Saturday, July 30, 2011

Kartun, kartunis dan tahap-tahap 'kebebasan' mereka

Oleh BOESTAMAM SARI

Seorang cendekiawan Umno yang tampil dengan imej agamawan, sekali peristiwa pernah mengkritik Pakatan Rakyat. Ini kerana, menurutnya kartunis kiri seperti Zunar tidak dihukum apa-apa oleh Pakatan Rakyat, sebaliknya saat kartunis Utusan itu mula memakukan kritikan sosialnya, maka dia terus dihakimi.

Kisah polis sasterawan, dan sebalik falsafah Kuning Bersih

Oleh H FANSURI

12:56 pagi, 30 Jun, 2011 | Stesen KTMB Tg Pagar

Mereka berkata: “Mohonkanlah untuk kami kepada Rab (Tuhan) engkau agar diterangkan kepada kami apa warnanya?” Dia (Musa) menjawab: “Sesungguhnya Dia (Allah) berfirman bahawa ia adalah seekor lembu betina berwarna KUNING yang bersangatan, lagi MENYENANGKAN orang yang memandangnya.” --- {Al-Baqarah: ayat 69}

KTMB Tg Pagar roboh, maruah negara dilucutkan Najib!

Oleh RUHI HAYATI THANI

Di pejabat Imigresen dan Kastam, Woodlands pada malam 28 Jun, ketika menunggu keretapi Ekspres Rakyat bergerak menuju tempat yang terakhir di Tg Pagar, seorang pekerja di situ berkata bahawa dia dijadualkan bakal bekerja di Stesen Kempas sejurus selepas penutupan stesen Tg Pagar itu.

Thursday, July 28, 2011

Surat buat KPN: Apa itu Jamuan Teh Boston dan siapa revolusioner Sam Adams?

Oleh H FANSURI

UNGGUN BERSIH

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Wednesday, July 27, 2011

Pengundi hantu wujud sejak pilihan raya pertama?

Oleh H FANSURI

Saya masih ingat ketika saya bersama Ahmad Lutfi Othman menemu bual seorang pensyarah di UKM. Dia menyentuh persoalan kewujudan pengundi hantu pada awal-awal pilihan raya pertama.

Pilihan raya masjid Kg Baru dan Kaukus Parlimen Kg Baru

Oleh H FANSURI

Pada Jumaat lalu, 24 Jun ketika sebuah aksi demonstrasi berlangsung di Masjid Jamek Kg Baru, maka terjadi suatu keanehan. Sebenarnya, 'keanehan' ini mungkin bukanlah sesuatu yang baru berlaku. Bagi sesetengah yang sudah faham, maka ia bukan lagi aneh.

Beberapa teori berhubung video lucah Dato' T

Oleh RUHI HAYATI THANI

Tiada siapa yang tahu bagaimanakah video seks Ariel dan Luna boleh disebar secara menyeluruh ke internet. Mengikut laporan, hanya mereka berdua sahaja yang melakonkan aksi panas itu. Tiada orang ketiga yang merakam gelagat aksi panas mereka. Pada mulanya mereka pun tidak mengaku.

Monday, July 25, 2011

'Usrah' Bersih 2.0 memangkin kesedaran rakyat

Oleh H FANSURI

Jika kita menonton lebih banyak hujah SPR, di sana terbit lebih banyak bongkah keraguan yang belum dapat dipecahkan oleh pendokong Bersih 2.0 itu sendiri. Perang pemikiran dan aksi perlawanan hujah akan terus-menerus terjadi, sedangkan kesedaran itu ditumpaskan oleh media berulangkali.

Sunday, July 24, 2011

Kisah Soe Hok Gie mati muda, Revolusi-Jihad Ali Shari'ati

Oleh H FANSURI

Salam revolusi kepada rakan-rakan revolusioner! Ada seorang mahasiswa dan pensyarah daripada kuliah sastera yang terjebak dengan arus pergolakan politik dan revolusi. Namanya Soe Hok Gie. 

Iktikaf 1Malaysia di Masjid Al-Aqsa, adakah Apco beri ruang ya Najib?

Oleh H FANSURI

Seorang rakan mengirim pesan daripada khidmat pesanan ringkas (sms). Katanya, di LRT Kelana Jaya, sudah wujud Kedai Rakyat 1Malaysia. Beberapa minggu lalu, saya melalui LRT Kelana Jaya juga atas urusan peribadi. Memang ternampak jelas beberapa pekerja yang sedang memunggah barangan di situ.

Wednesday, July 20, 2011

Sebuah cerita mengenai seni berpolitik kaum sasterawan

Oleh H FANSURI

Salam revolusi buat teman-teman yang dikasihi. Alkisahnya, dalam cerita rakyat bangsa Eropah pada suatu masa dahulu, seorang raja di benua Eropah sana ingin memakai pakaian cantik, terindah yang tidak pernah dipakai orang sebelum ini. Maka, tiga penipu dari negara luar pun menyamar sebagai tukang jahit terhandal. Mereka berkata, pakaian yang mereka cipta itu sungguh seni dan halus buatannya.

Perkasa, Pemuda Umno bukan pihak keselamatan negara

Oleh H FANSURI

Kita semua pun bersepakat bahawa polis dan tentera adalah sebahagian daripada pengawal keselamatan di negara ini, bukan Perkasa dan bukan Pemuda Umno.

Sunday, July 17, 2011

Kita perlu ada Hari Pujangga - Penyair

Oleh H FANSURI

Salam revolusi rakan-rakan revolusioner sekalian! Tanggal Jumaat, 10 Jun lalu di Rumah Pena, ketika UPNM bergamelan bersama kumpulan para penyair, kami dikejutkan dengan berita pemergian Amirul Fakir.

Wednesday, July 13, 2011

Mansuh PPSMI: Boleh pengarang muda buat undi rosak?

Oleh H FANSURI

Salam revolusi tuan-tuan pengarang muda! Masa makin singkat. Pilihan raya mungkin akan dibuat pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan pada 11 November. Dengan sebab kuasa membubarkan parlimen ini terletak di lidah bicara Perdana Menteri Najib Razak, maka jika ditakdirkan tergelincir sahaja lidah Najib itu, maka mungkin esok atau lusa akan bubar parlimen. Hal ini mudah terjadi bukan?

Benarkah polis tempatan kita bersekongkol dengan samseng?

Oleh H FANSURI

Di Pulau Pinang, tumbuh bak cendawan rumah hiburan yang sebenarnya turut menawarkan khidmat seks. Di Pulau Tikus dan di Lebuh Chulia atau sebut sahaja di mana-mana, segalanya tersedia untuk semua, baik pelancong mahu pun orang-orang kita sendiri.

Pilihan raya masjid Pulau Pinang ancam AJK masjid Umno?

Oleh H FANSURI

Berdasarkan laporan di Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, imam-imam masjid perlulah bekerjasama dalam usaha menolak sistem pemilihan berdasarkan sistem pilihan raya itu kerana penjelasan yang terperinci diperlukan terlebih bagi memastikan kesahihan sistem berkenaan.

Saturday, July 09, 2011

Dua aliran penentangan PPSMI di benak penulis muda

Oleh H FANSURI

Salam revolusi teman-teman penulis muda! Apabila kita bersetuju tentang bahaya dan ancaman PPSMI ini, maka tidak semestinya kita bersetuju tentang cara-cara mengubah dan memansuhkannya. Sebab itulah, di sini kita bentangkan dua jenis aliran yang mahu memansuhkan PPSMI itu.

Tubuhkan Kelab Suami Pengasih; asuh suami kasihkan isteri

Oleh RUHI HAYATI THANI

Puan Latifah mula bersiap-siap mahu keluar rumah sambil diperhatikan ayahnya. Dia sedang berjuang membawa usul baru ke dalam mesyuarat wanita yang bakal dihadirinya.

Najib Rosmah perlu beza cinta anak, perniagaan dan urusan Malaysia-Kazakhstan

Oleh H FANSURI

Mujurlah dalam filem Tiga Abdul itu, P Ramlee Abdul Wahub tidak menyebut nama Kazakhstan. Kalau tidak, akan jadi isu besar juga. Abdul Wahub, anak bongsu Ismet Ulam Raja rupa-rupanya menerima harta warisan di luar negeri. Khuatir dan bimbang kalau-kalau semua hartanya dibolot anak sulung dan anak keduanya, maka harta di luar negeri itu memang sengaja dirahsiakan dan dipendamkan, lalu rahsia itu tersimpan kemas oleh Sulaiman Akhlaken, seorang peguam di Isketambola.

Wednesday, July 06, 2011

Pemuda desak isu I.C palsu diberi perhatian dalam Bersih 2.0

Oleh H FANSURI

Sejurus tamatnya muktamar baru-baru ini, Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah menyimpulkan suatu rumusan yang tepat dan jelas, iaitu saf kepemimpinan baru-baru ini adalah insan dipilih sebagai saf pelapis yang perlu berdepan dengan cabaran pilihan raya masa depan. Umno berwajah sugul ketika ini, terus dengan kerap melantunkan amarahnya lewat Utusan - bahawa kononnya parti ini sudah pun meminggirkan ulamak.

Saturday, July 02, 2011

Parlimen Belia untuk huha huha?

Oleh H FANSURI

“...Life is a sum of all your choices...” --- Albert Camus. Maka, kata Camus, kehidupan ini hakikatnya adalah jalinan kepada segala pilihan yang kita laksanakan selama ini.