Thursday, October 28, 2010

Ustaz Syeikh Nikmat Yusoff dalam kenangan

Oleh H FANSURI

Terlalu banyak rupanya kisah dan penemuan terbaru sepanjang minggu ini hingga sulit membuat pilihan untuk memilih kisah yang mana satukah yang sepatutnya dahulukan.

Kita perlu pelancongan rohani, bukan 'kelabu malami'

Oleh H FANSURI

Kita ada 'Arab Season', iaitu musim percutian bagi warga Arab ke Malaysia. Kalau tidak salah, mereka ini datang daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti Abu Dhabi dan Dubai.

Wednesday, October 27, 2010

Mansuh AMCP: Apakah hakim boleh dipilih rakyat?

Oleh H FANSURI

Dalam suatu laporan berhubung mogok yang dilancarkan pada April 2007 anjuran Zimbabwe Congress of Trade Unions (ZCTU), Setiausaha Agung British Trades Union Congress Brendan Barber bangkit menyifatkan rejim Mugabe sebagai berikut:-

Busana Muslimah Rosmah gagal di Barat?

Oleh H FANSURI

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Dia Maha Adil. Kita wajib bersyukur. Jika Rosmah dengan kekayaannya dapat membeli malaikat dan meraih syafaat nabi, alamat kelamlah nasib kita orang miskin di akhirat. Sekali lagi, dengan sebab ini kita wajib syukur!

Tuesday, October 26, 2010

Pemikir Umno KJ perlu teliti, Zahid sindir Najib, Abu Lahab Umnokah?

Oleh H FANSURI

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini mencadangkan agar diwujudkan pasukan Pemikir Umno. Baik buruknya cadangan itu bolehlah didebatkan kemudian.

Monday, October 25, 2010

Peniruan filem, baik buruknya dan masa depan filem negara

Oleh H FANSURI

Ramai orang tahu bahawa Fast and Furious (Hollywood, Amerika) dan kemudian Tokyo Drift (Jepun) telah membidankan Evolusi KL Drift. Di sini, kita mahu bertanya juri. Kita ini berhak bertanya.

Wahabi Umno pertahan busana muslimah Rosmah. Apa peranan Dr Maza?

Oleh H FANSURI

Akar kepada penentangan terhadap busana muslimah naungan Rosmah itu, ialah kerana wujud kalimah Nabi Muhammad pada busana' muslimah. Lalu, ia ditamsilkan sebagai penghinaan. Sebenarnya jikalau kalimah itu tidak wujud sekali pun, demonstrasi itu mesti dilaksanakan juga.

Thursday, October 21, 2010

Dr M perlu sukat kediktatorannya dengan Mugabe, Zimbabwe

Oleh H FANSURI

Kedudukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ini masih juga samar-samar di pihak sesetengah kita. Keburukannya tidak dirasakan menjalar ke dalam ruang kehidupan semua orang.

Tuesday, October 19, 2010

Dr Mahathir keliru makna kebebasan akhbar

Oleh H FANSURI

Rasanya, rakyat masih belum lupa dapat melupakan bagaimana Dr Mahathir membantah keras tentang kaedah bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengendalikan akhbar di negara ini. Sehingga katanya, rakyat biasa sepertinya (Dr Mahathir) tidak mampu bersuara menyatakan kebenaran.

Monday, October 18, 2010

Surat kepada penulis wanita

Oleh H FANSURI

Kisah lama ini berlaku pada 2005 ketika mahasiswa Aspirasi berentap dengan Pro Mahasiswa di USM. Ketika ini, editor Berita Kampus menugaskan saya menemubual Dr Fatimah Busu.

Benih dendam peribadi ke atas UKM4 dibiak secara terhormat?

Oleh H FANSURI

Ketika ini, akhbar arus perdana melaporkan bahawa empat mahasiswa UKM akan dikenakan tindakan tatatertib setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan 'injunksi perinford'.

Friday, October 15, 2010

Pustaka, astaka, kependetaan dan Eat, Pray & Love

Oleh H FANSURI

Apakah gerakan kecendekiaan, kependetaan dan gerakan orang-orang budiman atau gerakan intelektual pernah wujud sebelum Islam hadir tiba di rantau Nusantara ini? Mungkin ada yang menolak sekali gus berasa ragu-ragu berhubung kehadiran failasuf Melayu.

Thursday, October 14, 2010

Musa jatuh, Ibrahim Ali jatuh, Fakhry jatuh, Rosmah tersembam

Oleh H FANSURI

Luka akibat kejatuhan amat pedih terasa azabnya. Minggu lalu, ketika bersolat Jumaat di sebuah masjid di Petaling Jaya, rakan saya terserempak kelibat Musa Hassan yang berkain pelekat seperti orang biasa.

Tuesday, October 12, 2010

Hang Tuah lima bersaudara memang Melayu, bukan Cina

Oleh H FANSURI

KRU Studio telah mengeluarkan suatu filem yang boleh dibanggakan kerana ia mencetak watak-watak yang pernah kita dengar dalam riwayat-riwayat lisan. 

Monday, October 11, 2010

Isu 'wang haram' Pulau Pinang, modal besar kempen di Galas

Oleh H FANSURI

Setakat yang saya dengar, sudah berlaku dua kali kutipan wang kepada warga emas itu sehingga setakat ini (atau mungkin lebih). Kali pertama oleh Dun Penaga dan kemudiannya entah di mana. Kali pertama kutipan, jumlah warga emas yang hadir 40 orang, manakala kali kedua hadir itu lebih kurang 60 orang.

Friday, October 08, 2010

Liga bola sepak ketenteraan Muslim, suatu yang mustahilkah?

Oleh H FANSURI

Pada 3 Oktober, 1993 tentera kita pernah membantu suatu operasi ketenteraan dengan menyelamatkan beberapa orang tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang di Mogadishu, Somalia.

Thursday, October 07, 2010

Ketua Pembangkang atau Ketua Pengimbang?

Oleh H FANSURI

Baru-baru ini, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah mengumpulkan beberapa penggiat media termasuk para penggiat masyarakat bagi membincangkan halatuju Geram (Gerakan Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan).

Menunggu rakyat menolak Persidangan Wanita Pertama

Oleh H FANSURI

"Sakit jiwa aku tengok Rosmah mengiklankan Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur tu," kata seorang tua di kampung saya. Rakan bualannya mengangguk. Lalu, dia menambah dengan berkata...

Tuesday, October 05, 2010

Perpepecahan, pembodohan Umno merebak ke seluruh dunia

Oleh H FANSURI

Baru-baru ini, Najib Razak telah menerima anugerah Imam Khalifah Gayong Malaysia. Politik orang-orang yang tidak jujur sudah menjalar ke dalam batang tubuh dunia persilatan kita yang suci murni.

Monday, October 04, 2010

Sebelum Singapura dilanggar todak, ingatan buat Rosmah

Oleh H FANSURI

Menurut karya sastera purba Sulalatus Salatin, dalam suatu peristiwa berdarah di Singapura, ada disebut kisah todak yang menyerang pulau itu. Tapi tidak ramai yang meneliti sebab-sebab todak menyerang negeri itu.

Warga kampus perlu turun di Galas beramai-ramai

Oleh H FANSURI

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..." --- Prof Diraja Ungku Aziz.

Friday, October 01, 2010

Tun Mahathir... tegurlah Rosmah seperti teguran ke atas KJ

Ketika liputan mengenai pemilihan pucuk kepemimpinan PKR berlangsung, bertimba-timba fitnah dan bertindan-tindan tempayan tohmah dan berkoyan-koyan andaian berlegar di rangkaian televisyen.