Monday, May 28, 2012

Nong Chik kalah di Lembah Pantai?

Nong Chik kalah di Lembah Pantai?   Oleh RUHI HAYATI THANI   Sebenarnya, tidak boleh meramalkan Raja Nong Chik kalah di Parlimen Lembah Pantai. Hal ini kerana, belum dinamakan lagi namanya sebagai calon Parlimen di kawasan itu.   Bagaimanapun, sebelum ceramah PKR dibaling batu dan telur busuk di Lembah Pantai, sudah ada acara ceramah TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) di sana juga.   Salah seorang tenaga penceramahnya adalah lelaki India yang dikatakan pernah bekerja bersama Anwar Ibrahim sebelum ini. Setelah memburuk-burukkan Anwar, beliau sudah 'isytiharkan' kepada para pendengar supaya menyokong dan mengundi Raja Nong Chik.   Lelaki India ini bukan Perdana Menteri Najib Razak yang boleh bubarkan Parlimen dan isytiharkan tarikh pilihan raya. Beliau bukan Presiden Umno, Pengerusi BN yang boleh mencalonkan nama Raja Nong Chik sebagai calon di kawasan itu.   Tapi, di atas pentas ceramah TIBAI, lelaki India ini boleh menyeru orang-ramai supaya mengundi Raja Nong Chik pula. Dia mungkin sudah diberitahu bahawa Raja Nong Chik akan bertanding. Justeru, dia menyeru penduduk di situ agar mengundi Raja Nong Chik.   Sebenarnya, cerita bahawa Raja Nong Chik akan pergi ke Lembah Pantai sudah berlegar dari mulut ke mulut orang-orang Umno, telah meniti juga daripada lidah ke lidah.   Perihal Raja Nong Chik akan bertanding di situ telah berubah menjadi suatu keyakinan yang teguh dan utuh sehingga ia menjadi tunjang keyakinan iman Umno bawahan.   Bagi memenangkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai hanya dua cara. Pertama, rakyat Lembah Pantai itu mesti diperbodohkan dan kedua, undi-undi berkati-berkati yang entah datang dari laluan mana mestilah dibawa masuk ke pusat pengundian Lembah Pantai itu.   Apabila rakyat bodoh, maka isu penyelewengan wang yang dilakukan Raja Nong Chik, bersama anaknya sebanyak RM30 juta itu sudah diketepikan rakyat hanya bermodalkan duit ringgit sebanyak RM500 untuk setiap seorang.   Penduduk di Lembah Pantai mesti dicerahkan pemikiran dan kesedaran mereka terhadap isu kronisme yang melingkari Raja Nong Chik dan anaknya. Rakyat mesti sedar bahawa kontrak bernilai RM30 juta ini sudah diberi kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin juga melalui anaknya.   Fakta ini, dan lain-lain fakta lagi sepatutnya membuatkan Raja Nong Chik rebah sendiri di mana-mana tempat yang dia mahu bertanding sekali pun. Pada tahap ini, kita panggil keadaan ini sebagai 'kalah moral', tetapi belum tentu beliau akan kalah undi nanti.   Seperti yang disebut di atas, kemenangan Raja Nong Chik boleh jadi berpunca daripada pemikiran rakyat yang belum dicerahkan, dan tipu daya undi yang entah datang di celah mana. Apa pun, adakah fakta kronisme sejumlah RM30 ini sudah diserak sepenuhnya?   Walau kita hidup pada zaman teknologi maklumat, kita masih berdepan dengan dua hal utama. Pertama, anak muda remaja yang tidak pedulikan politik. Kedua, orang tua yang ketandusan maklumat walaupun mereka hidup pada zaman teknologi maklumat ini.   Anak muda remaja hari ini yang mahir dengan segala macam perkakasan IT, mereka ini mengenali Twitter, Facebook, Blog, Yahoo Messenger, Youtube, tetapi tidak cenderung untuk menelaah dan menghadam isu-isu politik di internet, sebaliknya menggunakannya ke arah hal-hal yang tidak berfaedah seperti hal mengejar keseronokan dan hiburan.   Seterusnya, orang tua yang memang ingin mengikuti isu-isu politik. Namun, malangnya, mereka ini tiada kemahiran dalam menggunakan perkakasan IT seperti yang disebutkan di atas tadi. Jika golongan tua yang suka mendengar isu politik ini mengetahui cara-cara mengendalikan perkakasan internet, maka politik mereka boleh dicerahkan.   Akhirnya, kita terpaksa juga mengguna kaedah warisan zaman-berzaman untuk jatuhkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai itu. Sebagai termaklum, dosa dan jenayah Raja Nong Chik sudah tersohor di Kg Baru. Ramai penduduk Kg Baru anti Raja Nong Chik kerana hajat beliau ingin 'menjual dan menggadai' tanah Melayu satu-satunya di ibu kota itu.   Jika berhajat benar menjatuhkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, bawa penduduk Kg Baru berbondong-bondong ke Lembah Pantai untuk ceramahkan kebejatan moralnya di Kg Baru itu. Ya, jangan lupa juga untuk ceramah kuliahkan hal kontrak RM30 juta itu!

Saturday, May 26, 2012

KAMI perlukan dokongan muda

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merintis jalan baru selepas selesai mengadakan Konvensyen Akses Media menjelang pilihan raya umum ke-13.

Anjakan acara susulan daripada konvensyen itu semestinya dilaksanakan dalam beberapa segera, memandangkan tarikh pilihan raya dan pembubaran Parlimen itu hanya berada di hujung lidah Perdana Menteri Najib Razak sahaja.

Bagaimanapun, sebelum itu, sudah pun ada kata-kata yang seolah-olah 'jernih' berkaitan corak perjalanan media sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Contohnya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, "Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari."

Kenyataan awal SPR itu disambut KAMI dengan baik awalnya. Namun, badan yang memperjuang kebebasan akhbar itu masih kekal berpegang kepada tempoh kempen selama 21 hari, mirip tuntutan Bersih selama ini.

Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain Pesuruhjaya SPR mungkin belum lagi menyerap sepenuhnya idea-idea pengamal media mengenai perjalanan media yang sepatutnya menjelang pilihan raya nanti.

Kita perlu menyemak selalu, adakah Wan Ahmad menyedari bahawa betapa perlunya media di negara ini seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan diletakkan di dalam wadah khas sebaik sahaja tarikh pembubaran Parlimen itu diumumkan?

Rakyat perlu menyemak sentiasa, adakah pesuruhjaya SPR sedar bahawa Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan itu sepatutnya tidak perlu lagi mendengar arahan daripada Menteri Penerangan sepanjang tempoh berkempen selama 21 hari?

Jangan-jangan, rakyat sendiri tidak memahami keperluan ini. Boleh jadi, tiada yang menyedari bahawa pengamal media, seperti NUJ dan KAMI misalnya sudah pun bersetuju bahawa menteri penerangan tidak perlu berperanan dalam PRU nanti.

Kita perlu melaksanakan kempen kesedaran ke atas rakyat dan dalam masa sama, turut sesekali menyemak selalu pandangan pesuruhjaya mengenai tuntutan ini.

Tahap kesedaran rakyat mengenai peritnya wartawan, editor akhbar yang didera Akta Mesin Cetak dan Penerbitan itu masih di tahap membimbangkan.

Boleh dikatakan hampir tiada golongan yang terjun ke jalan raya semata-mata membuat ulang desakan agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Agak aneh apabila direnungkan betapa 'mudahnya' menghimpunkan rakyat ke jalan raya bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Hasilnya, berlaku pembebasan Mat Sah Satray, suami kepada Norlaila Othman dan berlaku pula pengumuman Perdana Menteri Najib Razak untuk membubarkan ISA.

Walaupun ISA akan digantikan dengan dua akta lain yang diperhitungkan sebagai lebih dahsyat selepas terjadinya demonstrasi pemansuhan ISA itu, tapi paling penting di sini adalah, wujudnya demonstrasi untuk memansuhkan akta tersebut.

Hingga kini, kesedaran untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan itu belum dapat dicurahkan lewat jalan raya, walhal kempen kesedaran dan hasutan agar rakyat turun ke jalanan itu boleh disimbah di hujung pena wartawan juga.

Syahadan, baru-baru ini, saya sempat berbual dengan Ahmad Lutfi berhubung hal hendak memajukan langkah KAMI, sekali gus memanjangkan kempen kesedaran media terhadap orang-ramai. Yang terlintas di fikiran cuma tenaga anak-anak muda.

"Kalau dapat kumpul balik mahasiswa ini, boleh buat banyak acara KAMI," kata Ahmad Lutfi, sambil menyentuh gerakan mahasiswa dalam Malaysia Bangkit itu.

Di dalam konvensyen akses media anjuran KAMI tanggal 14 Mei lalu, memang ada siswi yang tampil menyatakan kesediaan mereka dalam acara anjuran media ini.

Saya juga menyimpan harapan yang positif ke atas kesediaan mereka. Yang perlu hari ini adalah cuma sedikit waktu dalam beberapa pertemuan.

Dan dalam pertemuan itu nanti akan terkembanglah fikiran sesama sendiri untuk memperhalusi rancangan kempen media masa depan sebelum pilihan raya menjelang tiba.

Monday, May 21, 2012

Hubungan The Lady dan Bersih 4.0

Oleh BOESTAMAM SARI

Aung San Suu Kyi tersepit antara negara dan suaminya yang sedang sakit. Suami beliau Dr Michael Aris sedang tenat menanggung beban kesakitan di London oleh sebab kanser prostat.

Pihak junta tentera telah mengirim wakilnya kepada Suu Kyi untuk memilih sama ada Suu Kyi mahu meninggalkan negara ini atau pun tidak bagi menziarahi suami beliau yang sedang sakit tenat itu.

Friday, May 18, 2012

Kenapa wartawan, akhbar kurang dibela sasterawan?

Oleh H FANSURI

Sejak dahulu, wartawan dan sasterawan sebenarnya bagai isi dan kuku, aur dan tebing. Hidup saling menyatu dan bekerjasama dalam membela kebenaran.

Sasterawan Negara Usman Awang dalam sajaknya 'Zaman Ini' tidak lupa kedudukan dua kelompok ini. Beliau bermadah kata...

Saturday, April 28, 2012

Lawan samseng perlu kekerasan juga

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dalam congakan hitungan peribadi saya, samseng ini sudah mengganas dua kali. Kali pertama di Jalan Kebun. Keduanya di Dataran Merdeka itu. Tetapi, setakat ini, belum terdapat tanda gejala bahawa 'samseng' PR akan menuntut balas.

Agaknya, polis dan samseng Umno itu pun sedar bahawa 'samseng' PR tidak akan membuat apa-apa ke atas mereka itu.

Apa pun yang berlaku, kejadian yang sudah menimpa para peserta Occupy pada awal dinihari 19 April lalu itu, akhirnya membuatkan ramai penyokong Pakatan Rakyat tiba mengimarahkan semula kawasan itu dan memenuhi dataran tersebut dengan kegiatan pencerahan pada keesokan malamnya pula.

Maknanya, daripada suatu segi - percubaan samseng Umno yang mahu menakut-nakutkan revolusioner itu tidak berjaya! Rakyat semakin berani apabila mereka sedang berjuang menolak amalan penindasan.

Di suatu sudut lain pula, Unit Amal telah menyatakan tekadnya - bahawa mereka akan 'berkampung' di Dataran Merdeka sehingga acara himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April ini. Jikalau hal ini berlaku, maka semua ini petanda baik.

Mereka, Umno dan BN itu merancang, tapi Allah s.w.t juga ada rencananya. Perancangan Allah itu yang sempurna pada akhirnya. Mungkin, jika tiada perlanggaran oleh samseng itu, maka tidak ramai yang hadir memenuhi dataran menjelang tarikh 28 April ini.

Ya, itu hanya harapan. Untuk malam-malam berikutnya, kita belum tahu lagi, apakah kesudahannya?

"Dengar kata, Unit Amal dah dapat elaun," kata seorang teman. Saya geleng kepala. Memang saya tidak tahu apa-apa.

Lalu, dia menambah kata-kata, bagi tujuan mengukuhkan pandangannya sendiri tadi, "Bagus juga bila ada elaun tu.. Dah lama Unit Amal tu menumpahkan khidmat setia bakti kepada parti. Mereka mesti mendapat ganjarannya."

Rakan-rakan yang hadir bersama di Dataran Merdeka itu sudah pun membuktikan bahawa, kekentalan semangat waja itu sudah berjaya menepis usaha samseng Umno itu.

Pada malam kejadian itu juga, saya dapat menyerap rasa ketakutan yang menjalar terseludup ke dalam hati dan perasaan sekawanan jerung-jerung samseng itu. Mereka lebih banyak menjerit, "Kamera! Kamera..."

Agaknya, sekawanan samseng itu pun sedar mengenai bahaya yang mungkin mengintai mereka apabila gambar aksi serta wajah mereka terpampang secara terbuka di internet nanti. Maka, sebab itulah kamera yang lebih awal mereka cari.

Lojiknya, kalau gejala kesamsengan Umno ini tidak dibalas, maka samseng Umno ini akan bertindak buas pada kejadian yang lain pula. Hal ini kerana, mereka berasa bahawa mereka ini memang kuat dan dilindungi oleh polis.

Dalam serbuan polis nanti, sekawanan samseng Umno ini, akan terlepas begitu sahaja, dengan begitu mudahnya. Mereka ini akan menjadi lebih sombong dan berasa diri mereka berkuasa melakukan apa sahaja sehingga mengganggu tugas kita sebagai pendakwah yang menyeru ke arah usaha mengguling penindasan dan membuang penindasan Umno, BN.

Bukanlah tiada laporan polis dibuat dan bukannya tidak pernah kita melihat nombor pendaftaran motor kereta mereka di internet. Pihak polis pun memang lebih memaklumi segala perkara yang terkait dengan maklumat peribadi mereka ini.

Tapi, pihak polis seperti mendiamkan diri. Hal inilah yang menyebabkan kepercayaan rakyat kepada polis sudah terhakis. Jika hal seperti ini didiamkan, maka pihak polis akan berdepan dengan perkara yang lebih besar.

Iaitu, bagaimana jika rakyat nantinya akan bertindak sendiri, memburu samseng ini dengan bertindak memukulnya? Saat itu akan tiba apabila setiap laporan itu tidak diendahkan oleh polis, lalu sekumpulan rakyat yang sedar ini akan bertindak semula memukul samseng Umno ini?

Ketika ini apakah tindakan polis? Polis perlu sedar bahawa tindakan rakyat memburu samseng Umno ini adalah berawal daripada sikap berat sebelah polis juga. Atau, bagi 'menyelesaikan masalah', apa kata, kalau polis jangan masuk campur langsung dalam pergelutan antara rakyat dan samseng Umno pada kemudian hari nanti?

Ya, rasanya setelah rakyat mendepani banyak kejadian ditimpa musibah yang didatangkan oleh samseng Umno ini, maka tiada lain lagi. Cuma ada satu jawapan yang pasti ketika polis sudah tolak segala aduan kita ke atas samseng Umno ini.

Iaitu, lawanlah kesamsengan Umno dengan kekerasan juga!

Wednesday, April 25, 2012

Kuliah 'Occupy' dilanggar garuda samseng Umno?

Oleh H FANSURI

Konon diceritakan orang pada zaman dulu, ada garuda yang menyerang perkampungan Melayu. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, turut dikisahkan garuda menyerang bahtera yang membawa Putera Rom yang dinikahkan dengan Puteri China.

Kisah ini bermula dengan cabar-mencabar antara garuda dan Nabi Sulaiman a.s yang kerajaannya sungguh besar pada masa itu. Sumpah sang garuda kepada nabi Allah itu, "Kalau gagal, aku keluar dari bumi Tuhan ini!"

Sunday, April 22, 2012

Khemah Mogok Utusan lambang 'Occupy'?

Oleh H FANSURI

Baru-baru ini, dalam mahasiswa sudah mula keluar berontak di jalan raya utama di Kuala Lumpur. Mereka meresapkan suara yang disambut bingit deruan kenderaan di Dataran Merdeka. Himpunan itu dinamai 'Occupy Dataran Merdeka'.

"Ada 4 buah khemah," saya melaporkan kepada Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman yang ingin melihat siswa ini dari jarak dekat. Tiba-tiba, malam itu juga, ada 6 buah khemah. Untuk esok lusa, tidak tahulah berapa buah khemah lagi.

Thursday, April 05, 2012

'GA' - aksara revolusi fikiran Melayu

Oleh: H FANSURI

Menjelang musim revolusi, Melayu mesti keras dan ganas berfikir. Salah satu hal yang patut menjadi bahan fikiran Melayu adalah pengaruh aksara huruf 'ga' yang banyak membentuk faham revolusi.

Aksara huruf 'ga' membentuk kata 'gaduh' dan 'gagah'. Dalam musim revolusi, kata yang kerap didengung gema adalah 'guling'. Menurut lidah Inggeris, guling adalah 'roll'.

Sementara itu, guli adalah 'marble' dalam bahasa Inggeris. Nampaknya, dalam hal ini, 'roll' dan 'marble' amat jauh sebutannya. Ditinjau daripada sudut ini, Melayu punya cara gaya pemikiran yang rapi tersusun.

'Guling' dan 'guli' dalam Melayu sudah wujud pertalian, tidak seperti 'roll' dan 'marble'. Di sini, kita kan sakit jiwa, sakit hati, jatuh pengsan, pening, muntah darah dan terkoma kerana memikirkannya.

Jadi, pemikiran Inggeris agak kacau sebab katanya tidak selaras. Jikalau ditinjau ilmu etimologi yang menerangkan asal-usul kata, Inggeris adalah bangsa yang meminjam kata Latin, menyerap Perancis dan lain-lain kata Eropah yang lebih bertamadun.

Menjelang musim revolusi, ada baiknya kita tinjau kata 'guling'. Kata ini mengundang gambaran di fikir kita bahawa benda berguling mesti bulat, bundar. Jika ia tidak bulat dan tidak bundar, maka ia tidak bergolek atau berguling.

Kata bidalan, "Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang." Maka, golek kerap dikaitkan dengan pergerakan benda yang bulat.

Sebenarnya, kata 'guling' lebih kerap dikait dengan insan, manakala golek dikait dengan benda bulat seperti contoh bidalan di atas.

Selain itu, aksara huruf 'ga' membina kata 'gusti'. Melayu ber'gusti' untuk meng'guling' lawan. Inggeris menyebut 'wrestling' (gusti) untuk guling (roll).

Walau manusia itu daripada bentuk jasadiahnya tidaklah bulat, (kecuali orang gemuk yang kerap disebut bulat kerana sifat perutnya), namun kita tetap menyebut manusia akan jatuh terguling dan bukannya jatuh tergolek.

Contoh ayat: "Bapak Najib dijangka akan jatuh terguling dalam sebuah revolusi yang dijadualkan berlaku pada April ini." Dalam konteks ayat ini, perkataan 'jatuh tergolek' tidak sesuai sebab bapak Najib bukan benda tapi dia insan biasa yang seolah-olah mahu berkuasa mengatasi Tuhan!

Agaknya, Inggeris dan lain-lain bangsa sudah terpengaruh dengan Melayu. Saat menjaring bola, mereka pekik, "Gol!" Hari ini, kata 'gol' disepakati sejumhur bangsa secara ijmak (termasuk Kazakhstan dan Mongolia) ketika demam bola sepak.

Ya, bukankah bola itu bentuknya bulat? Dan, bukankah perkatan guling, gol, golek itu dikait dengan benda bulat? Di Malaysia, ada pemimpin PAS yang dibunuh; Abdul Samad Gol. Entahlah, boleh jadi ruh kata 'gol' ini pun berasal dari Melayu juga.

Syahadan wal arakian, banyak kata Inggeris yang tidak sepadanan lalu menambah kecelaruan fikiran. Berfikir secara Inggeris dan Barat akan menambah berat bebanan fikiran manusia dan Melayu kan bertambah kekeliruan dalam berfikir.

Akhirul kalam, aksara huruf 'ga' juga membentuk kata 'gulung' yang merujuk kertas atau tikar yang digulung menjadi bulat rupanya jika ditenung dari sudut tepi. Simpulan bahasa 'gulung tikar' merujuk perniagaan yang tidak menjadi.

Di bawah siasah kapitalis Najib-Umno, kekuasaan diibarat perniagaan jua. Alang-alang mengguling Najib, jangan lupa 'menggulung tikar' perniagaan politik Umno dan BN ini.

Wednesday, April 04, 2012

'April Fool' jatuhkan Melaka?

Oleh H FANSURI

Dalam bab 28 Hikayat Hang Tuah diperihalkan Puteri Gunung Ledang jadi Raja Melaka. Mungkin juga, watak Puteri Gunung Ledang ini bukan cuma satu, malah ramai wataknya. Puteri yang satu ini dikatakan anak raja Melaka dan mungkin bukan puteri yang dilamar raja Melaka. Wallahu'alam bissawab!

Pemerintahan puteri ini bermula selepas raja Melaka ghaib. Tiba-tiba Feringgi tiba dari arah Manila, bukan Goa, India. Pengarang ini menulis, "... maka datang sebuah kapal Feringgi di negeri Manila membawa dagangan terlalu banyak berniaga ke negeri Melaka itu..."

Tuesday, April 03, 2012

PRU dekat, Najib pilih sahabat dekat

Oleh BOESTAMAM SARI

Seorang sahabat berkata, "Hassan Ali mungkin membazir kerana belanja besar ubah suai pejabat. Tapi, tidakkah kita juga bazir sebab ambil banyak masa sehingga baru dedahkan semua ini? Atau, inilah budaya politik kanan atau kiri? Apabila tidak sehaluan lagi, maka habislah diceritakan?"

Seorang kenalan lain berkata, "Ini bukan saja budaya politik malah budaya kehidupan kita semua termasuk mereka yang berkecuali. Kawan baik hari ini, mungkin dedahkan pekung kita esok apabila kita bukan lagi rakannya."

Monday, April 02, 2012

Lawanlah karya dengan karya

Oleh H FANSURI

Sejak lama dahulu, ada sebuah cerpen tersiar. Tidak ingat saya judul apa. Kemudian seorang pengirim membantah penyiaran cerpen itu lewat mel-e. Dia mendakwa, cerpen itu memandang rendah kepada salah seorang pimpinan parti yang mendokong idea-idea Kerajaan Perpaduan.

Saya tidak pedulikan bantahan ke atas cerpen itu. Bagi saya, dalam dunia penulisan kreatif inilah masanya untuk sesiapa sahaja menggunakan bijaksana fikirannya dalam menyusun kata, mengolah ayat secara tersirat guna menyampaikan maksud-maksud yang berat.

Oleh kerana kebijaksanaan penyair dan cerpenis itu menyusun ayat, maka jangan terkejut dan tersinggung kalau-kalau karya tersebut boleh diangkat dan dinilai sebagai memihak kepada musuh parti kita sendiri.

Berdasarkan pengalaman yang ada, memang ada titipan pesanan daripada seorang penyair kepada penyair lain yang boleh dikirim lewat bahasa indah juga. Ada juga penyair yang menggubah sajaknya, lalu disebutkan sajak itu ditujukan kepada orang-orang tertentu.

Sejak dahulu lagi nenek moyang kita mengajar berbalas pantun. Sajak puisi moden pun perlahan-lahan sudah berkembang dengan pesat. 
 
Arakian dengan kebijaksanaan yang ada kepada mereka, diciptakan pula acara 'berbalas sajak, berkirim balas puisi'. Mungkin acara berbalas puisi berkirim balas cerpen itu pun dilakukan di dalam suasana keruh atau pun berbalas puisi itu dilakukan dalam suasana damai pula.

Contohnya termuat selembar sajak di ruangan ini, titipan khas ditujukan buat Dr Hassan Ali. Ada juga yang tidak menyebut nama rakannya secara terus-terang oleh sebab tujuan-tujuan tertentu yang penyunting sendiri tidak tahu. Dan, bukan tugas dan hak penyunting untuk mengambil tahu sebab itu.

Mungkin ada yang ingin mengkritik watak-watak tertentu sahaja di dalam Pakatan Rakyat, dan dia bukannya memusuhi Pakatan Rakyat secara penuh. Di dalam Pakatan Rakyat, bukan semuanya berjiwa malaikat (dan BN lagi teruk!). Oleh itu, tentu sahaja pimpinan Pakatan Rakyat ini boleh dikritik balas.

Maka, ada penyair yang meluahkan rasa kurang senangnya kepada pimpinan Pakatan Rakyat itu secara halus tersirat dan tidak bernada terus-terang. Di dalam ruangan puisi Berita Harian, saya diberitahu teman, ada sepotong bait puisi saya tersiar, bunyinya lebih kurang...

"Gadisku! Cinta teragung negara kami, diakhiri dengan pengeboman haram
hanya kerana 'gadisnya', mengemis komisen jual beli bahtera tenggelam!"


Tidak disebutkan nama Altantuya, bom C4, Najib Razak, serta kapal selam. Ia tersiar sama ada penyuntingnya terlepas pandang atau tidak faham kepada siapakah libasan kata itu ditujukan. Tapi, begitulah indah dan uniknya dunia sastera saat kita merotan jiwa manusia dengan paluan bebayang bahasa.

Syahadan, setelah kita bercakap tentang sikap nenek moyang kita yang pernah 'berbalas pantun' dan kita ikuti dengan budaya bertikam puisi, maka saya heret pula kata-kata Sasterawan Negara Usman Awang yang pernah bermadah di dalam puisinya; Melayu.

Kata beliau, "Bergaduh secara Melayu, menikam dengan pantun." Inilah yang terlebih santun. Santun itu modal akhlak; sikap bertindak. 
 
Pantun itu modal akhlak berbahasa; mengolah bicara, menyusun ayat agar kita menjadi bangsa terhormat; yang kalau bergaduh pun, nescaya dinyalakan api pertikaian itu dalam kuntuman sejambak mawar senyuman. Hidung pun masih tercium haruman kasturi guna mengelak rasa benci daripada bersemadi di hati.

Kesimpulannya, adalah lebih afdal menegur sesama kalangan penyair menggunakan laras bahasa puitis dengan madah indah juga. 
 
Lawanlah karya puisi dengan puisi, balaslah hukum qisas cerpen dengan cerpen sepertimana berbalas pantun milik pusaka moyang kita yang dikenal sebagai bangsa pencinta kesusasteraan dan persuratan. Namun, jika hendak dibantah puisi, cerpen dengan kiriman rencana pun tiada masalah.

Ia akan kekal sebagai polemik yang sihat, insya-Allah. Pilihan ada di tangan kita. Kita manusia yang bebas membuat pilihan.

Sunday, April 01, 2012

Sokongan Najib kerana undi

Oleh H FANSURI

Saya pulang daripada Sekolah Demokrasi 2.0, tajaan Roketkini (lidah rasmi Dap), Shah Alam pada 24 - 25 Mac. 

Ada pertandingan calon Presiden Sekdem 2.0 diadakan dan ada 3 buah kumpulan NGO diwujudkan dalam kempen. Dan ada kes antara penternak lembu dan pengilang yang cuba dimuhasabahkan untuk dicari langkah penyelesaian.

"Itu cerita benar yang berlaku di Felda Chuping pada 1993,"
kata ketua jurulatih kami. "Ia melibatkan tiga tahun untuk diselesaikan."

Saturday, March 31, 2012

Najib - Muhyiddin mencetak 'Angkatan Gagap'?

Oleh H FANSURI

Setiap tahun akhbar-akhbar kita akan dengan megahnya memahat kata-kata bahawa pendidikan negara telah mencetak pelajar yang mewah A berganda. Tetapi, pelajar yang mendapat A, meraih markah tertinggi di dalam matapelajaran ini bukanlah alat untuk meluruskan kembali fikiran masyarakat.

Lalu, sistem pendidikan hari ini tentu sahaja masih bermasalah besar, kerana bangsa ini belum pernah mencetak anak-anak muda yang menggalas tugas untuk membantu rakyat menjadi cepat dewasa dan matang dalam politik kenegaraan.

Friday, March 30, 2012

Najib tersepit antara mufti dan Rosmah

Oleh BOESTAMAM SARI

Sebuah akhbar Singapura menyiarkan kisah keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Abd Jalil yang memiliki empat firma berdaftar di negara pulau republik berkenaan.

Jadi, bukan mudah kalau ingin menegakkan nilai kesederhanaan Wasatiyah dalam diri dan keluarga Umno hari ini. Antara saranan mufti serta perintah Rosmah, Perdana Menteri Najib Razak tersepit banyak hal juga. 

Jangan digimikkan gaji pada Hari Buruh

Oleh RUHI HAYATI THANI

Rasulullah s.a.w bersabda: "Berikan upah kepada pengambil upah sebelum kering peluhnya". (Ibnu Majah). Hari ini, dalam membahas hubungan majikan dan buruh, Islam melihat pekerja bukan hamba manusia untuk menghasilkan pengeluaran. Ini kerana, penghambaan yang sebenarnya cuma kepada Allah S.W.T.

Oleh itu, mestilah diusahakan agar diwujudkan keadilan antara majikan, buruh di mana gaji yang diberi setimpal dengan kerja yang dipikul buruh. Malah, baginda berpesan, upah mesti disegerakan sebelum kering keringat buruh.

Wednesday, March 21, 2012

Apakah Najib akan bela Imam Hoslan?

Oleh BOESTAMAM SARI

Baru-baru ini sudah heboh mengenai cerita seorang anak yang tergamak tinggalkan ibunya yang lumpuh di sebuah hotel bajet. Masyarakat kini sedang menuju ke arah bibit keruntuhan budi. Di pihak atasan dan bawahan, keruntuhan budi bermaharaja- lela.

Hotel bajet itu terletak di Kg Baru, Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Kisah beliau dipaparkan di Malaysia Hari Ini (MHI) pada pagi 12 Mac lalu. Tiadalah orang yang mengetahui bahawa di hotel itu sudah bersimbah air mata berjurai milik seorang ibu tua lumpuh dari Kg Jawa. Dia menangis ditinggalkan anaknya.

Ibu dan bapa adalah aset berharga menuju ke syurga. Kalau tiada syurga dan neraka sekali pun, jika tiada dosa pahala membela ahli keluarga sekali pun maka rasa belas kasihan itulah aset mustahak yang melayakkan kita semua digelar manusia penuh kemanusiaan. Lumpuh si ibu tua boleh dirawat terapi. Lumpuh rasa belas kasihan di hati anaknya itu, entah siapakah yang peduli lagi?

Tindakan membuang anak itu barangkali tidak sama seperti sikap dan tindakan Najib Razak 'memecat' Shahrizat Abdul Jalil atas nama peletakan jawatan dengan rela hati. Tindakan anak 'memecat' ibu tua dari rumah tidak seperti 'pemecatan' Shahrizat daripada jawatan. Dua wanita, dari dua belahan dunia berbeza. Shahrizat menteri wanita 'dipecat' ketika seorang ibu tua 'dipecat' dari rumah anaknya di Kg Jawa.

Kita wajar bertanya - di manakah hilangnya kemanusiaan ketika Najib Razak memerintah hari ini? Terdahulu sebelum ini, Najib meminta supaya golongan ulama, cendekiawan Muslim dan penulis maya bergabung sebagai satu benteng kukuh dalam mempertahan kepentingan dan maruah Islam.

Tetapi, adakah Najib Razak pernah menanamkan benih fikirannya ke dalam jiwa penulis blog, ulama dan cendekiawan Muslim itu agar mereka sedar iaitu kedudukan kasih sayang itu sangat penting dan bernilai untuk masa depan negara?

Antara tanda bahawa Najib Razak telah ketandusan kasih sayang adalah pengecilan tanah rizab Melayu yang kini tinggal sekitar 1.3 juta hektar saja. Jika beliau kasihkan Melayu, kenapa ada 273 ekar tanah Kampung Melayu Tradisi Kg Chu Badak Sentul Kuala Lumpur yang telah diambil alih? Di sana, sekitar 160 buah keluarga dihalau bagaikan pelarian.

Tetapi dalam keadaan begitu pun Najib masih berpesan secara tidak bertanggungjawab terhadap tiga kumpulan yang bertenaga dalam bidang pemikiran dan penulisan ini; ulama, penulis blog dan cendekiawan Muslim. Katanya, tiga kumpulan itu perlu prihatin ke atas perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan agar setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat.

"Justeru berjihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariah Islam sama ada melalui penulisan atau percakapan hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas, beramanah, maklumat yang jujur dan tepat, serta tidak mengelirukan pihak yang mendengarnya," kata beliau lagi.

Kenapakah Najib hanya mahu penulis blog, ulama dan cendekiawan itu menulis dasar kerajaan saja? Sebetulnya, jihad dalam tafsiran Najib Razak adalah menyebarkan maklumat di pihak kerajaan sahaja dan pihak atasan sahaja dan ia bukannya melibatkan sebaran maklumat di peringkat rakyat bawahan.

Kenapa tidak Najib bersikap lunak dan mengambil peduli hal-hal yang dibangkitkan oleh mereka dan cuba selesaikan sedaya-upaya. Inilah hubungan dua hala yang sepatutnya dirintis dan dibina oleh seorang Perdana Menteri. Najib tidak boleh melaksanakan semua ini kerana di hatinya telah berkubur kasih sayang.

Terbaru, heboh mengenai seorang imam masjid yang berjihad menolak penyelewengan wang di sebuah masjid. Tetapi imam itu digari bagai penjenayah. Imam Hoslan Hussein, hatinya bertambah parah melihat kecurangan hakim. Seliparnya dilempar sebagai tanda protes!

Lalu, beliau dihukum penjara setahun secara tiba-tiba. Jika ada sedikit ruang untuk berkasih sayang di hati Najib, maka beliau akan turun membela Imam Hoslan itu. Tetapi, apakah Najib Razak akan turun membela keluarganya yang daif itu, tidak dapat dipastikan lagi.

Harakah menyumbang RM2,000 kepada keluarga Imam Hoslan hasil sumbangan umat. Majlis pertunangan anak Najib Razak dan putera Kazakhstan telah menelan belanja RM400,000! Jumlah ini adalah 200 kali ganda dibanding sumbangan rakyat ke atas Imam Hoslan yang disampaikan lewat Harakah.

Pada musim orang buang ibu di hotel bajet ini, rakyat tertanya-tanya, pudarkah rasa kasih Najib sehingga begitu tega membiarkan keluarga Imam Hoslan terkontang-kanting sendirian tanpa bapa dan suami? 

Jangan terlalu ikut telunjuk Rosmah, inginkan majlis pertunangan yang mewah tapi membiarkan ibu tua ditinggal kesepian di hotel bajet sekali gus begitu tega melihat kesengsaraan keluarga Imam Hoslan terkapa-kapa tanpa pembelaan sewajarnya.

Tuesday, March 20, 2012

Isu Syria: Sejak bila KPT bertanggungjawab?

Oleh BOESTAMAM SARI

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas siswa yang enggan pulang dari Syria. Ada hal aneh apabila KPT angkat bicara mengenai hal kebertanggungjawaban. Sejak bila KPT terfikirkan tanggungjawab ini? Semak kedudukan siswa di Upsi dan kisah UKM4, adakah mereka ini dilayan secara bertanggungjawab oleh KPT?

Apabila wartawan bertanya kepada Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin, maka jawapan yang paling kerap diterima adalah - nasib pelajar diserahkan kepada universiti. Biarlah universiti mengambil tindakan ke atas mereka.

Shahrizat letak jawatan, bukan tamat masalah

Oleh RUHI HAYATI THANI

Sebenarnya, Shahrizat Abdul Jalil telah pun kaya bersama keluarganya dan beliau tidak perlu bekerja lagi sebagai menteri. Di celah-celah kerancakan dan riuh rendah rakyat yang mahu Shahrizat dipecat itu, kerajaan menyangka - bahawa 'pemecatan' (peletakan jawatan) itulah langkah penyelesaian ke atas segala-galanya. Padahal, hakikat sebenarnya bukanlah sebegitu.

Shafie Apdal dalam kenyataannya memuji penuh tindakan Shahrizat ini. Katanya, rakyat tidak menilai sikap mulia ini (meletak jawatan) sebagai mengikut kehendak pembangkang. Hal ini, menurutnya, adalah sikap mulia yang wajar dicontohi.

Sunday, March 18, 2012

Abai Syria, kecoh Israel demi PR

Oleh RUHI HAYATI THANI

Sekurang-kurangnya, ada dua isu antarabangsa melibatkan kaum Muslimin yang sepatutnya dinyalakan api perbincangan mengenainya dengan nyalaan yang terang. Iaitulah isu kekejaman di Syria dan keduanya isu penindasan rakyat Palestin oleh ketenteraan Israel.

Tapi, antara Syria dan Palestin, nampaknya media-media dan akhbar yang dikawal rapi seutuhnya oleh BN telah memilih isu Palestin (setepatnya Negara Israel) untuk dibahaskan oleh rakyat. Kenapakah hal ini terjadi sedemikian rupa?

Saturday, March 17, 2012

'Usrah' PPSMI - mingguan atau bulanan?

Oleh H FANSURI

Sekitar 2005, ketika bekerja sebagai wartawan di Siasah, saya menemani Ahmad Lutfi Othman ke Kolej Era Baru di Kajang. Ketika itu sudah ada ura-ura di pihak kerajaan hendak melaksanakan dasar PPSMI ini secara menyeluruh ke atas semua jenis sekolah termasuk aliran Cina dan Tamil juga.

Langkah kerajaan untuk meng'PPSMI'kan sekolah bukan aliran kebangsaan ini dibantah keras oleh kumpulan Dong Jiao Zhong (DJZ). DJZ adalah perkumpulan NGO Cina yang aktif dalam mengangkat wacana berhubung usaha memartabatkan pendidikan kaum Cina. Ekoran itu, DJZ bertindak memanggil kumpulan NGO Melayu dan India juga.

Friday, March 16, 2012

Hoslan: dosa sejengkal hukuman sedepa

Oleh BOESTAMAM SARI

Ketika Imam Hoslan membaling selipar ke arah panel hakim, maka hal itu boleh kita sebut sebagai maklumbalas yang terzahir ekoran luapan kemarahan beliau terhadap hukuman ke atasnya. Dia tidak pernah merancang hendak melakukan sedemikian.

Perilaku sebegitu tentu terjadi secara tiba-tiba dek kemarahannya itu. Juga, hal sedemikian boleh juga disebut sebagai ilham Allah ke atas dirinya untuk menyentuh batin nurani dan sanubari manusia agar terfikir sesuatu - adakah mahkamah sekular hari ini layak dimuliakan rakyat?

Thursday, March 15, 2012

Kekirian Usman Awang; menyokong PKMM, Parti Rakyat

Oleh H FANSURI

Penyair revolusioner Hasan Bin Tsabit sememangnya kerap memuji baginda Rasulullah s.a.w lewat persembahan syair gubahannya. Antara syair beliau:-

"Dikaulah kedua-dua cahaya mata ini
dengan kepergianmu yang berwibawa,
aku seketika terzahir sebagai lelaki buta
yang tidak berkuasa lagi memandang cahaya
sesiapa pun yang ingin mati menjejakmu
biarlah dia pergi menemui ajalnya.

Dan aku, cuma risau dan terharu
dengan pemergian terindahmu."


Penyair revolusioner Hasan Bin Tsabit adalah penyair berhaluan kiri pada masanya melawan gubahan penyair Jahiliyah yang memihak Musyrikin Quraisy yang angkuh seperti Umno dan BN. Hari ini, antara penyair yang terserlah jiwa kirinya adalah Usman Awang.

Usman mengetengahkan banyak sajak untuk rakan revolusioner di dalam gerakan parti Melayu berhaluan kiri seperti Parti Rakyat dan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Antara yang disokongnya adalah Hasnul Hadi, politikus Parti Rakyat dari Melaka.

HASNUL HADI PUTRA SELAT MELAKA

"Hasnul Hadi,
suaramu adalah suara rakyat tertindas
jiwamu adalah jiwa berdarah luka pahlawan
tidak ada tolak ansur untukmu
tidak ada langkah mundur bagimu
tidak ada perkataan menyerah dalam dirimu;
kau berjuang dan jatuh
lalu berjuang dan bangun lagi
jatuh lagi, kau bangun dan terus berjuang...

Hasnul Hadi,
kalau ada yang paling berharga milikmu
semuanya telah kau berikan;
kau berikan titi keringatmu
kau berikan tenaga khidmatmu
kau berikan kebahagiaan rumahtanggamu
dan untuk semua ini hadiah yang kau terima
derita dan penjara.

Kau tidak dapat dikalahkan
oleh penjara dan tahanan;
kau tidak dapat ditundukkan
oleh ancaman dan seksaan;
kau tidak dapat dilumpuhkan
oleh menyakit yang melumpuhkan;
suaramu lantang mengungkapkan
keadilan dan kebebasan setiap insan
tanpa mengenal warna kulit dan keturunan.


Hasnul adalah calon Parti Rakyat. Parti itu tertubuh setelah British haramkan PKMM. Dalam kata lain, Parti Rakyat adalah penerus perjuangan PKMM.

Sementara itu, lewat novel Tulang-Tulang Berserakan (TTB) tertuang baris kata yang memihak kepada perjuangan PKMM pada era penentangan terhadap penjajahan British.

"Orang PKMM. Dah beberapa bulan ini Koperal Dolah dan sesetengah mata-mata ada menderma kepada PKMM. Jadi itulah tadi Koperal Dolah bercakap dengan aku pasal itu. Tidak banyak, kalau boleh lima puluh sen seorang sebulan,” Leman melanjutkan penerangannya.

"Ah, lima puluh sen bolehlah," Mamat menjawab.

"Ya, aku pun setuju."

"Tetapi tak salahkan kita menderma?" Mahmud bertanya.

"Kalau nak ikut salah memang salah. Kita orang polis tak boleh bantu dan campur politik. Tetapi janganlah diheboh-hebohkan. Cukup bulan dapat gaji, beri sajalah."
(halaman 74)

Sementara itu, pada halaman berikutnya; 75 (TTB), Usman mencatatkan sebagai berikut:-

"...Risik-risik orang polis memberikan derma untuk partai PKMM ini ada juga sampai ke telinga ketua-ketua Melayu mereka, tetapi kebanyakannya tidak mengambil berat sangat. Hanya seorang dua daripada bahagian Special Branch yang mencuba mengorek-ngorek tetapi kemudiannya hilang begitu saja penyiasatannya."

Timbul riak gelisah bergelora sesetengah penulis karya kreatif mengenai kedudukan betul salahnya seseorang penyair, penulis novel, cerpenis jika mahu memihak kepada parti politik tertentu, khasnya haluan kiri.

"Sepatutnya kita orang tengah, menjadi detak nadi kuasa ketiga,"
kata mereka. Saya fikir, mahaguru penyair Usman sudah jawab hal ini lewat sikapnya. Tidak salah menjadi orang tengah dan bukan salah jika mahu memihak parti tertentu.

Tapi adalah masalah jika mahu (kononnya) jadi orang tengah dan dalam masa sama tidak berlapang dada (lalu memandang rendah kepada sikap penyair memihak parti tertentu). Kalimat 'hizb' (parti) jelas hadir dalam al-Quran. 

Usman memilih jalan pemberontakan-memihak kepada Parti Rakyat, PKMM dan sosok politikus berhaluan kiri, seperti mana penyair Hasan Bin Tsabit, memihak Hizbullah (parti Allah) yang dipresidenkan oleh baginda Rasulullah s.a.w!

Wednesday, March 14, 2012

Kiriman balas surat buat Rafidah Zahari

Oleh H FANSURI

Anak Zahari Hasib, puan Rafidah mengirim surat ringkas dengan titipan puisi dengan iringan Al-Fatihah kepada kami. Demikian antara isi suratnya itu.

Salam, Encik H Fansuri,

Saya Rafidah Zahari, anak kepada Allahyarham Zahari Hasib ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada Harakah kerana telah menyiarkan sajak-sajak ayahanda saya sepanjang karier beliau sebagai penulis.

Tuesday, March 13, 2012

Derma BR1M demi Islam tidak salah

Oleh RUHI HAYATI THANI

Perdana Menteri Najib Razak tidak kemas menyusun hujah mengenai Negara Berkebajikan. Katanya, 'Welfare State' menyebabkan negara miskin. Walhal sebelum ini beliau mendakwa, Umno sudah pun membangun Negara Kebajikan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya, adalah contoh Umno menjaga kebajikan. Mulanya Umno tiada masalah dengan BR1M, sehinggalah ahli PAS memanfaatkan wang itu untuk tabung pilihan raya.

Monday, March 12, 2012

Wujudkah kempen perang ketakutan mufti?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Di Utusan Online, ada kenyataan Mufti Pahang Abdul Rahman Osman tentang kempen mengundi ini. Berkata beliau, "Mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan."

Memang dalam Islam, jelas wujud arahan Tuhan untuk mengangkat pemerintah bertujuan menyelesaikan urusan umat. Firman Tuhan, "Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..."

Saturday, March 10, 2012

Tuduhan khalwat diselubungi keraguan

Oleh BOESTAMAM SARI

Malam larut ke dinihari. Tapi, saya hadir juga dalam acara pengkebumian arwah Mohamed Shafri Shamsuddin, bekas wartawan Harakah selepas selesai solat jenazah itu. Di tanah perkuburan itu saya melihat kelibat Ustaz Badrulamin menabur semula saki baki tanah ke dalam liang lahad arwah Shaffri itu.

Dalam berpeluh keringat, beliau berpesan kepada para penggali kubur, "Mampatkan tanah, tapi jangan dipijak-pijakkan tanah tu."

Friday, March 09, 2012

Persatuan penulis perlu mesin cetak sendiri

Oleh H FANSURI

Sememangnya banyak kiriman cerpen, sajak rencana yang sampai ke meja sastera sama ada dalam bentuk salinan kertas 'hard-copy' ataupun 'soft-copy' di dalam bentuk kiriman mel-e. Ada ramai yang gigih mengirim sajak, puisi, tapi sayangnya oleh mutu bahasa, maka tidak dapat disiarkan juga.

Kadangkala, timbul rasa kasihan juga. Jadi, terpaksa dilepaskan juga walaupun dengan berat hati dan rasa payah sekali.

Thursday, March 08, 2012

Tanah Melayu dikhianati, masa untuk PR diundi

Oleh RUHI HAYATI THANI

Johor dilihat sebagai kubu kuat Umno dan Melayu. Sama ada ia akan dirobohkan Pakatan Rakyat pada masa depan, itu tidak diketahui lagi. Wajah-wajah pengkhianat Melayu dikatakan dari sana juga. Umno ada sejarah panjang menodai bahasa Melayu.

Sebagai termaklum, Perdana Menteri Najib Razak telah menukar nama stesen bas Puduraya kepada Pudu Sentral. Ini adalah bukti pengkhianatan Najib ke atas bahasa Melayu. Yang bergelar pejuang bahasa masih memberi undi kepada Umno walaupun banyak pengkhianatan Umno ke atas bahasa Melayu.

Wednesday, March 07, 2012

Melayu belum sedar MCA bodohkan Umno?

Oleh BOESTAMAM SARI

Di mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"

Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.

Tuesday, March 06, 2012

Pencemaran Lynas penting dibahas dibanding khalwat

Oleh RUHI HAYATI THANI

Musibah itu melanda kira-kira hampirnya himpunan kilang Lynas akan diadakan di Kuantan. Ustaz Badrulamin memimpin satu angkatan ke Kuantan untuk menghadiri satu mesyuarat yang melibatkan temu rapat antara pimpinan PKR di seluruh negara.

Tiba-tiba, langkah sedikit sumbang. Dengan itu, timbul isu khalwat. Sebenarnya, laporan akhbar masih awal dan berada di tahap yang masih meragukan. Jadi, tidak perlu ditumpukan kepada sesuatu yang meragukan. Yang diyakini benar adalah kilang Lynas yang beroperasi untuk menjahanamkan Malaysia.

Monday, March 05, 2012

Debat Anwar-Najib, jangan sampai rakyat berdemo

Oleh RUHI HAYATI THANI

Debat itu hak rakyat untuk menilainya. Kenapa Dr Mahathir, selepas tinggalkan politik, masih diktator? Kenapa beliau fikir, suaranya akan tenggelamkan suara rakyat yang menuntut agar debat Anwar - Najib dilaksanakan? Adakah beliau mahu rakyat berdemonstrasi agar Najib sedia debat dengan Anwar?

Apabila Dr Mahathir menolak debat diadakan antara Anwar - Najib, lebih ramai rakyat berfikir. Adakah beliau takut Najib akan tergelincir lidah dan akan terbongkar lebih banyak salah laku kerajaan sejak era pemerintahannya?

Saturday, March 03, 2012

Arwah Zahari Hasib dalam kenangan

Oleh H FANSURI

27 Februari, 2012 | malam 'deadline'

Saya mengenali Zahari Hasib sejak 2005 saat mula bekerja di Siasah. Pada suatu pagi, dia hadir ke pejabat untuk mengirim hadiah gula-gila buat Ahmad Lutfi Othman yang mentadbir akhbar itu. 

Kebetulan, Ahmad Lutfi tiada lalu dia pulang begitu saja. Sejak itu, saya fikir, dia hadir ke ibu kota, semata-mata ingin mengirim hadiah kepada beberapa orang akhbar.

Wednesday, February 29, 2012

Politik kepartian sasterawan, suatu persoalan

Oleh H FANSURI

Pengalaman dalam Sekolah Demokrasi 1.2 anjuran Roketkini (lidah rasmi Dap) yang berlangsung pada 18 - 19 Februari lalu adalah dirujuk. Saya sertainya dan terasa betapa kuatnya kesan terhadap diri. Antara yang begitu kuat mengusik rasa ialah apabila melakukan sidang Debat Parlimen secara olok-olok.

Di dalamnya telah pun merebak beberapa nilai yang tidak sempurna dan boleh mencalarkan nurani insaniyyah. Walaupun ianya olok-olok, tetapi kejadian membeli ahli-ahli parlimen itu telah menjadi seperti sebuah kejadian yang benar-benar berlaku.

Tuesday, February 28, 2012

Najib hadir acara agama lain bukan sekali

Aqidahnya dalam acara dulu bagaimana?
Oleh BOESTAMAM SARI

Di dalam penutupan program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri pada 19 Februari lalu, barulah Najib Razak menjelaskan kedudukan aqidahnya.

Secara terbuka, Najib menyentuh perkara aqidah itu bagi menerangkan kedudukan teguran Mufti Perak, Harussani Zakaria berhubung kehadiran beliau ke dalam sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Saturday, February 25, 2012

Kejujuran berkarya terhakis oleh 'ghanimah'?

Oleh H FANSURI

Ketika karya-karya novel Putera Gunung Tahan, Tulang Tulang Berserakan dan lain-lainnya disebar ke tengah masyarakat, para penggiat persuratan tidak berkarya untuk terima anugerah agaknya. Ia semata-mata dikarang bertujuan menolak amalan penindasan, penjajahan dan kezaliman penjajah.

Lalu, pengarang novel ini bagai pasukan askar fizikal yang bergelut dengan askar-askar pemikiran yang dakyahnya dibentuk penjajah di akhbar, radio dan televisyen. Barangkali, itulah antara bentuk senjata media pada zaman lalu.

Friday, February 24, 2012

Maulid dirai, sunnah rasul Najib tinggalkan

Oleh RUHI HAYATI THANI
Maulid Nabi baru sahaja berlalu. Tetapi masyarakat kita khasnya Najib Razak belum dapat meresapkan pengertian sebenar sunnah ke dalam pentadbiran beliau. Ambil satu contoh mudah. Masih ada kalangan Umno yang meletak kepala lembu dan kepala babi di dalam masjid.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah dihadiahkan dengan najis. Semua ini adalah simbolik kepada penghinaan Umno, BN ke atas PAS serta Pakatan Rakyat. Sikap ahli-ahli Umno ini sebenarnya mirip kepada sikap orang-orang Jahiliyah dahulu.

Contohnya, kita lihat, betapa bahtera Nabi Nuh a.s sudah dihumbankan dengan najis manusia sebagai suatu cara untuk mengejak baginda. Lihatlah juga bagaimana baginda Rasulullah s.a.w telah disimbahkan dengan najis unta di atas kepala baginda sendiri tatkala baginda bersujud di depan Kaabah.

Yang datang menghinakan baginda itu tidak lain dan tidak bukan, adalah bapa saudara baginda sendiri, iaitu Abu Jahal!

Ringkas kata, sikap meletakkan najis dan kepala bangkai ini, jika kita telusuri sejarah lalu kita cermati dan teliti sikap, perangai Umno ini, maka kita akan mencapat kata sepakat muafakat bahawa Umno dan Jahiliyyah musyrikin Quraisy dan sikap umat derhaka Nabi Nuh a.s itu tidaklah jauh bezanya.

Najis, bangkai, Umno, Jahiliyah Abu Jahal dan penghinaan kaum Nabi Nuh a.s memang mirip sama lantaran jiwa kaum penderhaka ini bermuara daripada hal yang sama, iaitu kekufuran dan jahiliyyah. Semua ini berpunca daripada kesombongan, ketakburan, dengki dan iri hati yang terjadi sesama mereka.

Kisah najis unta diletakkan ke atas kepala junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ini wajarlah diperingatkan selalu. Cerita Abu Jahal menghina anak saudaranya sendiri, patut disingkap bertalu-talu dengan menyentuh perihal kejadian yang kerap berlaku mutakhir ini.

Umat mesti dibangunkan fikirannya tentang punca-punca kenapa Umno bertindak sebegitu. Walaupun pelaku yang meletakkan kepala babi itu belum lagi dikenalpasti, tapi satu dunia mengetahui bahawa Umno Pulau Pinang juga yang telah merakam sejarah dengan menghadiahkan najis kepada Guan Eng.

Jadi, semua ini - najis, bangkai kepala babi dan kepala lembu ini secara lojiknya datang daripada kumpulan yang sama, iaitu kumpulan yang sudah rosak akklak dan lumpuh pula jiwanya. Terhadap hal yang satu ini pun, Najib Razak gagal menanganinya dengan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Mengapa kita katakan bahawa Najib Razak berdiam diri. Ambil satu contoh mengenai suatu kes yang jelas ketara dan terang lagi bersuluh, iaitu tindakan segelintir ahli Umno Pulau Pinang menghadiahi najis itu.

Persoalan yang kita mahu bangkitkan di sini, sebagai Presiden Umno, adakah Najib Razak telah mengambil langkah secara 'gentlement' dengan meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu, bagi pihak ahli-ahli Umno Pulau Pinang?

Adakah Najib Razak memberi hukuman ke atas sikap ahli-ahli Umno Pulau Pinang itu? Setakat catatan ini ditulis, belum lagi kita dengar ucapan maaf dari Najib Razak dan belum ada sebarang hukuman dikenakan ke atas ahli-ahli Umno yang biadap itu.

Jadi sikap Najib Razak ini bukanlah ciri-ciri pentadbiran mengikut sunnah baginda Rasulullah s.a.w dalam menyusun pentadbiran kerajaan. Baginda amat memerangi sikap Asobiyyah, iaitu semangat kesukuan, walaupun suku kaum sendiri telah melakukan kezaliman.

Jadi, sikap menyokong Asobiyyah ini adalah bid'ah kerana semangat dan jiwa Asobiyyah memihak terhadap kezaliman. Lawan bagi kezaliman (asobiyyah) ini adalah bersikap adil dalam pemerintahan negara. Maka, bersikap adil dalam pentadbiran negara itu adalah sunnah.

Sunnah pemerintahan inilah yang wajib Najib Razak tegakkan. Dalam kes menghadiahkan najis kepada Guan Eng ini misalnya, Najib Razak enggan minta maaf bagi mewakili kesilapan Umno Pulau Pinang. Najib akan tetap setia membela Umno Pulau Pinang walau mereka zalim, kerana kezaliman ahli Umno itu dilaksanakan bagi mendatangkan kesusahan buat musuh Najib Razak sendiri.

Jadi, untuk apa Najib menyelar sikap ahli-ahli Umno yang berlaku biadap selama ini ke atas Pakatan Rakyat? Adalah wajar bagi Najib membiarkan sahaja perilaku kotor dan sikap jijik ahli-ahli Umno itu kerana tindakan jijik itu memang satu cara untuk Najib Razak membalas dendam terhadap Pakatan Rakyat melalui tangan ahli-ahli Umno sendiri.

Najib Razak tidak mungkin mara ke depan untuk menghadiahi najis kepada Guan Eng kerana mahu menjaga imej dan reputasinya. Diamnya Najib ke atas sikap ahli Umno Pulau Pinang itu sudah menandakan bahawa beliau bersetuju dengan sikap ahli Umno Pulau Pinang itu. Tiadanya tindakan diambil Najib ke atas mereka itu, sekali gus membuktikan bahawa Najib bersetuju dan menyokong secara diam-diam.

Maka, tinggalkanlah bid'ah dalam pemerintahan (kezaliman, sikap Asobiyyah) dan kembali kepada sunnah nabi dalam pemerintahan iaitu keadilan.

Thursday, February 23, 2012

Kebudayaan Valentine dan Anna Leonowens



Oleh H FANSURI

1. Gerakan bantah Valentine mesti bersifat antarabangsa

Lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats, M Nasir, S Amin Shahab) sempena Valentine itu ada sambungannya. Di dalam lagu 'Setahun Sudah Berlalu', tercurah bait kata, "...Setahun sudah berlalu, FEBRUARI muncul kembali, ...tanpa kusedar, kupetik mawar merah, kutulis sekuntum puisi..."

Saya tak fikir, rakyat revolusioner mesti tunjukkan sikap memusuhi penyanyi dan penggubah lagu dan penulis lirik. Dalam era penggulingan Najib Razak, kita perlu lebih ramai penulis lirik dan penggubah lagu yang menyalakan api pemberontakan sekaligus meniup semboyan penggulingan Najib Razak. Era jahiliah yang lalu biarlah terus berlalu.

Wednesday, February 22, 2012

Harussani, Hassan harus luruskan aqidah Najib


Oleh BOESTAMAM SARI

Seperti yang disebutkan Hassan Ali, aqidah adalah penting dalam kehidupan. Doa Hassan dalam menangis sendu sebaknya di atas pentas itu barangkali sudah didengari dan diaminkan para penduduk di langit agaknya. Maka, tibalah Thaipussam dan Najib Razak pun pergilah ke upacara agama itu.

Kembali kepada Najib, penganut Hindu tidak tahu pantang-larang Islam yang menganjurkan Muslimin tidak menghadiri upacara agama lain. Melainkan kenduri, rumah terbuka yang tidak dikenakan apa-apa simbol dan bacaan mantera yang berkaitan upacara keagamaan itu.

Tuesday, February 21, 2012

Israel jajah Malaysia selepas British, Amerika?

Oleh BOESTAMAM SARI

Kisah Hassan Ali yang hidup dalam 'buangan' adalah dirujuk. Beliau dipecat sebab 'dosa' menghalang orang ke himpunan 901. Setinggi-tinggi kenyataan untuk selamatkan politiknya adalah berbicara dalam jalur laras bahasa seorang demokrat.

Hassan boleh memilih perkataan lunak, "Rakyat kita boleh berhimpun. Perundangan negara menyatakan bahawa rakyat bebas untuk berhimpun..." Dia boleh berkata begitu dalam keadaan hatinya menyimpan rasa kurang senang ke atas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Laras ucapan lebih selamat. Ini bermakna, kalau beliau anjurkan Himpun, maka sesiapa saja boleh hadir perhimpunan itu. Begitu juga sesiapa pun boleh hadiri perhimpunan 901 itu.

Tapi, Hassan Ali bertindak jauh. Semangat demokratiknya menjadi teka-teki ramai orang. Rasa kurang senang sesetengah ahli PAS dan simpatisan PAS ke atas Hassan Ali ini bukan hal baru. Olahan bicara Hassan dalam kenyataan ini membuatkan ramai yang terfikir, "Ada masalahkah dia dengan Anwar?"

Peliknya, cuma Hassan Ali yang bebas bercakap dalam siri jelajahnya. Walhal, dunia hari ini, khasnya Malaysia sedang menyaksikan perang antara Najib dan Anwar dan patutnya jelajah 'road-show' akan mempertemukan kedua-dua mereka dalam debat. Tapi, debat itu 'dihalang' Ahmad Maslan kerana satu Umno sedar Najib takutkan Anwar. Jadi, hanya lidah Hassan terbuka walhal debat Anwar - Najib itu tertutup rapat, terkunci mati dengan rapi sekali.

Jika debat wujud, banyaklah isu berbangkit hari ini boleh dijawab oleh kedua-dua mereka secara pantas tuntas. Di celah kematian debat, dan kebebasan Hassan Ali menjelajah Malaysia atas nama aqidah, tiba-tiba mencelah isu kelapa sawit kita yang sudah berada di persada Israel.

"Najib Razak pro Israel secara diam-diam," kata seorang teman. "Jika tidak, kenapa minyak kelapa sawit kita telah tiba ke Israel?" Saya menasihatkannya agar tidak terlalu melulu membuat tuduhan. Tetapi, hal itu, sama ada benar atau tidak, Najib sudah membayar sejumlah wang besar kepada Apco Israel. Soalnya, adakah hal ini terkait dengan sikap Malaysia yang seolah-olah menjual tanah Felda ke Israel dengan mengapungnya di Bursa Saham?

Kalau yang disebut rakan saya ini benar, maka Israel mungkin sudah dan sedang menjajah Malaysia. Tempoh ini berlangsung selepas penjajahan British ke atas Malaya dan selepas USA 'menjajah' Malaysia secara tersirat. Hassan Ali patut peka menghidu jenayah Israel ke atas muslimin di Malaysia ini.

Apa pun yang berlaku, Hassan Ali mesti menyemak kenapa Malaysia beriya-iya hendak meletakkan Felda di Bursa Saham. Adakah pasukan pelobi Yahudi dan Israel akan membeli tanah di Felda? Pendedahan tentang kelapa sawit kita sudah berlayar ke pelabuhan terbesar di Israel; Ashdod yang jarak tempat itu kira-kira 40 km dari Tel Aviv itu benar-benar mencemaskan.

Bagaimana buah kelapa sawit Malaysia ini ada di sana? Adakah tanah Felda bakal dijual sedikit demi sedikit kepada Negara Israel nanti? Kalau benar, Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak adalah pengkhianat Melayu, pengkhianat Islam dan kedua-duanya pengkhianat kepada bekas PM Abdul Razak.

Walhal Abdul Razak itu bapa Najib Razak dan beliau inilah yang membantu Dr Mahathir ketika Tunku Abdul Rahman memecatnya daripada Umno dahulu. Dalam politik dagangan antara Israel dan Malaysia hari ini, nampaknya semua perhubungan kawan dan ayah itu sudah pun ditolak ketepi.

Kita semua rakyat Malaysia, termasuk Hassan Ali wajib bertanya, adakah benar Israel telah dibenarkan mengaut keuntungan dengan memasarkan kelapa sawit Malaysia ini? Bertanya bukanlah satu jenayah di Malaysia ini. Yang menjadi jenayah adalah meletupkan model Altantuya dengan bom C4.

Dan, inilah tanggungjawab Hassan Ali saat membela maruah Islam dan Melayu Felda dalam siri 'road-show' menyelamatkan aqidah mereka hari ini. Jika tidak keberatan, mohon dipertanyakan soalan ini dalam siri jelajahnya, "Selepas aqidah Najib cedera parah gara-gara menyambut Thaipussam (menurut Mufti Perak Harussani), maka adakah parah keislaman Najib jika benar tanah Felda milik umat Melayu Muslim itu mahu dijual kepada Israel?"

Parahkah Tauhid dan tercalarkah Islam Najib Razak saat berurusan dengan Israel dalam hal kelapa sawit hingga tergamak menggadai maruah muslimin Melayu di Felda seluruh negara ini? Ini antara gugusan pertanyaan yang boleh Hassan Ali tanyakan nanti.

Monday, February 20, 2012

Teliti, perumpamaan, kisah haiwan - ciri persuratan Islami

Oleh H FANSURI

Ketika menukang bahan malam ini, tiba-tiba seekor nyamuk datang menghinggap tubuh. Lidah pun mengaduh. Lalu seorang rakan memberitahu, nyamuk itu mengesan haba di tubuh kita, "Musim panas nyamuk banyak." Arakian teringatlah kita akan firman-Nya dalam al-Baqarah, ayat 26 mengenai nyamuk.

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: ... dan Tuhan tak kan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik."


Sehebat-hebat Namrud, ia alah oleh nyamuk. Nyamuk tidak bertanzim, tidak menyerang secara berkumpulan seperti masyarakat lebah dan semut yang tersusun organisasinya. Tapi, seekor nyamuk boleh gulingkan kekuasaan raja zalim yang terbilang berstruktur organisasi masyarakatnya.

Daripada sini, kita boleh merumuskan beberapa perkara, iaitu gaya persembahan di dalam al-Quran ini amat menaruh perhatian kepada ketelitian hingga kepada seekor nyamuk atau yang lebih kecil daripadanya. Seni bercerita Melayu purba nampaknya akrab dengan Islam.

Ketelitian dalam persuratan Melayu purba antara contohnya adalah kejelitaan wanita, "Betisnya bunting padi, bibir merekah delima, dan lain-lainnya." Kesopanannya terpelihara, tidak seperti gaya penceritaan kesusasteraan Melayu kini yang merincikan tubuh wanita seperti payu dara dan lainnya.

Betapa telitinya al-Quran sehingga ia bercerita mengenai rakaman dialog pertuturan seekor raja semua yang bimbang rakyatnya dipijak tentera Sulaiman a.s. Dan, ketelitian ini juga bersangkut paut dengan hal perumpaan dan kisah haiwan juga seperti keldai. Dalam al-Jumu'ah, ayat 5, Tuhan berfirman:-

"(Sifat Muhammad telah diterangkan dalam Taurat tapi Yahudi tidak mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang ditugaskan (melaksanakan) Taurat, kemudian tidak menyempurnakan tugas itu, sama seperti keldai yang memikul kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."

Kedudukan pendeta Yahudi yang enggan mempercayai kerasulan baginda itu sama seperti keldai yang memikul kitab-kitab. Semua ini menunjukkan gaya persembahan persuratan Islami yang teliti, ghairah membuat perumpamaan dengan merujuk haiwan sebagai iktibar sesama kita.

Hari ini, dalam kempen di tv, kita mengguna ungkapan 'keldai dadah' kepada wanita yang membawa dadah dalam keadaan tidak sedar. Keldai itu amat buruk sekali dirincikan dalam al-Quran.

Kiaskan juga dengan model Mongolia yang membuat urusan jual beli kapal selam Scorpene. Tidak tergamak kita menyebut orang yang tiada itu sebagai keldai. Tapi kita amat tergamak menyatakan bahawa, kedudukan si fulan yang terlibat membunuh model Mongolia itu adalah lebih hina dibanding keldai!

Wednesday, February 15, 2012

Rakyat wajib luruskan aqidah Najib

Oleh RUHI HAYATI THANI

Ketika penjajah British dan Umno memerangi komunis yang dikatakan menolak agama itu, tiada bersarang di hati British niat membela ajaran Islam dan membela aqidah Tauhid Islamiyyah yang lama bertapak, berakar umbi di jiwa Melayu zaman-berzaman itu.

Tetapi Umno yang menjadi lidah perantara British tetap menyeru kempen pembantaian komunis kerana mahu Melayu seluruhnya tidak menyokong usaha komunis mengusir penjajahan British dengan angkatan persenjataan. Melayu itu tuan dan pemilik bumi Malaya ini. Apa akan terjadi kalau Melayu angkat tenaga dan mengusung senjata mengusir British?

Tuesday, February 14, 2012

Mawar merah, puisi Februari (Valentine)

Oleh H FANSURI

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
mulanya cinta bersemi dan kehadiran
ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari.

Kemesraanmu dan cintaku

berlagu dalam irama nan syahdu
tapi mengapa hanya sementara
cinta yang menyala padam tiba-tiba.

Monday, February 13, 2012

Adakah Hassan Ali berani tegur 'parasit' Israel?

Oleh BOESTAMAM SARI

Ada seorang kenalan berbisik, kononnya dalam 'road-show' yang beliau lakukan, Hassan Ali berkata, jika mahu pertahankan aqidah Tauhid umat Islam, maka jangan undi Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia hari ini, hanya ada dua sahaja parti besar; BN dan Pakatan Rakyat.

Rakyat berhak memilih salah satu daripada dua parti, sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Lojiknya, jika Pakatan Rakyat akan menyebabkan aqidah Tauhid terhakis, maka sokonglah BN untuk dipertahan aqidah Tauhid. Ini lojik awal.

Sunday, February 12, 2012

Umno tipu umat atas isu agama melalui Hasan Ali?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Ada suatu cerita panjang mengenai bagaimana Umno dan British menipu Melayu dengan menggunakan isu agama ketika zaman darurat komunis. Inilah ceritanya. 
 
Pertamanya, kita mesti sedar bahawa yang paling ditakuti penjajah British ialah ketika Melayu bangkit menentangnya atas nama agama, raja-raja dan penentangan bersenjata. Penentangan ini wujud ketika zaman penaklukan British sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada 1942 - 1945.

Saturday, February 11, 2012

Umno 'taja' Soi Lek cabar isu Hudud dengan Guan Eng?


Oleh RUHI HAYATI THANI

Ketika Melayu lemah fikirannya lantaran asyik bercakaran di dalam perkara remeh maka kelemahan fikiran itu demikian kuatnya menjalar di fikiran bukan Islam pula. Umat Islam kini tidak lagi dihormati kerana faktor ilmu mereka yang bercelaru.

Ambil saja contoh 'hadiah tahi' yang disajikan Umno mamak di Pulau Pinang itu. Inilah gambaran contoh kelemahan fikiran Umno yang tidak tepat lagi dikatakan Melayu melainkan mamak jua adanya.

Friday, February 10, 2012

Persuratan Islami menolak penjajahan Israel dan rejim zalim

Oleh H FANSURI

Setelah dicatat dua ciri persuratan Islam seperti ciri keakhiratan dan kejujuran, maka satu ciri lain persuratan Islami adalah, mutu dan gaya penulisannya yang menolak penjajahan dan kezaliman penguasa. Perkara ini diperjelas di dalam Surah Al-Fiil (Gajah) di mana al-Quran merakam kejatuhan Abrahah.

Turut dimuatkan kisah kejatuhan Fir'aun dan Namrud di beberapa surah yang lainnya. Dan, kiaskanlah juga terhadap hal-hal yang melibatkan perjuangan nabi lainnya di dalam hadis yang lain pula. Tetapi, jika ditinjau daripada sudut ini, maka orang-orang akan bertanya kembali, misalnya...

Thursday, February 09, 2012

WSJ lapor Twitter Najib untuk apa dan siapa?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Untuk mengukur kehebatan seseorang pemimpin, maka hendaklah dinilai dengan ideanya. Ketika Anwar Ibrahim di pentas antarabangsa, The Wall Street Journal dan beberapa badan antarabangsa bertanya beliau sekali gus melapor kenyataannya tentang keselamatan Negara Israel.

Ketua Pembangkang menjawab sehabis baik. Bersetuju atau tidak dengan jawapan itu, maka itulah jawapannya. Media antarabangsa di bawah pasukan pelobi Israel mungkin mahu menggali maklumat sedalamnya mengenai pendirian kerajaan baru Pakatan Rakyat yang bakal mengganti kerajaan BN yang bakal rebah itu dalam pilihan raya atau melalui revolusi di jalan raya nanti.

Wednesday, February 08, 2012

Sastera Islami bercirikan kejujuran dan keakhiratan

Oleh H FANSURI

1. Ciri Kejujuran

Lidahnya handal mengilas syair lawannya, dia petah mematahkan hujah lawan. Tetapi, di sisi baginda nabi yang jujur dan tidak pernah menipu, Ka'ab bin Malik tertunduk malu tersipu-sipu. Hanya satu hal yang bermain-main di fikirannya itu.

"Bagaimana aku akan menipu nabi yang jujur, tidak pernah menipu dan setiap janjinya tidak pernah dimungkirinya?" desis hati Ka'ab. Dia akhirnya jujur mengakui di depan nabi, "Hamba tiada alasan apa-apa lagi wahai nabi".

Tuesday, February 07, 2012

Masa depan politik Hassan Ali yang kabur

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dr Hassan Ali baru-baru ini dalam salah satu ceramahnya membangkitkan kerisauan mengenai DAP. Katanya bayangkanlah apakah yang akan terjadi jika DAP mendapat Putrajaya dalam pilihan raya ini. 
 
Kata beliau, DAP akan menyatukan Malaysia dengan Singapura sekali gus bersatu dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP), begitu kata beliau.

Soalan awal yang boleh kita tanya, dari mana beliau mendapat fikiran ini? Adakah jelas mana-mana pemimpin DAP berfikir seperti itu? Kemudian, adakah DAP lebih merbahaya dibanding Umno setelah beliau dapat melihat dengan jelas garis-garis kemungkaran Umno yang wujud di depan matanya?

Monday, February 06, 2012

Cinta dalam sastera, persuratan al-Quran?

Oleh H FANSURI

Ramai orang memandang rendah kisah cinta lalu mencemuh kehadirannya di pasaran. Saya fikir, jika kisah cinta itu hanya semata-mata cinta dan kurang menuang tema keilmuan dan perjuangan di dalamnya, maka ia menjadi hambar. Mungkinkah kerana itu maka kisah cinta pun menjadi tawar?

Akhirnya, cinta ingin dinafikan terus kehadirannya daripada novel dan kisah revolusi. Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada cinta. Ramai revolusioner bercinta, sama ada cinta sah atau terlarang. Dalam al-Quran, kita dapat melihat betapa setiap surah dimulai dengan "Bismillah ir Rahmaan ir Raheem".

Sunday, February 05, 2012

Debat budaya Islam, bukan budaya Umno


Oleh BOESTAMAM SARI

"... dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; ...," (An-Nahl: 125)

Rakyat kesal ketika Najib Razak enggan menyahut seruan Anwar Ibrahim untuk berdebat. Walhal debat bukan menyentuh isu Rosmah berbelanja mewah di luar negara, sebaliknya menyentuh isu politik, ekonomi dan kebajikan rakyat. Insan yang enggan berhujah memberi tanggapan buruk - bahawa mereka tidak jujur.

Seperti ada rahsia penting yang mahu Najib sorok daeipada rakyat. Yang bangkitkan syor itu bukan Anwar atau pimpinan Pakatan Rakyat, tapi ia rumusan badan penyelidikan bebas seperti Merdeka Centre.

Saturday, February 04, 2012

WSJ cuma tidak siar penuh, bukannya fitnah


Oleh RUHI HAYATI THANI

Aswad (bukan nama sebenar) dahulunya seorang bekas pimpinan pelajar, kini memihak Umno dan Perkasa telah pun menyelar Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Ketua Pembangkang itu yang dikatakan memihak kepada keselamatan Israel.

Sebagai ahli politik, tidak hanya Anwar, malah sesiapa pun akan menyusun kata-katanya untuk disesuaikan dengan golongan tertentu. Kalau Najib Razak terkenal di peringkat antarabangsa, maka beliau tentu terpaksa melakukan hal yang sama.

Friday, February 03, 2012

Kisah panjang PPSMI yang masih menyengat kita


Oleh H FANSURI

Perhimpunan Penulis Muda Nasional III (PPMN III) baru selesai menutup tirainya. Serentak itu Festival Deklamasi Puisi di Pulau Pangkor pun tamat sudah. Terbaru, persatuan penulis menjemput Perdana Menteri Najib Razak untuk makan malam.

Alasan mereka saya terima secara peribadi - ingin selamatkan Rumah Pena dan lain-lain perkara.Nampaknya tahun ini, Disember kita ditutup dengan su'ul khatimah (kesudahan yang buruk).

Kini telah masuk Safar dan permulaan kita disambut dengan hal-hal yang memenatkan. Saya masih teringat ketika saya bentang kertas kerja dahulu dalam PPMN ke-2 di Melaka.