau menyeru ibu bapa di Malaysia untuk mendaftar Page dan berharap semoga dengan penyertaan yang lebih ramai ini, hasrat kumpulan itu akan menjadi kenyataan.

Kali terakhir sejak kita dengar Muhyuddin Yassin berikrar akan memansuhkannya pada 2012, maka kita tentu teringat bahawa PPSMI itu akan digantikan dengan suatu dasar baharu, iaitu 'Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris' (MBMBI) pada 2011.

Maka, sebagai yang dijanjikan pada 16 Januari, badan itu benar-benar mencapai hasrat mereka menemui Najib Razak untuk menyerahkan memorandum itu. Bernama pada 19 Januari melaporkan bahawa Page mengulangi syor agar (PPSMI) dijadikan pilihan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Tambah Noor Azimah, Page berharap Najib Razak akan membawa resolusi persatuan itu untuk dibincang semula oleh kabinet kerana hal itu adalah untuk kebaikan kanak-kanak.

PPSMI, diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Alasan PPSMI diwujudkan ialah supaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam bidang sains dan matematik. Namun pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran sudah mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuatkuasa 2012 setelah rakyat bersuara di jalan raya bagi memansuhkan dasar tersebut.

Namun, suatu hal yang lebih afdal untuk kita renungkan bersama, kenapakah bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Menteri Pelajaran, kerajaan membenarkan sekolah aliran itu menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran dua subjek tersebut?

Mengakhiri ucapannya kepada pemberita, Noor Azimah berhujah bahawa keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam mata pelajaran Sains, Matematik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Jadi, sebenarnya apa yang difahami oleh orang yang menentang PPSMI yang mengatakan Bahasa Melayu akan ditindas, sebenarnya tidak betul," kata beliau lagi.

Nampaknya Pena, Gapena dan rakyat perlu bekerja lebih keras kerana kumpulan Page tidak faham kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang patut menjadi bahasa pembelajaran di sekolah.

Andaian Page masih tertakluk kepada keresahan palsu; 'rakyat tolak PPSMI kerana risau anak mereka tidak mencapai keputusan baik dalam peperiksaan'. Sebenarnya, PPSMI membabitkan maruah bangsa negara.

Mungkinkah masih ada kapitalis yang masih mengaut keuntungan mencetak buku teks PPSMI? Pada mereka, tidak mengapa PPSMI dimansuhkan, tetapi beri sedikit ruang agar PPSMI dijadikan 'option' agar dapat dicetak buku teks sebagai modal keuntungan berganda?

Kepada para pejuang bahasa, jangan dilupakan sambutan Hari 152 (hari pejuang bahasa) pada 15 Februari setiap tahun. Semoga kita tidak lupa sumpah lafaz ikrar sendiri.

Malang bertimpa-timpa ke atas bahasa Melayu. Kecelakaan berlaku tiba-tiba setelah Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran menerima American Peace Corps tajaan Hillary Clinton yang menawarkan bahasa Inggeris USA ketika negara sudah menerima bahasa Inggeris piawai, 'standard', fus'ha, baku sejak kita mengirim guru-guru ke Kirby di England.

Thursday, January 27, 2011

Politik itu santun berbahasa

Oleh H FANSURI

Kisah Soi Lek mengeluarkan ucapan tidak santun terhadap calon Pas itu menjadi buah mulut pertikaian orang-ramai. Kalau Soi Lek sedar diri kedudukan beliau setaraf Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi yang didakwa meniduri gadis bawah umur, maka beliau tentu tidak tergamak berkata demikian.

Tuesday, January 25, 2011

Penjajahan kebudayaan, Muhyiddin perlu waspadai American Peace Corps

Oleh H FANSURI

Menteri Luar Negara Amerika Hillary Clinton berada di Malaysia untuk membahas hubungan Malaysia dengan Amerika. Sebenarnya, Hillary bukan datang ke Malaysia sahaja. Dia datang Asia.

Monday, January 24, 2011

Rosmah, jelmaan isteri Abu Lahab yang berlagak 'menteri' di Arab Saudi

Oleh H FANSURI

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kesan godaan Hawa ke atas Nabi Adam a.s itu menyebabkan baginda turun ke dunia. Dan, dalam Surah Al-Masad itu turut disebut kedudukan isteri Abu Lahab yang hidup terseksa di neraka.

Sunday, January 23, 2011

Hapuskira karya Khalil Gibran tu... macam bakar Interlokkah?

Oleh H FANSURI

Syahadan, Interlok dibakar termasuk gambar pengarangnya sekali. Baru-baru ini ketika menonton filem Faster, ada selembar nasihat daripada pegawai penjara kepada pelakon-penggusti Dwayne Johnson (The Rock) yang memegak watak penjahat (sebenarnya wira) dalam filem itu.

Saturday, January 22, 2011

Kaukus kebebasan akhbar bantu Nuj Utusan dan mansuh AMCP

Oleh H FANSURI

Ketika bekerja sementara di sebuah laman portal berita alternatif selama tiga minggu, saya pernah juga ditugaskan membuat laporan mengenai kesatuan sekerja Utusan Melayu yang dikenali sebagai National Union of Journalist (Nuj) Utusan Melayu. Pengerusi Nuj Utusan Melayu ketika itu ialah Amran.

Tuesday, January 18, 2011

Kaum pelajar perlu memerangi riba secara menyeluruh!

Oleh H FANSURI

Ketika menulis pada 11 Januari (11.1.11) ini, ada sesetengah mahasiswa sedang berhimpun meraikan keindahan tarikh ini. Barangkali mereka berhimpun untuk merumuskan sesuatu. Di sini saya berkongsi sedikit pandangan sebagai berikut...

Monday, January 17, 2011

Interlok, kayu aras penguji kesabaran setiap ahli masyarakat

Oleh H FANSURI

PEPATAH Mongolia menitipkan pesan kepada kita, "Berdebat dengan sabar itu lebih afdal berbanding perdamaian yang berpura-pura." Manakala Voltaire berkata, "Saya tidak bersetuju dengan pendapat anda, tapi hak anda untuk bersuara tetap saya berikan."

Friday, January 14, 2011

Kerugian Umno di Selangor berawal dengan Khusrin?

Oleh H FANSURI

Seorang ahli dan penyokong tegar Umno tampil menasihatkan, "Sudahlah tu. Kasihan kepada Khusrin. Beliau langsung tak bersalah dalam hal ini..."

Thursday, January 13, 2011

Umno mahu 'bunuh' seteru politik dengan kuasa istana?

Oleh H FANSURI

Salah satu sebab Melayu yang menyebabkan kemunduran fikiran Melayu adalah kerana tidak berfikir secara Melayu dengan cara mengakrabi kitab-kitab Melayu seperti Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang itu. Ini tidaklah bermaksud kitab itu mengatasi Al-Quran, tetapi setidak-tidaknya orang Melayu perlu selalu menyemak dan kerap menoleh ke arah Sulalatus Salatin bagi mencari erti menjadi Melayu.

Wednesday, January 12, 2011

Antara PGL dan Rosmah; suatu kajian perbandingan akademik

Oleh H FANSURI

Ada hal yang sangat misteri darihal Rosmah dan Puteri Gunung Ledang (PGL) sebagai yang tercantum kisahnya di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) itu.

Monday, January 10, 2011

Baha Zain seru 'MBM', letak di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, (selamatkan Interlok)

Oleh H FANSURI

"Terakhirnya, saya ingin melontarkan cadangan agar forum ini merayu Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan sebuah Majlis Bahasa Melayu, di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, sebagai wakil daripada Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung atau 'custodian' agama Islam, adat-istiadat Melayu, dan bahasa Melayu di negeri-negeri dan negara Malaysia.

Sunday, January 09, 2011

PR perlu perjuang Kaukus Parlimen Kebebasan Akhbar

Oleh H FANSURI

Ketika heboh kemenangan Harimau Malaya menewaskan Garuda baru-baru ini, akhbar dan media akan meyorot pelbagai liputan. Antara yang menjadi buah mulut perbincangan ialah Julia Perez (Jupe) bakal memakai memakai baju khas yang memancarkan laser daripada bahagian dadanya.

Friday, January 07, 2011

Azeez dan Najib: Silat terbuang, Tomoi dijulang

Oleh H FANSURI

Jika Umno benar-benar Melayu dan Hishammuddin Hussein boleh menjulang keris bagi membuktikan dia pembela Melayu, kenapa tidak Pengerusi Pengerusi Kelab Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim melaksanakan hal yang sama? Kita tidak menyeru Abdul Azeez meniru sikap Hishammuddin itu.

Thursday, January 06, 2011

Tanpa puisi masyarakat 'mati rasa', kita menunggu Penyata Muhyiddin

Oleh H FANSURI

Filem 'Dead Poets Society' (1989) mengisahkan perjuangan, perjalanan hidup seorang pensyarah kesusasteraan; Prof John Keating (lakonan Robin Williams) yang mengasuh sekumpulan pelajar di Nashville, Tennessee.

Tuesday, January 04, 2011

Najib Razak didesak berucap dalam bahasa Melayu di PBB

Oleh H FANSURI

Berucap dalam forum bertajuk 'Arah tuju bahasa dan sastera Melayu di era globalisasi' pada 1 Januari lalu, Prof Zainal Abidin Borhan daripada Gapena mencadangkan supaya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain pemimpin berucap dalam bahasa Melayu di PBB.

Interlok, bercakap mengenai realiti kehidupan gelap bukanlah penghinaan

Oleh H FANSURI

Pening kepala kita melihat gelagat MIC. Tersiar di Bernama pada 29 Disember tahun lalu mengenai hal hasrat badan pertubuhan MIC itu yang meminta dibuat perubahan ke atas kandungan novel 'Interlok'.