"Selang demikian, aneh sekali bahawa dalam mengamanahkan tugas yang terpenting dalam kehidupan masharakat-iaitu tugas memimpin-tiada pula sekali-kali diperlukan bagi seseorang itu menempuh pelajaran, latihan dan ujian yang khusus yang akan dapat membimbingnya ke arah peringkat keahlian memimpin masharakatnya." --- Risalah Untuk Kaum Muslimin, Perenggan ke-10, halamann 25, (Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas)
Akhirnya, Bob Lokman dijemput ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat pada 14 April lalu. Undangan kedua ini terlaksana selepas undangan pertama sebelum ini tidak dapat dipenuhi atas masalah tertentu. Maka, saya dimaklumkan beberapa teman berhubung beberapa perkara yang penting mengenai 'talk' Bob Lokman itu.
Assalamualaikum. Kepada yang berbahagia Dato' A Samad Said yang terhormat. Musim ini, rakyat menuai benih syak keraguan terhadap kerajaan akibat salah semaian lewat dasar-dasar tertentu.
"... Begitulah terjadi di depan mata kita, seorang seniman yang telah mengabdikan puluhan tahun usianya, bakat seninya dan titis peluhnya kepada sebuah Syarikat. Maka ketika jasadnya terbujur, dia 'dihargai' seribu ringgir cuma oleh Syarikat yang dimakmurkannya.
"Rasanya soalan yang lebih afdal selama ini ialah setelah Paksi dan Budayawan Bertindak dan lain-lainnya berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat (termasuk PAS), apakah yang telah Pakatan lakukan?
Seorang teman mengirim sms, "Apabila Najib canang rancang pelan peralihan kuasa-kuasa Taib, ini menunjukkan dia pun yakin bahawa BN di bawah Taib Mahmud selama ini adalah teruk.
PR wajar jadikan isu yang dicanangkan Najib itu sebagai modal untuk 'back-fire', bukan hanya Taib malah BN adalah beban rakyat. Beralih kepada PR. Najib tidak payah rayu rakyat kepada dia."
Alkisahnya, baru-baru ini Najib Razak pun mencetak sebuah 'fatwa' politik baharu, iaitu beliau mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan bersetuju berundur daripada jawatan yang disandang puluhan tahun itu.
Laporan akhbar tidak menyebut bilakah tarikh sebenar pengunduran Taib Mahmud itu. Cuma yang disebut, Taib akan berundur pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Najib Razak termasuk dalam jadual rencana peralihan juga ketika beliau bersengketa dalam diam terhadap bekas Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, drama sengketa itu tidaklah berlangsung lama kerana wujud peranan Dr Mahathir di celah-celahnya.
Bagaimanapun, agak sulit bagi Najib untuk mengusir Taib Mahmud ini. Janji ahli politik bukan seperti janji Tuhan yang menurunkan wahyu sebagai suatu pedoman. Taib Mahmud boleh berjanji berkali-kali dan ketika menunaikan janji, seperti biasa, ahli politik akan terkemut-kemut. Terpaksa pula rakyat kita jenuh berlutut.
Sengketa Najib dan Taib adalah drama sandiwara yang tidak dapat dikesan dan sulit dihebahkan kepada semua. Najib tahu dan sedar bahawa, kalau pun beliau tidak turun ke Sarawak, Taib Mahmud sudah pun dapat mengawal semua peraturan dalam pilihan raya.
Pendek kata, Najib dalam pandangan mata Taib Mahmud hanyalah seperti melukut di tepi gantang - ada tidak menambah, kalau tiada tidak pula rakyat di Sarawak itu akan terasa kekurangannya.
Tapi Najib seperti biasa. Laras bahasa akhbar akan melaporkan bahawa perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara tersusun demi menjamin kestabilan politik Sarawak dan seluruh negara secara amnya.
Dalam drama Najib terbaru, beliau dilaporkan berkata, "Rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini."
"Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri Sarawak, memang dia sudah bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak.
"Percayalah kepada saya, pada waktu sesuai, perkara (peralihan kuasa) ini akan kita lakukan,” Najib bermadah helah ketika berucap dalam Majlis Rakyat Bersama Pemimpin baru-baru ini.
Sambil menutup kelemahan Taib yang tidak disukai Najib itu, beliau berkata, bahawa isu pemerintahan Taib yang lama juga sebenarnya mirip kepimpinan ketua gabungan parti Pakatan Rakyat hari ini.
Kebodohan Najib terserlah - gagal bezakan pemerintahan 'negeri' dan 'parti'
Dalam kebodohan, Najib melalut lagi. Katanya Lim Kit Siang sudah 42 tahun di arena politik, Karpal Singh (72 tahun) dan Anwar juga sudah tua. Sama ada Najib tidak faham, cuba memperbodoh umat atau kenyataan adalah langkah percubaan awal untuk sengaja menunjukkan kebodohannya di depan rakyat. Isu Taib Mahmud memerintah negeri adalah sama seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.
Ini bukan isu pentadbiran parti, tetapi pentadbiran negeri. Jika ditinjau tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang baru mereka kuasai ini, hanyalah sepenggal. Dan, jika dihimpunkan masa pentadbirannya sekali pun, ia berbeza dengan pentadbiran BN. Peluang PR memerintah masih sedikit.
Bagaimanakah mungkin Najib Razak boleh terkeliru dan dikelirukan dengan hal seperti ini? Adakah makan rasuah mengundang kebodohan terhadap diri?
Tapi, yang paling penting di sini ialah - rakyat menunggu bagaimana bentuk rupa paras dan bentuk peralihan kuasa yang mahu didandan Najib itu. Jika tiba-tiba Taib bersilap mata dan berbolak-balik seperti Hosni Mubarak (sekejap mahu lepas jawatan, sekejap mahu dilanjut kuasa), maka kepada siapa Najib mahu 'bertawakal'?
Meminta fatwa Rosmah? Mengemis nasihat Dr Mahathir? Rakyat tahu Najib sukar mendapat tempat sebagai PM daripada Abdullah; (PM terlemah itu). Najib terpaksa angkat sembah, melutut kepada Dr Mahathir dalam rangka mengguling Abdullah sebelum ini.
Jadi, bagaimana Najib mahu guling Taib kali ini? Sesekali, Najib perlu rawat kebodohannya dengan meninjau sejarah sengketa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Siapa saudara Taib yang pernah bersengketa dengannya? Tentu Abdul Rahman Yaakob. Jadi, Najib perlu jalankan kerja jahatnya untuk guling Taib jika mangsanya berdegil meninggalkan jawatannya.
Tidak perlu dilanjutkan semua formula untuk guling Taib. Bukankah beliau berpengalaman mengguling kerajaan PR Perak dan Abdullah Ahmad Badawi?
Rakan saya mengirim sms kedua berhubung kenyataan Najib berhubung peralihan kuasa Taib itu - "Jadikan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat' (Shidee) sebagai lagu tema kempen PR. Pasti gelabah Najib!"
Saya fikir, selain itu perlu ditambah satu lagi lagu tradisional - Puteri Santubong, Puteri Sejinjang sebagai formula untuk Najib gulingkan Taib.
Pemukiman bloggers revolusioner di Ampang baru-baru ini menyuntik iltizam dan semangat baharu terhadap perjuangan bloggers selama ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya diisi dengan saranan Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai rancangan menggerakkan Revolusi 2013.
Ketika menulis ini, masyarakat Barat menyambut pesta April Fool. Dalam sejarah yang diketahui umum, April Fool terjadi di Granada, Sepanyol pada 1487 selepas beberapa daerah jatuh dalam genggaman Crusaders. Granada adalah wilayah terakhir yang mereka ingin takluki. Umat Islam di Sepanyol (kaum Moor) terpaksa bersembunyi di rumah demi keselamatan diri.
Antara ahli-ahli Umno ini, kita lebih suka berdebat dan berbahas dengan elit Umno dan bukannya dengan Umno bawahan yang tiada pemikiran. Dengan ahli Umno kelas atasan dan berpendidikan tinggi inilah, saya secara peribadi suka berdebat kerana kita akan lebih berpuas hati.
Mereka mungkin fokus topik-topik tertentu, tersusun debatnya dan kalau mereka jujur dan ikhlas, mungkin juga kita boleh mencapai kesepakatan.
Arakian, ada seorang cendekia Umno yang menitipkan pesannya di status FB, menyeru orang ramai supaya tidak masukkan video seks tersebut ke dalam Facebook. Tapi, beliau juga menyepi apabila Utusan menyiarkan tiga keping gambar yang diambil daripada Youtube itu untuk disiarkan di halaman depan Utusan pada keesokan harinya. Facebookers adalah peribadi, tapi Utusan itu institusi. Kenapa perlu ada 'double-standard' dalam urusan menegur?
Dan cendekia Umno itu juga, ketika menyeru orang-ramai supaya tidak menyiarkan gambar dan video seks (yang kononnya Anwar) itu di FB, tetapi dalam masa yang sama, beliau juga sudah menyiarkan video ceramah Youtube berhubung ucapan seorang ustaz yang menyeru agar penguasa yang terjebak di dalam kancah penzinaan tidak dilantik sebagai pemimpin.
Saya termenung lama juga memikirkan sikap dan pendirian cendekia Umno ini. Beliau ini rakan saya ketika bergelumang dalam gerakan siswa. Saya tipu kalau saya tidak berasa marah. Bagaimana seorang pemimpin sebuah gerakan pelajar suatu ketika dahulu dan pernah menemui Anwar, dengan tiba-tiba boleh beralih arah dan haluan perjuangannya dengan begitu mudah?
Kami pernah berkereta sekali ke rumah Anwar di Damansara dan telinga saya merakam bualannya dahulu betapa beliau memuja dan mendokong Anwar. Tiba-tiba, ketika banyak sudut digunakan Umno untuk menghentam Anwar, maka beliau tiba-tiba turut ikut terjebak sama ke dalam lubang biawak yang digali oleh cangkul Umno itu.
Berkaitan video ceramah seorang ustaz berhubung seorang pemimpin tidak patut diangkat sebagai pemimpin itu, saya fikir ceramah itu ditujukan kepada insan politik seperti Chua Soi Lek. Pemimpin MCA itu memang jelas dan terang-terang berzina dalam video klip sebelum ini.
Anwar kini masih belum disabitkan sebagai individu 'boroi' dalam video seks itu. Jadi kenapalah rakan saya cendekia Umno ini terlalu melulu meletakkan sebuah video klip ceramah agama itu ketika debat video seks itu masih riuh dan heboh?
Video klip ceramah agama yang menyeru agar penzina tidak dilantik sebagai pemimpin ini, telah pun beliau apungkan di FB, seolah-olah cendekia Umno ini mahu mengirim isyarat kepada orang-ramai bahawa jangan pilih pemimpin yang ada kes zina (hal itu ditimbulkan ketika rakyat riuh membahaskan kes video seks Dato' T itu).
Niat beliau merujuk ucapan penceramah agama itu kepada siapa sebenarnya? Anwar atau pun Soi Lek? Dalam pusingan pertama, beliau mengapungkan kenyataan di FB bahawa setiap orang tidak boleh pihak menyiarkan rakaman video seks Dato' T itu.
"Ingatlah pesan Nabi, sesiapa yang menayangkan aib manusia lain di dunia, maka Allah s.w.t akan dedahkan aib mereka di akhirat kelak," lebih kurang begitulah titipan pesannya di FB dengan sedikit gubahan kata daripada saya.
Alangkah memenatkan, dan betapalah malangnya apabila seorang cendekia yang punya gelar Prof Madya dengan tiba-tiba boleh turut ikut sama dijebak dalam kawah kemunafikan dan lubang kefasadan yang disediakan oleh Dato' T yang tiada latarbelakang akademik yang tinggi itu.
Jikalau dia terbaca coretan ini, harap-harap beliau sedar kritikan ini memang tercurah kepadanya. Tidaklah sama kritik akademik ke atas Anwar berkaitan faham Plularisme dengan kritikan Umno (melalui Utusan) ke atas Anwar dengan menggunakan maudhuk yang sama; Pluralisme.
Tiba-tiba, cendekia Umno ini juga tergamak menyebut di FB lebih kurang, "Tahniah kepada Najib Razak kerana punya sikap yang jelas ke atas Pluralisme. Di manakah pula suara-suara PAS termasuk NGO Muslim lain terhadap faham Pluralisme yang dipegang oleh Anwar ini?"
Di sini, sudah nampak bahawa teguran ini pun sudah berbau politik kepartian dan bukan diapungkan dengan kedudukan beliau sebagai ahli akademik. Di sini, telah kelihatan bagaimana beliau menjulang Najib Razak dan mengkritik Anwar kerana faham Pluralisme itu. Agak-agaknya, jujurkah teguran seperti ini? Kedudukan Pluralisme masih juga di peringkat khilaf dan masih banyak pendapat yang sedang dilagakan berkaitan Pluralisme ini.
Seandainya pendirian Anwar salah, maka itu sekadar pendapat. Fatwa ulamak misalnya, jika salah sekali pun, masih ada pahalanya sedangkan kesilapan dalam berfatwa itu diampunkan Tuhan. Anwar bukan mufti, tetapi pendapat beliau yang salah itu bukanlah tidak boleh diperbetulkan.
Syahadan, cara Utusan Umno membidas Anwar dengan video seks Dato' T dan isu Pluralisme itulah yang mesti difahami dengan sebenar-benarnya. Niat teguran Utusan Umno tidak jujur dengan memperbodoh para pembaca dan bidasan mereka ke atas isu-isu akademik pun bersalut faham kepartian. Sekali lagi, betapa malangnya sebab cendekia Umno ini melebihkan sudu politik dibandingkan kuah akademik!
"Saya sebagai pembayar cukai tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks ini. Tiada signifikan langsung. Kalaulah betul-betul itu adalah Anwar, apa masalahnya? Dia bukan menteri atau penjawat awam yang boleh dipecat.
"Anwar masih lagi tegas mempertahan prinsip Pluralisme. Tahniah Najib kerana menyanggah faham sesat itu," kata seorang ahli akademik Umno dalam satu catatannya di Facebook.
Di dunia ini, dikatakan ada kira-kira tujuh orang yang berwajah serupa dengan kita. Ini cakap orang-orang tua masa dahulu. Kita juga pernah mendengar pepatah, "Pelanduk dua serupa."
Apakah tugas pelajar hari ini hanya terhad kepada urusan belajar semata-mata dan melibatkan diri dengan kegiatan kemahasiswaan anjuran universiti? Suatu ketika dahulu, program Bakti Siswa hanya dikendalikan oleh mahasiswa itu sendiri.
Dalam sebuah sajak panjangnya yang dideklamasikan di Institut Teknologi Bandung (ITB), Bandung, tanggal 19 Ogos 1978, penyair W S Rendra berbicara mengenai nasib dan sejarah perjuangan bangsa Indonesia. Sajak yang terkenal itu diberi judul Sajak Sebatang Lisong.
"Menghisap sebatang lisong melihat Indonesia Raya mendengar 130 juta rakyat dan di langit dua tiga cukung mengangkang berak di atas kepala mereka. Matahari terbit fajar tiba dan aku melihat delapan juta kanak-kanak tanpa pendidikan."
Maka, di bait awal sajak ini, Rendra membangunkan pertanyaan mengenai masalah keciciran lapan juta anak-anak Indonesia dalam bidang pendidikan. Dan, semua ini terkait dengan kedudukan cukong kapitalis yang mengawal segala perusahaan lalu secara tidak langsung melahirkan kedudukan yang tak seimbang dalam masyarakatnya.
Setelah kritikan itu terapung ke udara untuk dilemparkan terhadap kelas atasan, maka teguran itu selanjutnya dihentak terhadap golongan cendekiawan pendeta yang tidak berjuang merungkai ikatan tali permasalahan umat yang berselirat di sekeliling mereka.
Guru, pensyarah yang tidak peduli masalah kehidupan
Golongan pertama yang disentuh oleh Rendra selepas itu ialah para pendidik yang mengajar di sekolah dan kuliah tanpa mengaitkan isi pengajaran dan kuliah mereka dengan kemelut persoalan kehidupan hari ini.
"Aku bertanya
tetapi pertanyaan-pertanyaanku
membentur meja kekuasaan yang macet
dan papan tulis-papan tulis para pendidik
yang terlepas dari persoalan kehidupan."
Tapi, mungkin juga guru-guru kuliah dan para pendidik itu sebenarnya ingin bersuara. Cuma, bantahan mereka itu tidak terlafaz dengan sempurna. Beliau menggambarkan perihal ketakutan untuk membantah itu dalam bait yang berikutnya.
"Dan aku melihat
protes-protes yang terpendam
terhimpit di bawah tilam."
Ertinya, bukanlah rakyat tidak mahu protes langsung, tetapi suara mereka tersekat, disekat oleh benteng ketakutan yang mereka sendiri ciptakan. Oleh itu, protes itu pun menjadi tenggelam dibuai arus ketakutan.
Selanjutnya, yang paling utama ialah - Rendra menyentuh kedudukan para penyair salon. Siapakah penyair salon tersebut? Mereka ini adalah kelompok yang hanya bersajak mengenai 'wine', kenikmatan anggur yang diperam menjadi arak dan keindahan alam seperti bulan.
"Aku bertanya
tetapi pertanyaanku
membentur jidat penyair-penyair salon
yang bersajak tentang anggur dan rembulan
sementara ketidakadilan terjadi di sampingnya
dan delapan juta kanak-kanak tanpa pendidikan
termangu-mangu di kaki dewi kesenian."
Hal inilah yang menjadi titik permasalahan di sini. Iaitu, kelompok yang bersajak tanpa menyentuh perihal ketidakadilan, kezaliman dan penindasan yang terjadi sekeliling mereka. Kalimat 'delapan juta kanak-kanak tanpa pendidikan yang termangu di kaki dewi kesenian' itu barangkali suatu bentuk sindiran juga terhadap penyair yang memejamkan mata terhadap derita umat yang sepatutnya menggunung dalam hati para penyair itu.
"Kita mesti keluar ke jalan raya
keluar ke desa-desa
mencatat sendiri semua gejala
dan menghayati persoalan yang nyata."
Akhirnya penyair yang terkenal dengan gelaran Burung Merak ini menyeru supaya rakyat bingkas bangkit menggalas beban permasalahan mereka sendiri ke jalan raya. Atau, adakah seruan ini sebenarnya dituju secara khas terhadap penyair untuk 'mencatat sendiri semua gejala, dan menghayati persoalan yang nyata'? Wallahu'alam...
Karya yang tak sentuh derita umat itu, apalah ertinya?
Maka, di hujung sajak protes yang panjang itu, sekali lagi beliau membangunkan pertanyaan terhadap dua kelompok. Buat kelompok penyair dan penulis, beliau bertanya, untuk apakah hasil kesenian dalam penulisan kita itu jika ia terpisah daripada derita masyarakat di sekelilingnya.
Dan, kepada golongan pemikir seperti warga pendidik, guru-guru sekolah, cendekiawan, ulamak, pendeta dan pensyarah di kuliah universiti, Rendra pun membangkitkan pertanyaan - apakah ertinya berfikir jika hasil fikiran itu tiada kaitan dan kaitan kena-mengena dengan masalah kehidupan rakyat.
"Apakah artinya kesenian
bila terpisah dari derita lingkungan
apakah artinya berpikir
bila terpisah dari masalah kehidupan..."
Lalu, kita pun bertanya juga, memandangkan denyut nadi dan detak jantung pilihan raya umum Sarawak semakin hampir, di manakah hasil karya kreatif penulis Sarawak yang demikian jelas menajamkan kritikan dan teguran mereka terhadap Taib Mahmud?
Heboh diperkatakan orang mengenai Dato' T. Kemudian tersiar nama Rahim Tambi Chik pula. Persoalan betul atau salah tentang sosok seseorang di dalam 'video lucah' itu tidak perlu dibangkitkan di sini. Yang kita mahu bincang secara akademik di sini sekarang adalah kisah Rahim Tambi.
Saya menyokong penuh pandangan Joyah baru-baru ini ketika menyelar pelakon wanita baru yang beraksi mencolok mata. Membaca kritik Joyah itu, saya lihat sekurang-kurangnya ada tiga pihak yang cuba disentuh oleh Joyah.
Timbul cerita mutakhir ini tentang ratusan pelekat haram di sekitar bandar-bandar, pekan di Malaysia yang merosakkan pandangan awam. Kebanyakan pelekat haram ini adalah iklan Ah Long dan selebihnya tawaran-tawaran pekerjaan. Iklan Ah Long yang menawarkan hutang memanglah akrab dengan iklan menawarkan pekerjaan-pekerjaan.
Dalam suatu kempennya sempena pilihan raya di Sarawak, Muhyiddin menyentuh hal People Centric. Dalam laporan lain, Muhyiddin menyentuh perihal betapa perlunya meletakkan kepentingan individu yang sepatutnya menjadi dasar PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO.
Empayar Mughal juga disebutkan sebagai (Mughal Baadshah) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya telah diberikan peluang untuk mentadbir Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan anak benua India antara tahun 1526 sehingga 1857.
Urusan pengiklanan blog dan perniagaan anda boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com atau sila sms / telefon saya di +6014-3233287. Sekian, terima kasih.