Thursday, June 30, 2011

Buku Jingga Siswa dan kebudayaan kesusasteraan pelajar

Oleh H FANSURI

Salam revolusi buat penyair dan pengarang muda. Tanggal 28 Mei lalu, beberapa mahasiswa berkumpul di sebuah dewan Petaling Jaya yang berdekatan Amcorp Mall. Pertemuan itu dibuat bertujuan merangka Buku Jingga Mahasiswa. Ia adalah rangkuman harapan baru siswa kepada Pakatan Rakyat kalau pakatan ini berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Zahid perlu ke mahkamah walau kabinet tidak izinkan

Oleh H FANSURI

Seorang anak muda masuk ke rumahnya. Rumah ayahnya adalah juga pejabat ayahnya yang menjalankan perniagaan perkhidmatan rumah sewa di Kuala Lumpur. Walaupun anak muda itu sering pulang lewat ke rumah dalam keadaan mabuk saban malam, beliau mempunyai hati suci.

Karisma Jasa ada agenda guling PR Selangor?

Oleh BOESTAMAM SARI

"Mereka perlukan RM100 untuk batalkan pencalonan setiap calon kami di Upsi," kata seorang pelajar kepada saya pada suatu malam di sebuah restoren yang berhampiran 'Masjid Bulat' di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Sunday, June 26, 2011

Fikiran umat perlu diubah - kahwin seawal akil baligh

Oleh BOESTAMAM SARI

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini dalam taklimatnya ketika menyentuh Dasar Keluarga Negara (DKN) menyebutkan perihal gaya hidup anak muda yang berkahwin lewat.

Pengarang, penyair muda dan perjuangannya

Oleh H FANSURI

Saudara-saudara penyair dan pengarang muda yang dikasihi. Salam revolusi thawrah! Baru-baru ini, saya menonton Nur Kasih The Movie. Seorang rakan pun bertanya, "Kenapa filem itu ada 'The Movie'? Kenapakah tajuknya itu tidak dimelayukan kepada 'sebuah filem?'"

Saturday, June 25, 2011

Pemulauan - Inti teras perjuangan 'sastera melawan' (sastera revolusioner)

Oleh H FANSURI

Assalamualaikum. Dato' A Samad Said yang terhormat. Ketika menaip ini, saya di Mestre. Kata orang-orang Melayu kita, Mestre umpama Seberang Perai, manakala Venice itu bagaikan sebuah pulau yang dibayangkan sebagai Pulau Pinang jua adanya.

Thursday, June 23, 2011

Surat PPSMI al-Wida' buat Pak Samad

Oleh H FANSURI

Salam revolusi Dato' A Samad Said yang terhormat. Mungkin ini surat terakhir. Sebab-sebabnya, biarlah rahsia. Tapi, ketika dipertimbang sebabnya, maka saya belajar suatu hal, iaitu dalam perjuangan apa pun, ternyata yang paling merumitkan ialah cabaran ketika berdepan dengan rakan sendiri.

Najib Razak, rasuah dan kronikah yang sebabkan tindakan tertunda 2 tahun?

Oleh H FANSURI

Saya pernah terdengar dalam suatu kuliah Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa suatu ketika dahulu, pada zaman Tunku Abdul Rahman, ada seorang menteri atau pegawai berjawatan tinggi yang terus dipecat kerana menerima rasuah sebanyak RM200 sahaja.

Keluar Umno lebih baik daripada menyelar video seks

Oleh RUHI HAYATI THANI

Ketika agamawan Umno-Salafi Wahabi mula memasuki Umno, mereka dijebak dengan ugutan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan bahawa kononnya di kebanyakan universiti dan kampus tempatan kini sudah menular faham keganasan yang dibawa oleh Jemaah Islamiyyah (JI).

Sunday, June 19, 2011

Bersatulah umat penyair-penulis, selamatkan KTM Tg Pagar Singapura

Oleh H FANSURI

Salam revolusi Dato' A Samad Said yang terhormat. Baru-baru ini sekumpulan masyarakat penulis bertamu di sebuah penerbitan di Shah Alam kerana ada projek penulisan yang mereka rencanakan beramai-ramai itu. Saya dapati, ada lima jenis buku yang bakal mereka terbitkan. Untuk ringkas cerita, cuma 2 aliran novel yang saya sebutkan di sini.

Kenapa perlu 'Nasir Uban' belasah pejuang royalti minyak Kelantan?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, di babak terakhir ada dimuatkan kisah kepala penyamun menyamar sebagai saudagar minyak. Langkah itu terpaksa diambil selepas kegagalan demi kegagalan beberapa 'jeneral' penyamun yang gagal menanda rumah orang kaya baru Ali Baba dengan tanda pangkah.

Video seks: PDRM takut terima padah seperti Musa Hassan?

Oleh H FANSURI

"Eskay, Umno seolah-olah menilai sikap kita seperti mereka. Seolah-olah, kita akan bunuh mereka yang tidak sealiran dengan kita," kata seorang teman. Lalu, dia menambah, "Sanggup dia pakai baju kalis peluru ketika bersumpah laknat di masjid."

Video seks: Kor Agama PDRM buat kerja apa?

Oleh BOESTAMAM SARI

Jika mahu pilih jalan selamat, maka sebaik-baiknya pihak polis sejak awal lagi jangan bermain dengan perasaan masyarakat awam. 'Kata-kata hikmat' polis sebelum ini ialah - polis sudah pun mengesahkan siapakah lelaki yang berada di dalam video seks itu.

Thursday, June 16, 2011

Al-Attas cuma diperalatkan, dia bukan sokong Umno

Oleh H FANSURI

Entahlah dirasuk oleh fahaman jenis apa, maka dengan tiba-tiba sahaja Najib Razak pun mengeluarkan suatu kenyataan berhubung guru berwibawa, dan pendeta guru sempena Hari Guru ini.

Adakah Najib dan Rosmah pernah tonton bersama video Dato' T itu?

Oleh H FANSURI

Menurut hukum yang pernah kita baca, ada hadis yang menegah kita daripada berbual mengenai babak adegan persenggamaan dan rahsia di dalam bilik kepada rakan-rakan kita. Baik suami dan isteri, kedua-dua mereka tidak dibenarkan bercerita mengenai hubungan rahsia bilik mereka terhadap teman-teman.

Benarkah 'cyber-troopers' Umno itu pun peliwat dan homoseks? (Jalan Telawi)

Oleh ALI BUKHARI AMIR

"Kau agak sebab apa mereka sampai boleh sebut kedudukan Anwar dengan begitu rinci hal liwat ni?" seorang rakan bertanya. Ketika itu, kami sedang 'mengeteh' di Jalan Raja Laut.

Umno jebak Al-Attas? 16 Mei... guru-guru selamat menggulingkan PPSMI 2.0!

Oleh H FANSURI

Salam Dato' A Samad Said yang terhormat. Baru-baru ini, saya menonton Youtube mengenai wawancara Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang menerima anugerah Umno. Beliau adalah guru bangsa berjiwa revolusioner. Beliau terlibat dalam saf gerakan revolusi Indonesia anjuran Sukarno, begitu antara isi wawancara itu.

Monday, June 13, 2011

MPP perlu waras dalam kritikan berhubung mutu fikiran

Oleh H FANSURI

Sebelum Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan kritikan ke atas prestasi mahasiswa hari ini, sebenarnya sudah pun terbit laporan berhubung penulisan tesis yang menggunakan bahasa yang biasa digunakan dalam sms dan chat. Dan, hal ini pun turut diakui siswa itu sendiri.

Sunday, June 12, 2011

Utusankah yang gelar Najib Razak sebagai Pandi Kutty itu?

Oleh BOESTAMAM SARI


Terbit beberapa kemungkinan berhubung gelaran berbentuk Pandi Kutty yang dihebohkan Utusan baru-baru ini. Pertama, mungkin Anwar yang gelarkan Najib Razak sebagai pandi kutty. Kedua, mungkin Utusan yang sengaja memutarbelit isu itu sehingga kelihatan seolah-olah Anwar yang menggelarkan Najib sebagai 'anak babi' itu.

PPSMI: Salahkah undi parti kiri? Keris Mas, Pak Sako, A Samad Ismail pun haluan kiri juga

Oleh H FANSURI


Salam revolusi, Dato' A Samad Said yang terhormat. Sekadar menyambung bualan lalu mengenai Sisyphus. Apabila pejuang bahasa itu disamakan dengan lagenda Sisyphus, maka perlu dihuraikan juga tentang cara-cara dan gaya-gaya penentangan secara politik kepartian juga.

Thursday, June 09, 2011

Jika Eskay menipu, sumpah beliau memang sah terlaknat!

Oleh H FANSURI

Sepanjang yang saya tahu, hukum sumpah qazaf berhubung zina ini terlaksana apabila tiada saksi dan juga tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan kejadian zina itu berlaku. Qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.